Assalamualaikum.
Hari ke 3 Ramadhan. Saya berbuka puasa di luar hari ni dan esok, mr suami akan balik. Semoga dipermudahkan perjalanan beliau dan semoga selamat sampai, aamiin.
Saya sudah mengantuk ni, tapi tak pe, saya cuba habiskan post ini. Sebenarnya semalam, sudah ada seseorang yang bertanya bila saya mahu sambung cerita FD TWC, haaa, saya memang sedang dalam proses menyusun gambar-gambar yang ada, nanti, kalau sudah siap, saya post ye, harap bersobarrrr.
Saya tidak tahu kenapa, tetapi keadaan ofis adalah agak tidak berseri minggu ini. Bilangan mereka yang menghubungi kami adalah tidak begitu ramai dan jumlah yang datang juga agak berkurangan. Oleh kerana keadaan yang kurang bersemangat, kami telah mula merancang aktiviti seterusnya pada minggu hadapan di mana kami perlu buat lebih banyak engagement/penyiasatan.
Kami juga ada menerima berita yang agak menarik semalam di mana Sabah tiba-tiba melonjak ke no 1....yup, satu berita yang menggembirakan tetapi tidak boleh kami kongsikan di sini. Saya berdoa semoga banyaklah masuk projek-projek yang bagus ke Sabah demi untuk meningkatkan ekonomi serta menambahkan peluang pekerjaan bagi rakyat Sabah, tanpa merosakkan alam semulajadi di sini.
Ehh, mungkin ramai yang sudah maklum bahawa H a n i s Z a l i k h a sudah menimang cahaya mata. Saya ni peminat blog dia, tapi sebagai pelakon/penyampai, saya tidak ada perasaan pun. Tapi, saya telah ter "stalk" instagram suami HZ tadi dan melihat ada banyak post di mana suami beliau telah mengambil gambar beliau dan post. Antara yang paling saya suka adalah satu gambar di mana HZ berihat duduk di atas troli di IKEA dan post yang di letakkan adalah "precious".
Sweet kan?
Saya baru aja nak wassup mr suami waktu tu dan nak lebih kurang tanya..."kenapa Shuk tak pernah buat macam ni?"..haaaaaa.....
Tapiiii, tiba-tiba saya teringat, lately kan, suami saya memang sukaaaa tangkap gambar saya especially kalau kami di luar, macam waktu makan ke, waktu shopping ke. Dia suka tangkap gambar waktu saya tidak sedar la. Tapiii, sebab suami tiada instagram, mana bisa dia post di instagram. Dan lagi satu pulak, model di dalam gambar yang mr suami ambil itu juga, tidaklah manis seperti HZ...kih kih kih. Mari lah membawa kesedaran kepada diri sendiri.
Hikkss...benda ni buat gelak-gelak aja ye, sila jangan ambil serius. Saya doakan pasangan ini terus bahagia bersama. Saya doakan saya dan para pembaca juga kekal bahagia dengan pasangan masing-masing. Dannn, bagi kawan-kawan saya yang masih mencari pasangan, semoga anda mendapat pasangan yang baik dalam masa terdekat ini, Aaamiin.
Okay fellas, gue mahu tidur, esok kena bangun awal, makan soq!
No comments:
Post a Comment