Saturday, June 25, 2016

Kehidupan Kami Pada 18 Jun - 25 Jun 2016

Assalamualaikum.

Hari ini hari Sabtu, 25 Jun 2016, jam 6.00 pagi dan saya bersiaran daripada rumah saya di Sri Kepayan, di depan tv, tapi tv tidak di pasang. 

Suami saya, Shukri Syukur Selalu, telah menyambung tidurnya selepas solat subuh. Saya pun sebenarnya berhajat benar mahu membuat perkara yang sama, tapi mata saya berkelip-kelip tidak mahu lelap. Oleh kerana itu, saya pun turun ke bawah dan menyelesaikan kerja-kerja mendobi baju. Setelah selesai, saya mengambil keputusan untuk update blog ini, yup, supaya apabila suami saya sudah bangun nanti, saya boleh cakap dengan gembiranya bahawa..."saya sudah update blog!!! yay!". 

Seperti tarikh yang di letakkan di tajuk, post ini akan dimulakan dengan apa yang berlaku pada petang 18 Jun 2016.  Suami saya telah berhasrat untuk makan nasi kerabu kerana dia asyik teringat-ingat kepada nasi kerabu yang dijual di Bazaar Ramadhan Lok Kawi yang telah kami lawati pada hari Ahad sebelumnya. Walau bagaimanapun, oleh kerana kami hanya akan keluar selepas solat Asar, dan bagi mengelakkan kami terperangkap di dalam kesesakan jalan raya, maka kami telah mengambil keputusan untuk ke Restoran Lengkuas sahaja.

Restoran Lengkuas ini adalah salah satu Restoran kepunyaan orang Semenanjung (orang Kelantan kalau tidak silapnya) yang agak terkenal di KK. Restoran ini memberi sedikit "pilihan" kepada kami, walau bagaimanapun, kami tidak berapa selesa dengan persekitaran restoran ini, jadi kami lebih selesa tapau.

Kami beli nasi kerabu dan saya beli pengat pisang...

Bagi saya, sedap juga nasi kerabunya. Saya mungkin akan pergi membeli sekali lagi walaupun harganya agak lumayan di mana 2 bungkus nasi kerabu dan satu pengat pisang berharga dalam RM22.00. 

Selepas membeli nasi kerabu, kami pergi ke Oceanus, sebuah lagi tempat membeli belah di KK yang terletak berhadapan hotel Promenade. Kami ingin menjenguk ke Bazaar Ramadhan yang terletak di depan Oceanus dan seterusnya meninjau sekiranya ada sesuatu yang baru di Oceanus. Walau bagaimanapun kami tidak membeli apa-apa di Bazaar Ramadhan dan kami dapati tiada apa-apa yang baru di Oceanus.

Walau bagaimanapun, kami dapati tempat lepak di belakang Oceanus tu adalah happening dan kami pasti akan kembali ke situ. Tempat itu membuat kami berasa seperti kami di Odaiba...tapi di sini, lautnya adalah asli.

Ada gambar...

Muka orang beriman sedang berpuasa...

Suami saya tengah termenung

Selepas itu, kami pun balik untuk berbuka puasa.

-----------------------------------------------------------

Pada hari Ahad, kami telah bangun lebih awal dan pergi ke One Borneo. Kami perlu ambil barang daripada sebuah kedai ini tapi sebab lupa lokasi kedai di mana, kami telah tawaf hampir ke seluruh One Borneo tu. Hah, alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. Saya sempat juga membeli dan membelah...tapi sikit aja pun.

Selepas itu, suami telah mencadangkan supaya kami terus pergi beli makanan untuk berbuka. Kali ini dia mencadangkan kami pergi ke BTC, untuk membeli nasi beriani. 

Waktu kami pergi tu, jam baru menunjukkan pukul 2.00 petang, walau bagaimanapun, sebab waktu berbuka di Sabah adalah awal sejam, BTC memang sudah memulakan operasi jadi boleh lah kami membeli juadah kami.

Hah...tengok tu, beriani ayam dan akhirnya saya ada beli kuih. Sedapppp...boleh beli lagi. 

BTC adalah kepunyaan seorang Datuk ini yang berasal daripada Setiawan, Perak. Dia pada mulanya datang  ke KK untuk berniaga kain, tapi akhirnya telah berjaya juga membuka perniagaan makanan. Syarikatnya adalah sangat besar dan bisa menyediakan makanan untuk 10,000 orang pada satu masa...

Seterusnya pada hari Isnin saya telah masak...saya masak tumis ikan temenung dengan timun. Alhamdulillahh...kenyang aja kami makan

Dan pada Selasa, kami telah berbuka di luar...

Satu lagi gambar pasangan beriman yang sedang menunggu untuk berbuka puasa....hiks

Ini adalah pembukaan berbuka puasa kami pada hari itu..kongsi


Di luar tingkap kami berbuka kami lihat ramai orang lain yang turut berbuka menghadap ke laut...best kan?

Setelah kami berbuka sedikit makan buah dan tamar, kami telah pergi solat Maghrib dahulu. Setelah itu, baru lah kami sambung makan semula. And you know what, we ate a lot sampai menyesal. Setelah balik ke rumah, kami terpaksa berehat lamaaa sebelum boleh mengerjakan solat isyak/tarawikh. Mungkin perut kami sudah tidak boleh expand untuk mengisi makanan banyak-banyak kut, maklumlah sudah semakin berumur.

Pada hari Rabu, kami berbuka dengan tumis udang dan pada hari Khamis, kami makan tumis udang lagi sekali dan suami request untuk saya masak sayur masak lemak putih. 

Cara bagaimana suami saya minta saya masak gulai lemak putih adalah macam ini : "Cikbib, saya sudah potong kacang buncis tu, saya sudah potong kobis dan bawang. Cikbib masak sayur masak lemak putih boleh?"

haahhhhh....how could I say no? Senang sangat pun nak masak sayur masak lemak tu kan....

Dan semalam, saya telah meninggalkan suami untuk berbuka sendiri sebab saya ada jemputan berbuka di luar. Walau bagaimanapun, pada waktu rehat tengahari, rakan ofis saya ZMY telah meletakkan gambar ini di dalam group Wassup :


ZMY ni, suami dia ada restoran. Setelah melihat gambar ini, saya teru minta dia bungkuskan 2 ekor untuk suami saya berbuka nanti.

Menu berbuka saya semalam pulak adalah :


Hah....banyakkkkkk makanan nya. Tapi waktu makan tu asyik teringat suami aja pun kat rumah walaupun sebenarnya dia happy sebab ada ketam tu

Oleh kerana mengenangkan apa yang telah terjadi pada hari Selasa dimana saya telah makan terlalu banyak sampai susah nak bernafas, saya telah bertekad untuk tidak makan terlalu banyak malam semalam sebab takut nanti breathless lagi.

Semalam juga, kita semua telah mendapat berita bahawa Prof Izzi telah meninggal dunia kerana telah terkena stroke seminggu yang lalu. Prof Izzi pernah mengajar saya subjek Math sewaktu saya belajar di ITM Shah Alam. Saya mungkin adalah salah seorang pelajar terawal beliau kerana pada waktu itu, beliau baharu sahaja balik daripada dari US. 

Beliau adalah seorang pensyarah yang bagus, ceria dan komited bila mengajar. Pendekatan yang beliau lakukan juga adalah berlainan dan menjadikan Math lebih interesting. Pada waktu itu, beliau sering memanggil saya dengan panggilan Ya Habibi. Doa saya, semoga  Prof Izzi di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah.

Semalam juga saya di maklumkan bahawa seorang kawan saya telah terkena stroke dan di masukkan ke ICU. Saya juga dimaklumkan bahawa seorang lagi kawan saya sedang menjalani rawatan untuk sakit barah.

Sudah lebih hampir 30 tahun saya tidak berjumpa dengan kawan-kawan saya ini dan apa bila saya mendengar berita yang telah diturunkan cabaran yang sebegitu begitu berat membuatkan saya insaf. Kami pernah muda dan ceria pada satu masa dahulu tapi kini sering sahaja berita-berita sebegini datang menerjah. 

Segala yang terjadi di sekeliling kita, pada kawan/keluarga kita adalah peringatan. Salah satu peringatan yang diberikan adalah kenyataan yang saya tidak muda lagi.

Semoga kita semua dapat mengisi kehidupan kita dengan baik dan semoga kita semua dikurniakan pengakhiran yang baik...Aamiin.

No comments:

Post a Comment