Assalamualaikum.
Hari ini hari Khamis, 9 Jun 2016, hari ke 4 kita berpuasa.
Hari ini, encik suami akan kembali ke KK. Kapalterbang beliau dijangka akan mendarat pada jam 3.00 petang. Semoga dipermudahkan perjalanan beliau dan selamat sampai. Aamiin.
Saya tengah tertanya-tanya juga dengan diri saya sendiri sebenarnya, rindu tak pada suami? Hikss...
Secara logiknya, mestilah rindu kan, suami yang sentiasa ada di sisi, tiba-tiba terpisah selama 1 minggu. Walau bagaimanapun, saya kagum dengan diri saya sebab saya bertenang saja kali ini, tidak banyak songeh.
Mungkin kerana suami ingin meluangkan masa bersama keluarga, jadi saya cuba seboleh-bolehnya tidak mengganggu beliau. Dan suami pun rasanya memang tidak ada masa nak layan saya kut sebab kalau saya hantar message pun, saya tengok dia baca, tetapi tiada response apa-apa. Kadang-kadang saya call dia, tapi kalau dia drive, atau tengah ada urusan, saya tidak akan cakap panjang, tapi berharap lah dia call balik. Tapi dia tak buat pun, dia jarang call balik, mesti sibuk la tu.
Tapi saya pun bila dengan keluarga, memang selalu sibuk dan occupied macam itu jugak kut. Kami ada juga pernah split sebab masing-masing ada tugas dengan keluarga masing-masing, lebih-lebih lagi ketika menjelang raya. Pernah pada satu masa itu, suami perlu balik ke kampung keluarga Ijok untuk mengemas dan sebagainya, sementara saya juga perlu berbuat perkara yang sama di Chemor. Bagi memudahkan keadaan, kami split.
Saya perasan yang kalau saya di Chemor menjelang raya, saya memang akan sibuk dan tidak sempat untuk melihat telefon kecuali waktu sebelum tidur. Jadi...saya jangkakan begitulah sibuknya hubby di kampung.
Tetapi, encik suami pulak, setelah 7 hari berpisah tiba-tiba pada hari Selasa baru-baru ini telah menyatakan yang dia rindu. He he he, iyelah, bila dia bersendirian pulang ke Shah Alam, kena berbuka puasa seorang diri, baru lah terasa sayu sedikit kerana sebelum ini kehidupan di kampung mesti lebih meriah. Mungkin dia tak perasan kut yang saya di KK memang 7 hari itu lah berseorang, tapi masih bertenang.
Tapi semalam, setelah sekian lama bertenang, akhirnya saya menghadapi masalah yang selalunya saya akan minta tolong dengan encik suami. Haaa...saya tidak boleh tidur walaupun jam telah menunjukkan 12.30 malam. Saya hantar saja message kepada suami yang berbunyi seperti ini "saya tak bole tidur, nanti pukul 4.00 call ye, nak makan soq".
Saya tahu suami sedang minum dengan kawan lamanya pada waktu itu, jadi saya tidak mahu kacau dia.
Tapi kali ini Encik Suami telah call balik dan dengan berat hati bagi tahu saya yang dia akan cuba bangun kan saya pukul 4.00 pagi, sekiranya dia bangun lah (hubby is not a morning person therefore to wake others is not an easy task for him).
Saya meneruskan usaha saya untuk tidur selepas itu, dan tertidur dalam jam 1.00 pagi agaknya, saya pun tidak pasti.
Dan esoknya, seperti yang dijangkakan, saya memang tidak sedar apabila jam berbunyi, tapi alhamdulillah, ada orang dari Shah Alam telah menelefon pada jam 4.00 pagi...ha ha ha, terharu.
Agaknya tuhan saja bagi benda-benda macam ini sebagai sesi warming up kut..ha ha. Anyway, dengan kembalinya Encik Suami maka tanggungjawab dalam menyediakan juadah berbuka puasa/makan soq akan bertambah. Selama suami di Semenanjung, saya berbuka simple-simple aja, dengan apa yang ada dan bergantung kepada tahap kerajinan saya. Tapi tak pe lah kan, at least ada kawan di rumah, sebab jika tidak, saya sentiasa berkepit dengan handphone dan ipad semedang.
I wonder whether Encik Suami sudah boarding atau tidak sekarang. But I look forward to see him again this afternoon and is already thinking on what to prepare for iftar.
Ok lah, saya berhenti dulu di sini. Doakan saya ada masa dan idea untuk sentiasa meletakkan post di sini. Bubaii
No comments:
Post a Comment