Assalamualaikum.
Sekarang ini jam 9.57 malam, dan esok, kita semua akan berpuasa.
Alhamdulillah saya sudah selesai mengerjakan tarawikh berseorangan di rumah kerana suami saya masih di Semenanjung. Dia hanya akan pulang pada hari Khamis, 9 Jun 2016 kerana dia ingin merasa berpuasa dengan ibunya.
Oleh kerana suami masih di Semenanjung, makanya saya tinggal seorang di KK sejak saya balik semula ke sini pada 1 Jun 2016.
Macam mana hidup seorang di KK? Heee...macam itulah. Saya tetap kena masak pagi-pagi kerana saya masih kurang berselera dengan makanan yang dijual di ofis. Tapi saya masak simple aja pun...saya ada masak olio oglio, masak mihun goreng dan most of the time saya makan roti gardenia yang saya bawa dari Semenanjung.
Sat...ada gambo rasanya..
Bihun goreng, kurang pedas, tu yang saya tambah chilli powder tu. Bihun goreng ni saya buat pada hari Sabtu. Hari Sabtu saya habis depan tv tengok channel 723, back to back.
Olio Oglio...bekal saya pada hari Jumaat. Sebab suami tak de, saya boleh la buat olio oglio yang saya letak celery banyak-banyak. Oo ye, saya tak letak garam tau, terlupa, nasib baik memang ada garam kat ofis jadi, masalah selesai
Lepas makan olio oglio tu, dalam jam 9.30 pagi, saya mengantuk dan minum nescafe...sekali, Asmah telah bagi saya kek pisang tu juga...hmmm...sedappp....ngap ngap semua
Saya ada berniat untuk bawa kawan-kawan ofis keluar makan sama ada pada hari Khamis dan Jumaat (2/3 Jun ). Walau bagaimanapun, hanya tinggal niat sahajalah kerana salah seorang daripada kawan saya masih berpuasa qadha...hiks....
Dan hari ini, saya bangun lewat sikit, update blog, mandi dan berazam untuk keluar awal sebab sepatutnya saya keluar petang semalam, tapi hujan pulak. Bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku, saya pun berazam untuk keluar lebih awal hari ini.
Setelah sekian lama saya sentiasa bersama suami ke mana-mana, hah, hari ini, saya pergi shopping sendiri. Tak de masalah pun sebenarnya cuma ada masalah sikitttt bila barang-barang tu berat dan saya kena angkat sendiri....ha ha ha. Elok juga ada kekangan seperti itu sebab kalau tidak, soheh lagi banyak saya berbelanja.
Balik dari beli barang, saya telah rebus jagung untuk late breakfast dan lunch. Lepas tu solat dan lepak dan terlena dan terus solat asar. Selepas solat asar, saya tengok facebook sat dan tiba-tiba nampak post kawan ofis masak nasik ayam. Hah, terus lapar dan turun ke bawah untuk masak nasi ayam juga....dan makan sorang-sorang...
Ada gambar..
Boleh laaaa, tak de orang nak evaluate kan.
Lepas makan, saya mandi, solat Maghrib, solat Isyak dan buat tarawikh terus...
Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang penuh bermakna untuk kita semua. Insyaa allah, kita banyak kan amal ibadat dan semoga amal ibadat itu akan terus menjadi amalan kita setelah Ramadhan selesai.
Ok fellas, selamat bersahur dan berpuasa esok...
No comments:
Post a Comment