Wednesday, May 25, 2016

25 Mei 2016, Birthday Imran/Iman dan Pre FD TokwanChot

Assalamualaikum.

Hari ini adalah harijadi Imran dan Iman yang keeee....3 keee, 4. Mereka sudah besar dan sangat kreatif, sentiasa mencuba benda yang baru sehingga ada masanya boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Doa saya semoga mereka sentiasa di dalam peliharaan Allah. Doa saya juga supaya mereka membesar menjadi orang yang beriman, diberikan segala kebaikan di dunia dan akhirat. Dan, tanpa jemu, saya terus mendoakan semoga dikembalikan penglihatan Imran, supaya dia bisa melihat bumi Allah ini, serta ibu/bapa dan adik beradik yang lain. Aamiin.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ini hari Rabu, dan saya bersiaran daripada meja kerja suami di rumah kami di Sri Kepayan. Keluarga belah suami saya (TWC) akan mengadakan perhimpunan (FD) pada hari Jumaat-Ahad nanti. 

Perancangan awal sepatutnya kami balik esok, pada hari Khamis, 26 Mei, malam. Ini bagi mengelakkan saya meninggalkan ofis terlalu lama. Walau bagaimanapun, kami terpaksa menukar perancangan kami atas sebab harga tiket yang terlalu mahal. 

Kami sebenarnya sudah monitor harga tiket balik sejak 2 bulan yang lalu dan ianya memang sudah mahal pada waktu itu. We were trying our luck by waiting and hoping that we could get some last minute cheap tickets. Hah, the plan did not work this time. Tiket untuk hari Khamis malam melonjak sehinggal RM1,000.00 untuk 2 orang (one way).

Well, that's why we have plan B. We have no choice but to go back today and the cheapest ticket available is the early morning ticket. So, we are going back to KL today, at around 11.00 am. Semoga perjalanan kami dipermudahkan dan selamat. Aamiin.

Semalam, tiba-tiba kami diberi rezeki udang dalam 2 kg. Agaknya ini rezeki TWC kut sebab sesungguhnya kami memang tiada perancangan untuk membawa barang basah kerana rumah kami di Shah Alam tiada peti ais untuk simpanan. Tapi sebab sudah ada tu, kami telah membuat keputusan untuk membawa balik udang tersebut untuk di makan bersama-sama sewaktu BBQ. 

Semalam juga, saya telah memasak nasi goreng dan meninggalkan sebahagian daripada nasi goreng tersebut untuk sarapan pagi ini. Walau bagaimanapun, nasi goreng itu didapati tidak lagi boleh dimakan pada pagi ini jadi saya telah menyediakan mertabak maggi. Sewaktu membeli ticket, suami saya telah mengambil keputusan untuk tidak menempah makanan sebab kami sudah seakan bosan dengan menu di dalam kapal terbang.

Anyway, I guess I will only be able to post another update after I come back to KK which is after the Keamatan break on 2nd of June (It's already June people....time flies). Doakan saya selamat ye, pergi dan balik...panjang umur kita jumpa lagi. Aamiin






2 comments: