Assalamualaikum.
Hari ini hari Ahad, 12 Jun 2016, jam 11.30 pagi. Saya bersiaran daripada meja kerja suami saya di sri Kepayan sementara suami saya tidur, dia tidur sunat di bulan puasa.
Hari ini saya berhasrat untuk buat post mengenai FD TWC dan kalau sempat akan ingin berkongsi juga tentang beberapa peristiwa yang telah saya dan Shuk alami baru-baru ini.
Puasa kami macam mana? Haaa, macam itu lah, di mana tetap ada usaha untuk menambah amalan yang saya harap akan dapat saya kekal kan sehingga akhir hayat saya, insyaa allah.
Tentang makan, seperti biasa, tiada apa yang istimewa cuma saya kena pastikan yang apa sahaja yang saya masak adalah di dalam kuantiti yang lebih kecil kerana kami memang tidak berapa makan dan kami juga agak cepat jemu untuk makan makanan yang sama.
Menu saya biasa-biasa sahaja dan ianya disediakan berdasarkan apa yang diminta oleh big boss. Contohnya, pada hari dia sampai, dia minta saya masak gulai lemak cili api dengan ikan. Yang itu kami makan sampai dua hari.....sat, ada gambo...
Haaa...gulai lemak ciliapi dengan ikan dan saya tambah timun, ikan goreng dan sambal belacan
Dan semalam, saya masak sambal udang + petai. Yang ini, seperti biasa, adalah terbaik...apa apa yang adai petai adalah terbaik...ekekeekeke...ada gambar...
Haaaa...berbuka makan ini, sahur pun makan yang ni juga...
Hari ini pula, saya tidak pasti lagi mahu masak apa...akan di pikirin kemudian.
Hokeh..di sini dulu ye tuan/puan sebab saya mahu buat update seterusnya on FD TWC.
Selamat berpuasa
No comments:
Post a Comment