Hari ini adalah hari yang di tunggu-tunggu iaitu hari Sabtu, 18 Jun 2016, jam 9.36 pagi. Saya sudah mandi, sudah basuh baju dan satu lagi batch baju sedang di dalam mesin basuh dan sementara menunggu, saya mengadap komputer ini.
Sabenarnya saya masih berhutang 2 post mengenai peristiwa yang berlaku baru-baru ini. Walau bagaimanapun, oleh kerana kedua-dua post itu macam susah sangat mahu disiapkan, saya mengambil keputusan untuk memuatkan cerita mengenai apa yang berlaku pada 13-17 Jun.
Pada petang Ahad minggu lepas (12 Jun), saya dan suami akhirnya telah sampai ke Bazaar Ramadhan Lok Kawi yang menjadi sebutan ramai. Menurut kawan-kawan, di bazaar ini, makanan yang dijual adalah lebih sesuai untuk tekak orang Semenanjung kerana rata-rata yang berniaga adalah isteri-isteri pegawai tentera yang berasal dari Semenanjung. Jadi...kami pun ingin lah mencuba.
Kami keluar daripada rumah dalam jam 3.00 petang, pergi dahulu meninjau-ninjau jalan sehingga sampai ke Zoo Lok Kawi yang terkenal. Sewaktu dalam perjalanan balik, baru lah kami singgah ke bazaar ramadhan Lok Kawi.
Yang menariknya, kami perlu melintasi trek jalan keretapi sebelum sampai ke bazaar...terkenang zaman kecil-kecil dahulu di mana saya dan trek keretapi memang agak rapat sebab jalan keretapi terbentang di belakang rumah saya
hah...itu dia, bazaar ramadhan.
Masuk sahaja ke kawan bazaar, kami terus nampak gerai ini...tapi tidak beli pun..
Lepas itu, adalah banyak gerai yang menjual macam-macam, tapi kami beli kuih sahaja...yang lainnya, kami tidak ada rasa teruja pun nak beli. Memang sewaktu di Shah Alam pun, kami jarang membeli di bazaar ramadhan.
Balik ke rumah, suami berbuka nasi dengan sambal udang/petai, semalam sementara saya hanya makan kuih. Kami lupa la pulak nak ambil gambar makanan.
Esoknya saya makan soq nasi dengan lauk udang tu lagi, sambal hitam dan telur mata kerbau. Suami makan roti sahaja
Berbuka puasa pada hari Isnin, 13 Jun, ayam goreng kunyit istimewa, sup kentang/kobis dan sambal belacan.
Esoknya, hari Selasa, kami berbuka dengan nasi goreng sahaja, tambah telur mata kerbau dan timun
Pada hari Rabu, saya telah ke Ranau dan alhamdulillah, Gunung Kinabalu kelihatan jelas sewaktu perjalanan pergi kami
Sewaktu tiba di Ranau, tompokan awan mula kelihatan
Kami sempat ke tempat ini, yang masih belum siap.
Insyaa allah, kalau siap, adalah tambahan tempat menarik yang boleh dilawati di Ranau. Boleh minum teh dan kalau ada rezeki, boleh melihat gunung kinabalu
Cantik kan?
Tapi sesungguhnya kepala saya berasa agak berpusing sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Ranau sehingga saya mengambil keputusan untuk tidak menghadiri mesyuarat yang di adakan pada jam 3.00 petang di KK. Walau bagaimanapun, saya menerima mesej yang meminta saya hadir juga, jadi saya telah cepat-cepat basuh muka, solat dan bersiap untuk pergi. Alhamdulillah, saya menjadi segar semula setelah berwuduk dan bersolat.
Meeting berlanjutan sehingga jam 4.30 petang dan suami saya tersekat di kesesakan lalulintas dan saya hanyak sampai ke rumah pada lebih kurang jam 5.20 petang. Saya tanya suami saya, "nak masak apa hari ni?"
Suami saya jawab "tak tau"
Saya tanya pulak macam ini "Ada bawa apa-apa keluarga daripada peti ais tak?"
Suami jawab "tak de".
Hari ini saya kan pening kepala, jadi saya memang tidak sempat nak bagi tahu suruh suami saya bawa keluar barang dari peti sejuk. Makanya, untuk cepat, saya telah masak yang ini...
gulai lemak putih kobis, ikan bilis goreng dan sambal belacan.
Pada hari Khamis pulak, saya masak kacang buncis+udang dan telur dadar.
Hah...pada hari bekerja, saya sempat masak yang simple aja. Alhamdulillah, suami saya sesuai pulak dengan menu yang saya sediakan walaupun sangat simple sampai saya rasa mesti ada yang agak pelik dengan makanan-makanan yang disediakan, betul tak?
Seperti biasa, selepas makan, kami solat Maghrib, Isyak dan seterus bertarawikh. Selepas itu selalunya kami makan buah-buahan cicah Mak Bee...he he. Lepas tu, tdoq.
Semalam, saya telah berbuka di luar, tetapi suami tidak ikut. Mungkin kami akan berbuka di luar bersama minggu hadapan, insyaa allah.
Okay lah, di sini dahulu, chow chin chow
No comments:
Post a Comment