Saturday, June 4, 2016

FD TWC Hari Pertama - 27 Mei 2016

Assalamualaikum.

Saya rasa saya perlu mulakan FD TWC dengan panggilan telefon yang bertalu2 untuk suami saya pada malam Jumaat itu kerana keluarga daripada Ipoh datang tumpang di rumah kami sekejap dan semuanya tidak ingat jalan untuk masuk ke rumah kami. Tapi alhamudulillah, semuanya telah selamat sampai dalam jam 5.00 pagi.

Kami seterusnya bangun, bersiap, bersarapan dan memulakan perjalanan pada lebih kurang jam 11.00 pagi, berhenti di dua tempat dan sampai di KDM pada jam 2.00 petang.

Kami telah menyewa 3 biji rumah di KDM dengan bilangan bilik sebanyak 13. Kami ramai, adik beradik suami ada 8 orang, dan anak-anak saudara suami juga sudah mempunyai keluarga sendiri. Itupun, ada satu keluarga (Gang Bertam) tidak dapat hadir.

Jom tengok gambar yeee...


Sesudah sampai, kami checked in, buat lah apa yang patut dan makan (hi-tea). Ada nasi (masak butter), ayam masak merah dan nugget goreng. Kali ini makanan memang di sediakan oleh gang dari Cheras sebab kami di Shah Alam, peti ais pun tiada.

Saya terlupa nak ambil gambar menu yang ada, tapi saya ada ambil gambar waktu makan tu...

Anak dara, Ain dan Anis....depa dapat tempat duduk special...

Kak Maton dan Abang Assmad, abang Assmad tidak berapa sihat dan terpaksa membawa mesin untuk digunakan sekiranya dia sukar bernafas

Wafiey...dia menjadi tumpuan waktu FD ni sebab asyik naik pentas aja waktu karaoke

Harris, Dini dan Faisal...dari Cheras

Madihah dan keluarga

Kak Ina dan Abang Zaki, orang penting yang menrealisasikan FD kali ini, juga yang sebelumnya.

Suami saya dan Adam..baju Shuk basah sebab waktu tu hujan lebat

Lepas tuuuu, kami bergebang...

Lepas tu, tangkap gambar

Lepas tu kami rasa macam perlu ambil family photo, walaupun ada beberapa keluarga yang masih belum sampai. Saya dengan Madihah tu tengah praktis nak senyum macam mana.

Tadaaa....one for the album

Lepas tu pasangan ini pulak selfie dengan MIL...ini gambar candid

Suami saya dengan Abang Zaki dan MIL. Ada seorang lagi abang suami saya yang masih belum sampai waktu ini.

Sesi bergebang di sambung...

Lepas itu adalah sesi bebas. Ada yang mandi kolam, dan saya pulak, lepak-lepak dan bersembang...

Abang Assmad adalah orang yang pertama masuk kolam...he was soo excited...

Abang Assmad kan tak sihat, jadi isteri nya sentiasa monitor dari balkoni. Saya suka gambar ini, yang sebenarnya saya ambil dari jauh..

One group photo for the album

Budak-budak ni main siapa boleh masuk dalam air paling lama..

Dan malamnya...ada karaoke..

hah...se tengok, macam dalam filem Mamat Khalid kan suasananya....saya yang masam tu...kenapalah asyik masam, sayapun tak tau

Saya letak yang ini satu ajalah ye sebab sebenarnya ada banyakkkkk gambo orang menyanyi. Saya nak letak gambo ni sebab nak tunjuk Wafiey tu yang sentiasa menemankan mereka yang menyanyi malam itu. Langsung dia jadi famous...kih  kih kih

Mesti you all nak tau Tokbomo nyanyi tak? Haaa, kali ini dia jual mahal, dia tak nak nyanyi

Saya nyanyi tak? Nyanyiiiii...3 lagu lagi...kih kih kih.

Tapi bukan sorang laaa, ramai-ramai nyanyi, kalau sorang-sorang naik atas pentas tu, mahu pengsan.

Sesi karaoke ni selesai pada jam 12.30 malam dan saya pun balik tidur. Kena tidur awal sebab esok sesi akan bermula jam 8.00 pagi..


No comments:

Post a Comment