Tuesday, July 30, 2013

Doa

After a long 4 days break, I am back working today.
 
It's the 21st day of Ramadhan today and I am suppose to go and see the doctor for further check-up but I am thinking to postponing it till after puasa...hmmmm.
 
Oh ye, kan sekarang sudah hari-hari terakhir bulan Ramadhan dan kononnya semua orang berlumba-lumba untuk beribadah. In fact, dalam satu post di facebook ni, penulis ni menggalakkan kita semua untuk membuat senarai tentang perkara yang kita inginkan dan berdoalah menurut senarai itu dengan harapan doa tersebut akan dimakbulkan.
 
Sebenarnya saya pernah juga buat senarai-senarai ni, tapi bila saya baca post tu, ada juga saya rasa macam melampau....he he he, yup, macam terlampau demanding kan? Rasa malu untuk terlampau meminta dengan tuhan.
 
Tapi, saya teringat pulak yang sesungguhnya tuhan sangat suka bila kita meminta daripadanya. Yup, tuhan bukan macam kita yang kadang-kadang sempit hati bila orang datang minta tolong, sebaliknya kita sangat-sangatlah digalakkan berdoa dan meminta daripadanya...
 
So, pagi tadi, saya pun adalah berdoa sikit, tapi jadi panjang juga tau. Tapi saya doa basic lah, minta sihat, minta sentiasa ingat Allah dan tidak lupa bersyukur, minta saya dan hubby hubungannya baik-baik sahaja, minta dipermudahkan semua urusan, minta tidak dipanjangkan umur kita orang sehingga sampai jadi macam budak-budak balik, minta sentiasa cukup rezeki dan tidak perlu meminta daripada orang lain.
 
Saya juga banyak berdoa untuk anak-anak sedara saya...1/3 doa adalah untuk mereka.
 
Saya juga minta yang terbaik untuk perjalan karier saya, semoga saya dibukakan pintu hati untuk sentiasa dapat menerima ilmu baru dll.
 
Banyakkkkkk doanya and somehow it was easy to say my prayer...rasa best.
 
Cuma waktu mesyuarat pagi tadi, sewaktu mata mula mengantuk dan fikiran mula terawang-awang, saya teringat nak doa untuk satu benda yang saya dah lama tak doa ni...SAYA NAK KURUS!!
 
Heee, kena tambah lah doa yang ini juga selepas ni, he he he...

Monday, July 29, 2013

Tentang S k y fall dan 10 Hari Terakhir Ramadhan

Sekarang kan bulan Ramadhan? Tapi, semalam. tepat jam 11.00 pagi, hubby dan saya sudah duduk terlangak depan tv, yup, kami tengok HBO, ada cerita James Bond yang latest tu, Skyfall.

Sebenarnya kami ada plan nak menonton sewaktu filem ni ditayangkan, tapi tangguh punya tangguh, langsung habis tayangan, Tak sangka pulak akan ditayangkan di HBO sebegitu cepat.

Not bad lah tengok filem 007 di tv. Lagipun ada HD kan. Boleh baring-baring kat rumah..selesa gila.

Secara peribadi saya lebih suka filem yang ini sekiranya dibandingkan dengan yang terdahulu tu, Casino Royale. Yang ini, faham la sikit saya jalan ceritanya, walaupun ada juga banyak adengan yang akal saya tidak boleh terima. 

Secara peribadi juga (kalau tak setuju dengan saya, sila abaikan ye), saya sangattt suka dengan hero Bond yang ini...he he he. Sangatlah "manly". 

Pernah dulu dalam satu sesi kursus ini, penceramah tu tiba-tiba bertanya siapakah hero filem James Bond yang anda suka? Haaaa....penceramah itu secara peribadi merasakan Daniel Craig ni tak handsome langsung...ramai juga yang setuju...sooooo. Tapi tak kisah la, saya tetap suka juga.

Seperti biasa filem ini juga memaparkan ciri-ciri "British" yang saya macam suka tengok. Kereta Jaguarnya (Jaguar ni masih milik "British" ke?), bangunannya, accentnya. Saya juga suka set office M tu. Macam lawa. Saya juga suka sebab bilangan heroin seksinya kurang, maklumlah, bulan puasa kan.

Saya rasa saya boleh tengok lagi sekalilah cerita ni...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Malamnya pula, saya pergi bertarawikh dan ada sedikit pengisian selepas solat Isyak. Dalam pengisian itu, ustaz telah mengingatkan supaya kita meningkatkan pengisian Ramadhan di malam 10 yang terakhir. Ustaz tu juga cakap, kurangkanlah aktiviti yang sia-sia (alamak, saya baru aja tengok filem James Bond siang tadi), he he. Ustaz itu juga menyeru supaya kita melakukan qiamullail, of which saya memang sudah lamaa tak buat.

Malam sebelumnya, ada seorang ustaz ini mengingatkan supaya kita tidak lupa untuk membaca quran dan menyedekahkan pahalanya kepada kedua ibu bapa serta saudara mara dll. Yang ini pun saya kurang buat lah. Saya cuma amalkan baca alfatihah/qul huallah sewaktu drive ke office dan disedekahkan kepada mak/ayah serta saudara mara yang lain.

Saya rasa saya memang banyak lalai betul la selama ni. Saya bukannya tidak berilmu, tapi amalan tu macam secara perlahan pergi macam tu saja...apalah nak jadi dengan saya ni.

-------------------------------------------------------------------------------------

Selepas tarawikh, kami pun pergi melawat kawasan. Heeeeeee. Kami telah pergi round Shah Alam pada hari Sabtu malam Ahad, juga semalam, iaitu pada hari Ahad, malam Isnin. Hari Sabtu malam Ahad tu, orang memang sangattttt ramai. Mesti para peniaga rasa lega. Waktu kami pergi tu, sudah selepas jam 12 malam, tapi jumlah pelanggan masih ramai. 

Walau bagaimanapun, semalam, jumlah pelawat sudah berkurangan, ye lah, kan hari esoknya kerja.

------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam, kami berpeluang minum di Uncle K sebab kami telah nampak ada meja kosong dari dalam kereta. Di sebelah kami, ada satu keluarga yang baru habis makan malam, walaupun waktu tu jam sudah hampir 12 tengah malam. Keluarga ini terdiri daripada ayah, ibu, dan tiga orang anak. Mereka mesti baru selesai shopping raya sebab saya lihat anak-anak pasangan ini masing-masing memegang bag yang berisi baju/kasut.

Saya assume (I maybe wrong) yang keluarga ini mungkin telah berbuka dengan memakan makanan ringan terlebih dahulu, kemudian solat dan sambung shopping. Bukan apa, nak makan pun mesti tidak selesa waktu berbuka tu sebab mesti semua kedai makan penuh tahap gaban. Setelah selesai shopping, barulah mereka cari kedai makan dan makan heavy sikit. Saya tengok depa makan ikan steam dengan udang, kira mewah la tu, dekat Uncle K yang mahai giler pulak tu. 

Anyway, saya suka tengok muka bapa kepada family ni, yup, somehow saya nampak kepuasan di muka ketua keluarga ini. Saya nampak dia gembira/puas/bersyukur sebab dapat menggembirakan keluarga nya. Macam iklan credit card tu kan, "kepuasan" itu tidak dapat di jual beli.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mesti ramai orang bercakap mengenai kes Asyraf Muslim di luar sana kan?...haaaa....mesti semua orang ada pendapat masing-masing dan rasa mereka lebih tahu tentang Asyraf Muslim dari Asyraf Muslim sendiri kan? Ha ha ha...let's not judge lah kan. Kita mungkin tidak setuju dengan keputusan yang Asyraf buat, tapi mesti ada sebab sesuatu perkara itu berlaku. Ikhlas kan hati kita dan doakanlah yang terbaik buat Asyraf dan keluarganya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu saja coretan saya pagi ini. Selamat berpuasa, dan semoga kita dapat menambah ibadah kita di hari-hari terakhir di bulan yang penuh barakah ini...Selamat menyambut minggu baru....




Friday, July 26, 2013

Semalam, 24 Julai 2013

Haaaa, hari ini hari Jumaat, 25 Julai 2013.

Kami berdua tengah lepak depan tv setelah makan bubur kacang/serawa pisang...bruppp.

Hari ni, ntah kenapa, tiada moreh di hidangkan di surau. Agaknya depa simpan untuk jemaah yang buat 20 rakaat kut. Kalau depa hidang awai, jemaah yang buat 8 rakaat akan habis kan semua makanan pulak la kan...termasuk saya lah tuh, hikss.

Hari ini, Selangor cuti Nuzul Quran dan sebagai warga Shah Alam, saya telah mengambil cuti sendiri...he he he. Bukan apa, saya anticipate yang akan berlaku keadaan traffic yang amat teruk sewaktu balik, so, to avoid that, I will usually take a day off, every year. Lagipun hubby ada di rumah kan.

Semalam pulak, ada macam-macam perkara yang telah berjalan tidak seperti yang dirancangkan. Mula-mula sekali, ada habuk melekat dekat iron saya yang kemudiannya melekat pula dekat tudung yang saya iron sehingga tudung itu ada tanda-tanda hitam. Perkara ini menyebabkan saya kena iron tudung lain dan pergi kerja agak lambat, dekat pukul 6.45 pagi...

Sebab lambat, saya tak sempat nak tidur sebelum waktu ofis...adoiii, lepas tu saya betul-betul mengantuk gila. Saya dah plan nak tidur waktu lunch, tapi boss pulak ajak berbincang sampai habis waktu lunch...sedihnya saya. Lepas tu, waktu saya dah nak balik dah, dia panggil saya lagi, nak bincang fasal lain pulak. Saya siap hint sikit-sikit kat dia, "kita bincang esok boleh tak boss?"...huh...bahaya tau cakap macam tu, tapi come on la kan, benda tu can wait tomorrow what? It's already after 5.00, orang pun semua dah balik, kita tunggu lah esok kan...bawa bertenang.

Tapi tu lah, bila melawan boss, tuhan bagi balasan lah kan, haaa, dibuatnya traffic punyalah teruk. saya keluar dalam 5.30 petang, sampai rumah dalam 7.15 malam. Adoiiii...I was so damn tired + stress. Lepas tu dah terfikir pulak, kalau hubby nak ngada-ngada tunggu saya juga untuk masak nasik, mau mengamuk saya ni. Tapi saya dah bersedia, beristighfar banyak-banyak, yup, bersedia dengan apa jua keadaan. Tapi alhamdulillah, masuk rumah, hubby dah kat dapor, masak nasi.

Saya terus tukar baju, dan turun bawah. Duduk dulu dan mengadu dengan hubby. Hubby pun pujuk laa, suruh saya relax bla bla bla...dan lepas tu, tetap suruh saya buat air...he he he. Itu lah orang perempuan kan, letih macam mana pun, kerja rumah tetap kena buat. Ada satu masa tu, waktu jalan jam juga, sampai je rumah, terus buka tudung dan ke dapur...kena ikhlas kan baru dapat pahala? Hikkkss....boleh tak ikhlas kalau macam tu?....

Anyway, lepas tu kami berbuka tapi lepas solat Maghrib, saya sudah tidur dulu dan tidak pergi berjemaah di surau. Saya bangun dalam 9.30 mlm, mandi dan solat Isyak+tarawikh dalam bilik.

Hari ini pula, saya berehat sakan...heeee....tapi kan, saya bersyukur aja sebab tuhan saya bagi cabaran semalam, tapi menyenangkan cuti saya hari ini...kira okaylah tu...

Okay, happy weekend semua!



Wednesday, July 24, 2013

Rabu, 24 Julai 2013

Hari ini hari Rabu, 24 Julai, 2013.

Semalam, sebelum tidur, saya dan hubby bersembang. 

Macam-macam lah yang disembangkan. Antaranya ialah saya plan nak ambil cuti hari Jumaat ni sebab Selangor cuti sempena Nuzul Quran. 

Saya cakap lah yang sebenarnya saya dah submit permohonan cuti saya, tapi boss belum approve lagi. Kami gelak-gelak lah cakap, what if boss tanya macam ni " Bibah, kenapa mu nak cuti Bibah?"....Haaa, saya nak jawab macam ni lah "saya nak beribadah Boss"...

Boleh ke jawab macam tu? hikssss

Sebab nak cuti, saya cakap dengan hubby yang saya teringin nak masak nasi lemak. Hubby pun macam excited juga, dia kata, buat sambal udang+petai juga...haaa...set.

Hari ini pula, sewaktu stuck dalam traffic jam sewaktu dalam perjalan balik ke rumah, saya pun siap berangan balik...yup, saya berangan masak nasi lemak, masak sambal udang, lepas tu fikir pulak, nak tambah apa apa lagi tak? Haaaa, rasa nak buat telur rebus yang part kuning nya lembut-lembut sikit, nak ada banyakkkkk timun. 

Sampai kat rumah, hubby terus kata, "cikbib tak payah masak nasi hari ni sebab saya beli laksa dengan mihun goreng...".Adoiii, hancur angan-angan saya tentang nasi lemak tuh...heee. 

Hmmm, walaupun tak de gambar tentang menu berbuka, nampaknya blog saya ini pun masih bercakap tentang makanan kan?...nanti kalau saya masak nasi lemak...saya tangkap gambar ye...kalau tak lupa lah.

Okay, gudnite!

Selasa, 23 Julai 2013

Sekarang ni dah pukul 11.07 minit malam. Kami dah berbuka, dah solat tarawikh dan sekarang tengah lepak-lepak depan tv. Saya sepatutnya iron baju ni, tapi ada sedikit malas...he he he.

Saya rasa saya akan put on weight la plak posa ni. Bukan apa, menu kan ditentukan oleh hubby, dan tahun ni, hubby macam suka makan nasi, berbuka makan nasi, sahur pun makan nasi.

Lepas tarawikh pula, ada moreh...lagi la. Saya, without fail akan ambil makanan...he he he. Malam ni menunya mee goreng dengan kuih seketul, semalam ada mee kari, sebelum ni ada mihun sup la, mihun la...tempting  la, tak leh nak skip.

Tapi sebab ada lah juga perasaan insap, saya pun minta hubby jangan beli kuih dah untuk saya. Saya juga kurangkan masak nasi, sampai hubby complain la plak kata tak cukup...he he he.

Lagi satu, saya memang tak larat nak buat ER la. So...ada sedikit risiko di situ.

Malam ni malam yang ke 15 kan? Tadi waktu di surau, imam tu siap bagi galakan untuk semua makmum buat solat tarawikh 20 rakaat...tapi saya, masih la buat 8 rakaat aja. Saya ni memang la iman kulit bawang lagi.

Semalam lagi la pulak, waktu solat tu, siap asyik tengok jam dengan harapan supaya imam boleh laju sikit sebab nak tengok Dahlia, episod akhir.

Lagi satu, waktu kat surau tu, mata sibuk juga pandang keliling, tengok telekung orang...he he he

Tapi saya tetap doa semoga saya akan jadi insan yang lebih baik selepas ramadhan ini, insya allah. Saya memang tak sempurna dan kadang-kadang tak boleh fokus...tapi atleast saya cuba jugalah kan...

wokeh la, itu aja dulu...gudnite!


Sunday, July 21, 2013

Ahad, 21 Julai 2013

Macam semalam, saya dan hubby tengah lepak depan tv, selepas sahur dan solat subuh. Kami sembang-sembang dulu tapi sekarang ni hubby dah tutup mata pun...saya pulak, meniarap tengok laptop...hiks.

Saya tengah tungguh washing machine habis basuh saya punya telekung. Bukan apa, kan sekarang pergi solat tarawikh di surau, kalau telekung wangi, bersemangat lah sikit nak solat..he he he.

Semalam, selepas solat tarawikh, kami sekali lagi telah melakukan lawatan ke sekililing Shah Alam. Sebenarnya, tujuan kami keluar adalah untuk mencari port untuk minum/lepak.  Tapi sebelum minum, kami telah re-visit jualan besar-besaran permaidani Jackel di Seksyen 7. Memang besar lah tempatnya, dan banyak juga permaidani yang dijual. Tapi saya rasa harganya biasa aja, malah, hubby kata, bukan ada potong 80% sangat pun seperti yang war-warkan. Hubby perasan yang harga tempat lap kaki tu, they put the real price as RM12 and after less 50%, it become RM6, sedangkan harga sebenar memang RM6 pun. Hmmmm....itu memang masalah potongan harga di Malaysia kan. Tapi saya rasa, kalau betul-betul nak beli carpet, pergilah ke Nilai 3, memang ada perbezaan yang besar dari segi harga.

Tapi kami hampir juga tergoda nak beli...ada juga yang lawa kan. Tapi kami dah set, kalau nak tukar pun karpet satu hari nanti, kami akan tukar ke jenis yang silk tu kan...heeeeee. Semalam kami tanya ada satu permaidani jenis silk ni, berapa harga. Tahu tak berapa? Haaaa...8K babe...baik gue pergi melancong kalau gitu....

Both hubby and I were also excited to find out that the lead actor for last year drama is still there...as handsome and macho as before...he he he. Tapi kali ni dia tak layan kami, jadi dia tak sempat nak mengalunkan lagu untuk kami...

Selepas itu, kami pun pusing Seksyen 7 di sekeliling Jackel tu. Rupanya ada banyakkkkk kedai yang baru buka di situ. Kami jarang masuk kawasan tu sebenarnya, tapi kami bercadang nak masuk lepas Ramadhan ni, nak try kedai-kedai makan yang ada di situ. Kami juga dapati Sekinchan Ikan Bakar sudah tutup...tapi Sekinchan Ikan Bakar kat semua tempat pun sudah tutup kan ? 

Lepas tu kami meneruskan perjalanan round Shah Alam. Mula-mula kami pergi Seksyen 9. Tengok Pelita di Plaza Masallam, penuh tahap gaban. Lepas tu pergiiiii....seksyen 4. Mula-mula hubby ingat nak g Tirai Ratus, nak makan sate, tengok-tengok tak de pulak sate. Semalam Tirai Ratus pun happening, penuh. Depa ni semuanya jenis lepak-lepak lepas tarawikh kan.

Kami akhirnya singgah kat Syed. Makan sate....sedap. Kami order 10 batang sate daging, kongsi.

Lepas tu balik, lepak, masak nasi untuk sahur dan tidur.

That is supposed to be the introduction kan? And I am suppose to write on something after this kan? Heeee....awat tak de idea lagi ni?

Mungkin saya boleh menulis tentanggg...saya sedang menilai diri sayalah, adakah saya di hari ini lebih baik dari saya yang dahulu?

Bukan apa, saya terfikir kan benda ini sewaktu saya bersolat Tarawikh baru-baru ini.

Sewaktu saya di sekolah/asrama, saya memang sentiasa mengamalkan solat tarawikh berjemaah. Saya teruskan perkara ini sehinggalah saya di ITM. Sewaktu saya bujang, pada mulanya saya buat berjemaah juga di Masjid UIA PJ tu, tapi lepas tu, saya buat dalam bilik aja.

Lepas kahwin, dua tahun pertamanya, saya buat juga di Surau Apartment Baiduri, tapi 4 tahun kemudiannya, saya buat sendiri aja di dalam bilik.

Pada waktu mula berpuasa baru-baru ni, seperti biasa, emak saya suruh la saya pergi bertarawikh secara berjemaah. Saya tak nafikan yang saya terus aja decided to ignore emak saya punya nasihat tu...bukan apa, saya bukan tak buat pun, buat, tapi buat sendiri ajalah kan. Okay apa.

Tapi mungkin ada terdetik sedikit kut perasaan ingin melawan kata-kata emak tu kan, jadi Allah sudah beri satu balasan, yup, saya ada problem sikit dengan period saya, ianya berlanjutan menjadi lebih lama dari biasa.

Sepatutnya perkara seperti itu tidaklah menjadi masalah sangat kan? Tapi sudah ditakdirkan, saya macam jadi emosi pulak. Rasa sedih sangat sebab tak boleh puasa dan tidak boleh bertarawikh. Terus saya rasa saya nak pergi bertarawikh di surau setelah saya boleh berpuasa nanti.

Hmmm, setiap perkara itu terjadi mesti ada sebabnya...Jadi, setelah hampir 4 tahun tidak bertarawikh di surau/masjid, akhirnya saya telah pergi balik. Entahlah, tapi saya rasa, masa period saya yang berpanjangan sehingga 10 hari tu menjadikan hati ini nak sangat solat dan puasa...jadi, bila saya buat solat sunat 2 rakaat sebelum isyak di surau Al-Islah tu, tergenang pulak air mata saya. Terasa nikmatnya beribadah....

Hmmm...macam itu lah kan. Waktu Allah bagi kita masa dan kesihatan yang baik, kita sia-siakan dengan bermain bubble shooters (sayalah tu). Sekali Allah ambil sikit aja, 10 hari...baru lah hinsap sikit. Tapi saya harap perasaan insap sikit sikit ni akan berkekalan lah, jangan "hot hot chicken stool"  lagi. 

Untuk malam ni, saya harap adalah orang jual laksa yang sedap kat mana-mana. I am so into something which is masam and pedas lah...semoga ada rezeki orang yang hinsap ni...miahahahaahahah...

Selamat Berpuasa Semua!




Saturday, July 20, 2013

Spesis Terung

Pagi Sabtu, 20 Julai 2013. Kami di ruang tamu, saya meniarap tengok laptop dan hubby sedang tidur. Pelik kan bila mata saya ni tidak boleh tutup untuk tidur selepas subuh tadi walaupun itulah yang selalu impikan setiap kali saya bersiap untuk ke ofis...dah ada peluang nak tidur, tak boleh pulak tidur...

Semalam, kami tidur lewat sedikit sebenarnya sebab selepas solat tarawikh, hubby ajak pergi meronda. 3-4 tahun dahulu, malam Ramadhan di Shah Alam ni sangat meriah di mana kedai-kedai akan di buka sehingga dinihari. Tapi semalam, semasa kami pergi, memang ada gerai yang masih buka, tapi jumlah pengunjung sangatlah kurang. Mungkin kerana rata-rata gaji masih belum masuk kut? Atau ramai yang telah insaf dan mengisi malam di bulan Ramadhan dengan aktiviti yang lebih baik/relevant? ...Atau mungkin ramai yang suka membeli-belah di saat akhir.

Tidak ada benda yang menarik pun di gerai-gerai ini sebenarnya kecuali ada satu gerai ni yang menjual dodol yang di kacau di situ juga. Nostalgia kan untuk beratur dan makan dodol yang masih lembut dan panas-panas? Saya teringin sebenarnya, tapi sebab hubby tidak berminat, saya diamkan saja.

Sebab tidak ada benda yang menarik, kami mengambil keputusan untuk minum. Pilihan pertama ialah di Uncle K, sebab lokasinya dekat dengan gerai-gerai yang kami pergi tu. Malangnya Uncle K penuh tahap gaban. Kami pun cuba ke Syed, penuh juga. Saya cadangkan Tirai Ratus sebab teh tarik di Tirai Ratus adalah marvellous, tapi hubby kata tak feel pulak, kenalah kedai mamak kan, baru feel lebih sikit. Kami malas nak patah balik ke Pelita di Plaza Massalam, jadi hubby ajak pergi ke Ali Maju kut...(tak ingat lah nama kedai ni, tapi yang dekat dengan Wisma Belia Shah Alam tu, dekat rumah Mek Yah)...haaa, sini pun ramai orang, tapi kat dalam kedai masih banyak yang kosong. Kami pun on, order teh tarik dan roti kosong satu, lepak sambil main bubble shooters...heee...

Hmmm...malam ini, hubby ajak saya melawat kawasan Seksyen 7 kat Jackel tu pulak, situ ada kedai karpet yang buka sampai lewat malam rasanya. Tahun lepas, kami langsung terbeli karpet di situ di samping menyaksikan satu drama yang amat menarikk...yang diingat sehingga kini.

Dalam jam 11 pagi nanti, kami akan ke kedai tukang jahit untuk ambil baju...yay, baju raya.

Oooo, yang atas tu pengenalan aja sebenarnya sebelum saya ingat apa yang saya nak share di sini. Saya baru dengar cerita ni sewaktu saya menghadiri kursus di IDFR. Cerita nya adalah mengenai terung.

Kawan saya ni bercerita macam mana dia merungut sedikit dengan emaknya sebab badan kawan saya ni tidak mahu turun selepas bersalin. Emaknya pula telah dengan selamba menjawab "kalau keturunan kamu tu keturunan terung bulat, janganlah mengimpikan untuk menjadi terung yang panjang".

Haaa....apa pendapat anda tentang kenyataan itu? Adakah mereka yang sudah berisi akan terus give up untuk menguruskan badan kerana sudah "redho" menerima kenyataan yang diri sudah ditakdirkan "ngemuk"? 

Hi hi hi, saya tak nak give up, jadi saya rasa pernyataan ini hanya apply dengan species "terung" ajalah. Tapi saya tidak nafikan yang setengah orang lebih senang untuk mengurangkan berat badan mereka daripada yang lain. Tapi kita kena kenallah dengan tubuh badan kita dan cuba untuk bertindak mengikut fakta yang kita tahu tu...setengah orang memang sangat sensitif dengan gula, kalau increase sugar intake aja, terus badan naik...macam-macam tu lah. Tapi, untuk mengetahu tentang diri sendiri pun tak senang, setengah orang, dah berumur 50 tahun pun masih belum lagi kenal dengan badan mereka.

Apa-apa pun, yang paling penting sihat. Ye lah, bila orang membeli terung, ada yang suka terung bulat, ada yang suka terung panjang, tapi yang pasti, mereka akan memilih terung bulat/panjang yang sihat, yang segar dan tidak yang layu atau yang macam kurang zat kan...

Okay lah, itu sahajalah celoteh saya pagi ini, saya tengah gelak sorang-sorang ni sebab saya dengar perut tok bomoh saya berbunyi...heee, baru pukul 9.30 pagi ni....Okay, have a nice weekend!

Friday, July 19, 2013

Bila Sibuk Sikit-Sikit pun Dah Stress

Sebenarnya saya sangat sibuk sekarang ni. Petang ni, ada dialog yang melibatkan orang-orang besar organisasi saya dengan sebuah syarikat conglomerate ni. Perkara ini jadi sibuk bila banyak perkara/perubahan yang berlaku di akhir-akhir masa.
 
Hmmm, bukan apa, sesungguhnya saya dah lama tak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang macam ni lah...baru saya perasan mengenai perkara ini. Semenjak J P C 3 diwujudkan, saya tidak perlu lagi organize mesyuarat/dialog yang melibatkan management saya sebab semua perkara akan diuruskan oleh M....Seronok juga dapat bekerja macam itu.
 
Saya juga kena banyak berlari ke sana sini...ambil print out, bagi arahan, buat kerja yang officer tak sempat nak buat dan berdoalah banyak-banyak supaya semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Aaamiiin.
 
Sebenarnya kami banyak juga organise seminar/network session dll., tapi semuanya lebih relax sebab saya yang control kan...hiksss...Tapi tak pe, dengan organize dialogue ni, semoga saya akan belajar dengan lebih banyak lagi....
 
Kawan saya seorang ni, lagila, dia ketua Bahagian yang bertanggungjawab untuk menjalankan event dengan media kan...mak aiii...mesti dia lagi stress...tapi tak pe, dia memang kuat...
 
Masuk DI pun, kami semua independent. Kami buat kerja sendiri, jumpa co., jumpa association, semuanya kami buat tanpa melibatkan management sampailah baru-baru ni kami ditegur...heeee...bukan apa, kalau management tak tahu then the Division is not visible and therefore the officers will not be visible also. Haaa...that is not good ya, how are the management going to evaluate your performance then...

Oleh kerana itu, kami sekarang perlu berubah. Kami perlu cc semua correspondence to our management....itu sahajalah tambahannya.
 
Saya sudah tidak sabar menanti petang ini and get it over with. Saya nak fokus benda lain pulak and move on...semoga semuanya akan berjalan lancar Ya Allah. Aaamiin!



Tuesday, July 16, 2013

Ahlan Wasahlan

Semalam, saya pergi ke work station seorang officer ni dan saya nampak dekat screen laptop dia ada satu blog. Setup blog tu nampak familiar, hiks, rupa-rupanya dia baca blog saya.
 
Officer ni siap tanya macam mana dia tak tahu yang saya ada blog selama ini. Memang saya tidak berapa promote sangat kut blog saya ni. Tapi bila ada orang yang ikut, saya macam rasa best juga...ha ha ha. Perasaan bila orang baca blog kita memang macam best, nanti nak promote tu macam berat...haaaa...macam mana tu?
 
Sekarang ini pulak, ada masalah sikit untuk upload gambar sebab laptop di mana semua gambar boleh direct upload sudah dimasukkan ke hospital. Semoga laptop itu akan cepat sembuh.
 
Berbalik pada hari ini, yup, telah dimulakan dengan bangun sahur. Sebenarnya aktiviti makan di rumah saya adalah di rancang menurut selera suami. Contohnya, semalam dia rasa macam tak nak makan nasi untuk berbuka, jadi dia telah beli bihun dengan kueteow. Tapi dia juga telah beli kari ikan untuk makan sahur...
 
Maka, pagi tadi saya telah bangun awal sikit untuk panas kan gulai kari tu dan juga nasi yang telah saya masak sebelum tidur. Untuk menaikkan selera sikit, saya pun goreng ikan bilis bersama bawang/bawang putih dan cabai burung. Hubby memang suka dengan ikan bilis goreng ni, dan dia suka kalau cabai burung tu banyak sikit. Tapi pagi tadi saya kurangkan sikit cabai tu sebab takut hubby sakit perut.
 
Hmmm...lepas tu pergi kerja...lepas tu sibuk...macam itu lah!
 
Saya harap saya boleh cepat puasalah. Saya perasan ada sedikit ketidaknormalan lah saya punya sistem badan ni. Sedih la tak boleh puasa...tapi kena redha kan...tuhan yang bagi tuh...nak shift minda ni...sila shift...he he he
 
Ehhh, nak tambah satu lagi...Raja Azmi bertunang la...kagum saya dengan Raja Azmi ni. Sebelum ni dia dengan selambanya buat statement yang dia nak kahwin lagi sebab dia suka dimanjakan. Yup, memang itu fitrah manusia kan? Tapi ramai orang malu nak mengaku, tapi tak pe, Raja Azmi dah buat pengakuan untuk kita..heeee
 
Pagi tadi juga, waktu sahur, saya ada mendengar kuliah dari ustaz Kazim. Ustaz ni pesan, jangan sekali-kali kita keluar statement yang kita tidak mahu kahwin. Kalau rasa berat untuk kahwin, kita simpan ajalah di dalam hati...
 
Itu ajalah...back to work
 
 
 
 
 

Monday, July 15, 2013

Cara Mengatasi Kesesakan Trafik di Bulan Puasa

Iftar untuk hari ke 6 hari ini kami hanya makan bihun goreng dan kueteow goreng. Hubby juga beli kuih buah melaka (onde onde) dan pulut panggang dua ketul...heeee. Kami okay aja, makan apa yang ada, alhamdulillah kenyang.

Sudah lama saya tidak update blog ini kan? Saya sibuk sikit minggu lepas dan pada hari Sabtu dan Ahad, saya balik kampung. Selain dari itu saya juga ada masalah mood terganggu sikit, ada hormon yang kurang stabil, langsung kurang mood untuk mengupdate blog ni...tapi tak pe, hari ini saya update, walaupun saya masih tidak berapa pasti saya nak cerita tentang apa...he he he, bukan apa, kalau nak gossip, tak baik pulak kan, bulan-bulan posa ni.

Eh, mari update fasal ER saya dulu ye...mesti ramai yang ingat ER saya sudah berakhir kan? Mesti ramai yang ingat  usaha saya ni hanyalah "hot hot chicken stool" kan? Heee...sesungguhnya, sesiapa yang berfikir sedemikian, anda adalah hampir-hampir betul...tapi untuk minggu lepas, saya sempatlah buat 3 sesi di mana disetiap sesi, saya berjaya buat sejauh 4 km. Okay lah tu kan, daripada tidak buat langsung.

Lagi satu isu di bulan Ramadhan ini adalah isu "traffic jam" yang amat-amat mencabar kesabaran. Cabaran bermula pada waktu pagi di mana walaupun saya keluar rumah agak awal, iaitu dalam jam 6.45 pagi, tapi keadaan trafik yang teruk menyebabkan kenderaan bergerak sangat lambat dan ini menyebabkan mata saya macam tidak boleh buka, yup, saya jadi sangat mengantuk.

Keadaan mengantuk sewaktu memandu menyebabkan saya asyik ingat nak tidur bila sampai ofis. Walau bagaimanapun, sampai aja di ofis, terus banyak kerja, terus tak jadi mengantuk...hmmmm.

Walau bagaimanapun, saya telah diberi petunjuk pagi tadi di mana saya telah keluar lebih awal. And yes, itu adalah tindakan yang bijak di mana keadaan trafik adalah lebih baik dan saya telah sampai ofis lebih awal dan sempattttt tidur...he he he...alhamdulillah.

Sepanjang bulan Ramadhan, saya telah menukar shif kerja ke jam 8-5 petang instead of 8.30-5.30 petang. Malangnya, minggu lepas, saya ada mesyuarat pada hari Rabu dan Khamis yang menyebabkan saya terpaksa pulang lewat juga. Yup, saya balik dalam jam 6 ptg kut dan sampai di rumah jam 7.15 ptg macam itu. 

Pada hari Jumaat, saya telah keluar lebih awal, yup, dalam jam 5.15 petang. Tahu tak pukul berapa saya sampai rumah? Haaaa, 7.15 juga. Ini bermaksud, saya telah memandu selama 2 jam daripada KL ke Shah Alam....Stress saya dalam kereta tu, rasa nak menangis...dah la hormon tak stabil kan....sampai aja kat rumah terus letak handbag, buka tudung dan ke dapur...heee, masakkkkk air...he he he...untuk mengelakkan kemungkinan saya sampai lambat dari ofis sehingga tidak sempat masak, kami telah sepakat untuk membeli makanan di luar sahaja...he he he, alagasan, alagasan.

Pagi tadi juga, sebelum bertolak ke ofis, tok bomoh telah nasihatkan saya supaya keluar lebih lewat untuk balik ke rumah pada waktu petang. Sebagai seorang isteri yang taat (hiii), saya bertolak balik lambat sedikit iaitu dalam jam 5.45 ptg. Saya telah sampai di rumah jam 6.55, yup, dalam 1 jam macam tu...not bad lah kan?...So, I'll stick to this lah kut lepas ni, yup, keluar lebih awal dan balik lebih lewat.....

Tadi tok bomoh saya pesan suruh saya letak post panjang-panjang, malangnya, tiada idea lah nak tulis...mungkin esok ye...hokeh, itu aja untuk malam ni....selamat bertarawikh!




Wednesday, July 10, 2013

Hari Pertama di Bulan Ramadhan-2013

Saya sekarang di ofis dan sangatlah mengantuk...tulonnn!
 
Pagi tadi saya bangun jam 4.40 pagi. Saya kena masak sardin (macam lah susah masak sardin kan?..hiks). Menu pagi ini adalah sardin di makan dengan roti. Untuk hubby saya buat kan teh tarik dan untuk saya saya buat nescafe, konon untuk menghilangkan mengantuk, tapi tetapppp lah mengantuk.
 
Lepas tu, siap-siap dan pergi kerja jam 6.37 pagi.
 
Saya dapati orang-orang Shah Alam ni memang agak lambat keluar rumah lah sebab kawasan saya tu, sunyi senyap betul waktu saya sudah mula memandu. Maklumlah, kalau tinggal di Shah Alam, kerjapun di Shah Alam, memang kesesakan trafik tidak menjadi isu langsung. Beruntunglah mereka yang diberi rezeki sedemikian oleh Allah.
 
Sewaktu dalam sunyi senyap itu, saya teringat kepada beberapa orang kawan ofis saya yang terpaksa keluar rumah sangat awal setiap hari. Mereka ini selalunya tinggal agak jauh seperti di Kelang ke, Ulu Selangor ke, Ijok ke (Ijok di Selangor ye), dan mereka ini biasanya tidak boleh memandu dan terpaksa menggunakan pengangkutan awam. Selalunya sang suami akan menghantar isteri ke stesen bas sebelum subuh lagi. Setelah sampai, kawan saya ini akan bersolat di stesen bas tu dan lepas aja habis solat, mereka akan terus naik bas.
 
Selalunya mereka yang naik bas pertama bergerak ini adalah kumpulan orang yang sama, oleh itu mereka akan saling mengenali antara satu sama lain. Satu perkara yang baiknya adalah sebab mereka tidak memandu, mereka bolehlah lena di sepanjang perjalanan...dapatlah berehat sedikit.
 
Proses untuk balik ke rumah juga tidaklah senang. Pada hari-hari biasa, kawan saya ni akan sampai rumah jam 8.00 lebih. Kadang-kadang, kalau mesyuarat lambat habis, dia akan sampai lebih lewat lagi.
 
Tapi itu lah, tuhan ambil sikit masa kawan saya ni tapi dia tetap positif. Dia adalah seorang yang ceria, jarang sekali mc dan seorang pekerja yang bagus. Dia bersyukur dengan apa yang dia dapat, dan tidak fokus dengan cabaran yang terpaksa dia hadapi hari-hari...
 
Setelah terkenang dengan kawan saya ni, saya terkenang pulak dengan orang muda sekarang yang nak bangun pagi untuk menghadiri kuliah pun tak boleh. Mereka bukannya perlu bangun awal pukul 5.00 pagi, malah, kuliah tu kadang-kadang hanya bermula pukul 10 pagi atau petang...cabaran yang seringan itu pun tidak mampu mereka harungi...sedih saya.
 
Saya pun tak tahulah apa sebenarnya yang mereka fikirkan. Mereka dah besar, tak kan mereka tidak nampak pengorbanan ibu/ayah bangun pagi pergi kerja, stress kena marah dengan boss, stress kerja tak sempat siap... tapi diharungi juga demi menyara mereka dan adik beradik mereka. Mereka ni pulak, bukannya tak pandai, pandai-pandai belaka, tapi cara mereka berfikir itu memang lah tak mampu saya nak faham...tak tercapai otak saya ni, I cannot keep up with them...
 
Sekiranya mereka ini tidak mahu belajar, tetapi ada perancangan lain, tak pe lah juga kan, tapi bila ditanya apa perancangan masa depan, diam, they have no idea at all...haish, keliru den.
 
Aittt, saya melalut la tu, mari berbalik kepada apa yang berlaku kepada saya pagi ini ye, pada hari pertama di bulan puasa. Keadaan sunyi terus meriah apabila saya masuk ke Lebuhraya Persekutuan. Saya dapati keadaan trafik ada sedikit baik dari bulan puasa tahun lepas, mungkin kerana ramai pelajar kolej/Uni telahpun habis periksa dan sedang bercuti panjang sekarang, alhamdulillah.
 
Waktu hujung-hujung nak sampai ofis, saya rasa nak buka mata pun dah tak larat...saya tersangatt mengantuk. Sampai ofis..teringin nak tidur, tapi tak sempat...hikssss...tak pe, nanti lunch saya tidur ya....have a nice day everyone!




Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan

Saya suka bulan Ramadhan.
 
Saya tidak begitu pasti kenapa saya suka bulan Ramadhan, tapi jauh di sudut hati memang saya suka dan saya agak sedih setiap kali hendak meninggalkan Ramadhan.
 
Hmmm, sepatutnya sebagai seorang Islam saya memang sepatutnya suka dengan kedatangan Ramadhan kan? Saya kena mengajar hati ini supaya lebih cintakan bulan Ramadhan.
 
Ada banyak kelebihan Ramadhan macam :
 
********************************************************************************
 
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." (1)
 
Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati Allah. Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya digandakan pahalanya.
 
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan, malaikat menyeru umat manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka terdorong melakukannya.
 
Malaikat juga menerangkan dalam seruannya itu tentang kemurahan Allah Taala membebaskan orang-orang yang berdosa yang dijanjikan dengan azab seksa. Mudah-mudahan peluang yang baik dalam bulan yang mulia itu digunakan dengan sepenuhnya.
 
(telah di google, copy dan paste dari blog lain ye)
 
**********************************************************************************************************************************************************
 
Semalam, sewaktu saya mengantuk-mengantuk nak tidur tengahari, boss tiba-tiba datang dan mengajak saya pergi ke majlis tahlil. Adoii, sesungguhnya gue mengantuk gitu, tetapi kerana boss sudah menyeru ke arah kebaikan, sayapun menurut perintah lah.
 
Tapi elok juga sebab ada sedikit pengisian telah dilakukan. Ustaz jemputan telah bercakap mengenai amalan yang boleh dilakukan di bulan Ramadhan.
 
Antara yang ditekankan adalah fokus. Fokus sekarang adalah terlampau banyak mengenai makanan, apa yang nak di masak dan persiapan raya. Sepatutnya, apa yang lebih penting adalah untuk mengambil kesempatan atas kelebihan di bulan Ramadhan untuk melebihkan amal ibadah seperti solat sunat, membaca quran dan bersedekah.
 
Ustaz telah menyarankan kepada wanita yang bangun untuk menyediakan makanan sahur supaya memperuntukkan sedikit masa untuk melakukan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu...heeee..bagus kan? Cuma adakah saya kuat untuk melakukan ini...
 
Saya ni sebenarnya tidaklah fokus kepada makanan ataupun membeli baju raya/kuih raya dll sebab kenyataannya saya dan hubby memang simple. Kami beli makanan berbuka memang cukup-cukup ataupun kurang sedikit sebab kami memang tidak suka bila ada makanan berlebihan.
 
Fasal baju raya pulak, saya sejak kahwin ni barulah betul-betul beli baju raya. Sebelum kahwin, saya ada baju raya pun ok, tak de pun ok. Saya akan pakai baju kerja aja. Sesungguhnya hubby lah yang mengajar saya untuk lebih membeli baju raya (sila salahkan orang lain!)
 
Walau bagaimanapun selepas kahwin ni, saya memang beli baju raya, lagi pun, baju raya saya akan jadi baju kerja kan...jadi kira ok lah tu.
 
Tapi hubby dan saya memang akan berbelanja lebih untuk beli keperluan rumah-rumah di kampung kami. Haaaa, yang itu, kalau diikutkan, mahu kami beli lori kecil...segala macam mak nenek kami beli...heeee
 
Ait, cerita raya pulak...bukan ke nak bercakap mengenai Ramadhan tadi?..Hmmm...itu ajalah kut, nak menasihatkan sangat, siapalah saya ini kan? Tapi semoga Ramadhan tahun ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik, semoga kita dapat menyempurnakan Ramadhan kita, semoga dapat kita nilai tambahkan (value add) ibadah puasa kita dengan ibadah sunah yang lain seperti solat tarawikh dan bersedekah, insya allah. Selamat Beribadah wahai sahabat-sahabat, kakak-kakak saya juga anak-anak sedara saya yang saya kasihi...
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, July 8, 2013

Mengenai Kasut dan Perancangan Menyambut Raya

Saya selalu baca ada satu blog ni dan saya kagum betul dengan cara penulis blog ni berbelanja.
 
Penulis ni banyak la duit kut kan, sebab kalau tidak, masakan dia boleh berbelanja dengan sangat hebatnya. Kalau keluar negara dia boleh beli banyakkkk handbags, kasut, sunglasses dan banyakkk benda lain lagi. Kat manalah dia nak simpan semua barang tu di rumah, saya tidak boleh bayangkan.
 
Barangan yang dia beli pulak tu, tak main la macam kasut Clark yang berharga kurang dari RM400 tu kan, tapi dia beli kasut yang berharga 2k sepasang dan dia boleh beli 4 pasang sekali gus, berlainan warna lah pulak...
 
Hmmmm...macam mana tu? Sebenarnya saya tulis ni sebab saya baru ternampak satu pasang kasut ni. Saya kan "the ugly fat stepsister" yang berkaki tidak kecil, hiks...jadinya, untuk mencari sepasang kasut perempuan yang cantik/selesa/tak berapa mahal tu adalah tidak senang. Oleh kerana itu, saya ada habit di mana, apabila nampak satu yang memenuhi kriteria yang telah disebutkan tadi, saya akan cepat-cepat nak beli dan simpan, ye disimpan supaya saya tidak ada masalah tiada kasut di masa hadapan.
 
Kasut yang sesuai ini ada dua tau, satu yang flat, satu lagi pulak, yang ada heels sikit. Saya nak beli dua-dua sebab yang flat tu untuk visits/travel dan yang ada heels tu untuk kerja/functions dll. Tapi hubby kata beli satu aja dulu cukuplah cikbib..and I must admit that he has got his point. Takkan lah nak beli semua kan? Kasut kerja saya yang satu ni pun baru lagi sebenarnya...
 
Tapi kan, sebab macam ter sedih sikit, saya pun rasa macam nak jadi orang kaya. Terus suka lagu "KALAU AKU KAYAAA, HARI HARI HARI RAYAAA"...haaaa, yang Ultimate dengan Awi Rafael nyanyi tu..langsung asyik nyanyi lagu tu ajaa pagi ni, he he he.
 
Adoiii, manusia ni tak pernah bersyukur kan? Tak pernah cukup dengan apa yang ada. Tapi tak pe lah kut, mungkin saya beli sepasang bulan ni, sepasang lagi bulan depan, bole? Nanti kalu ada bonus keee? Boleh tak tok bomoh?
 
Saya tahu hubby mesti fikir fasal kewangan untuk hari raya kut sebab kami memang akan banyak guna duit. Kami kena sediakan duit raya, duit minyak, duit tol, beli kuih raya untuk dua rumah, duit untuk beli barang-barang lain juga untuk dua rumah etc etc etc...boleh tahan juga jumlahnya. Tapi insya allah, sekiranya dirancang dengan baik, akan ada rezeki dari Allah. Memang nampak macam jadi bebanan tapi sesungguhnya ini juga adalah masa untuk menyumbang kepada keluarga dan berkongsi rezeki yang ada, insya allah ada keberkatannya.
 
Sudah 7 tahun kami beraya bersama dan saya rasa masa merancang itu adalah masa yang sangat manis. Waktu mula kahwin, kami ada satu buku untuk buat kira-kira. Yup, kami campur gaji sama-sama dan kira semua perbelanjaan. Yang mana lebih penting, kami dahulukan... Kami juga pastikan yang kami cukup bekalan selepas raya, heeee, sebab kalau tidak, haru biru la plak kan.
 
Aiyo, tak boleh elak la nak cakap fasal raya ni, walaupun tujuan asal iyalah nak cakap fasal nak beli kasut tuuuu...Okay la itu aja dulu...bubaiii




Sunday, July 7, 2013

Wrap Up of the Week, 7 July 2013

It's Sunday, 11.15 pm.

We are watching Wimbledon final. I hope Murray will win.

Wrap up of the week?

First of all, on my ER : Yesterday, hubby asked me, "how come you are not performing your ER? Zero km for this week?"

And I was like "*&^%^*".

But alhamdulillah, today I did break the zero km record. I managed to perform 4 km on the trade mill. Heee, I guess it is still okay since yesterday I did walk a lot when I was at Sunway Pyramid plus today, we went to Aeon Bukit Tinggi. In fact I did a lot of walking when I was in Kuching and Bintulu.


Other than Er: Hubby and I did lots and lots of shopping yesterday and today. We bought stuff for the coming hari raya for hubby. We bought tshirts, shirts, pants and shoes. We are determined not to do any shopping during the fasting month, so I guess that will be it. 

I have also did a lot of things at home. Yup, finished up my laundry and managed to change the bed cloth. Hee, I am happy that I have done that.

I am also happy to see a photo of the twin Iman and Imran. They are chubbier now, I can see that the cheeks are fuller. Can't wait to see them again this hari raya.

Well...that's all I guess. I'm kinda sleepy already, but I would like to watch the result of the game...haiyooo, Djokovic is angry with the referee...

okay guys..have a productive and happy week ahead.




Thursday, July 4, 2013

Hari ini : 4 July 2013

Walaupun penat sikit, tapi saya tetap pergi kerja hari ini. Ada satu program yang melibatkan para vendor Bumi putra dan kita orang perlu membuat "presentation".

Walau bagaimanapun, boss saya telah bersetuju untuk membuat presentation hari ini, alhamdulillah, heee, selamat aku.

Saya juga adalah teruja kerana memang saya tidak pernah melihat boss buat presentation mengenai topik yang ini. Hmmm, saya nak tengok boss saya buat dengan harapan saya dapat belajar dan memperbaiki saya punya "presentation" juga.

Boss saya tu bersemangat lah. Excited pun sama. Dia siap pegang mike dan tidak berdiri sahaja di rostrum seperti saya...dia boleh pusing-pusing satu stage tuh...

Saya tidak rasa yang saya boleh buat begitu. Realitinya saya memang bukan orang yang macam tu. Saya ni selalu cool aja dan tidak suka beriya-iya. Sooo, saya tidak rasa yang saya akan tiru yang itu lah.

Tapi mungkin saya perlu bagi sedikit energy lah sekiranya saya buat presentation di lain masa sebab kalau tidak, mungkin orang akan mengantuk kan.

Boss ada juga hint macam ni sebelum dia naik ke atas pentas tu..."you lah buat presentation ni Bibah"...

Saya pulak, selamba aja jawab " ehhhh, kan En ... kata memang nak buat?"..

heeeee....but frankly, I really did not mind at all. Yeah, since I have been doing it for more than 5 times already, I think I have gained my self confidence bit by bit, insya allah.

Oh ye, saya baru balik dari Bintulu dan Kuching. Saya pergi untuk kerja lah. Ini adalah trip pertama yang saya pergi sewaktu saya di DI. Hmmm, pengalaman yang cukup bagus.

Kalau sewaktu di Metal saya selalu suspense bila berjumpa company, untuk trip yang ini, challenge yang lebih hebat adalah sewaktu saya mempengerusikan sesi networking dengan syarikat sewaktu di Bintulu juga sesi networking bersama Associations sewaktu di Kuching.

Sesungguhnya sesi di Kuching adalah lebih mencabar kerana jumlah mereka yang terlibat adalah dalam 28 orang dan isu yang dibangkitkan adalah lebih mencabar. Selepas ber networking, kami juga ada sesi makan tengahari bersama di mana saya perlu host table...tapi saya belajar satu perkara iaitu sesungguhnya waktu makan adalah waktu di mana sangat banyak maklumat yang boleh didapati daripada syarikat-syarikat ini. Yup, mungkin kerana keadaan adalah lebih santai...

Hmmmm...saya dah buat kerja-kerja yang macam ini lah sekarang...saya kena belajar bawa diri secara betul. Yang paling penting pastinya ilmu dan keyakinan diri. Saya juga bersyukur kerana walaupun tidaklah sempurna, saya dapati saya mampu membuat presentation  serta berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Selain daripada itu, kenalah senyum...he he he. Lepas tu, untuk menjadikan kita lebih selesa/yakin, kita kena juga dressed up accordingly. Yang niiii....saya masih kurang pasti. Tak pe, nanti saya tanya tok bomoh saya, dia kan image konsultan saya, ekekekekek.

Hmmm...saya pun rasa macam excited nak tahu kerja yang macam mana pula yang perlu saya buat pada masa hadapan, saya rasa takjub aja dengan kerja yang saya kena buat sekarang ini.....semoga saya mampu melakukan apa sahaya yang telah dipertanggungjawabkan, insya allah.


Wednesday, July 3, 2013

Back From Kuching & Bintulu

I am back!

I have just arrived from Kuching tonight. I still have to work tomorrow even though I wish I could take a break.

I guess that's all for tonight since I am feeling a little bit tired. I'll write again tomorrow, insya allah