Saturday, December 28, 2013

JB Trip...26 dan 27 Disember 2013

Kami telah pergi ke JB pada 26 Disember baru-baru ini.

Pada mulanya, kami ini bercadang ingin bertolak awal, lebih kurang pada jam 8.00 pagi. Walau bagaimanapun, seperti biasa, kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan, yup, tayar hanya bergolek dalam jam 8.36 pagi. 

Pergi makan pagi dulu, sembang, bla bla bla, pemuda ini hanya masuk ke highway dalam jam 9.40 pagi...yup, bertolak ke JB.

Gambar hubby tengah kusyuk memandu...waktu ni saya pulak tengah kusyuk berwassup dengan anak sedara saya.

Kami berhenti di Pagoh untuk toilet break...and of course hubby took the opportunity to smoke

Akhirnya sampai di JPO dalam pukul satu. We were well equipped with maps and GPS...dua-dua pung guna. Lapar juga bila sampai tuh and hubby nak minum dulu...saya bawa bekal...buat air kopi. Kami minum air kopi dan makan roti...lapik perut.

Yup...melihat kedai yang ada...yang kami fokus kononnya adalah kedai Levis, kedai Clarks (ada dua kedai), kedai Jam (ada beberapa) dan kedai perfume. 

Malangnya, pada kami, tiada apa yang menarik...serius. Kedai kasut Clarks nya berterabur (if you are so used of having a very comfortable atmosphere when shopping, you can forget that sort of leisure at JPO). Dia punya design lebih pelbagai, tapi macam tak menarik.

Kedai jam pun macam tidak ada apa yang menarik.

Kedai perfume pun, adalah jenama Estee Lauder...tapi jenama lain memang tak banyak atau tak de langsung

Saya cari compact powder MAC pun tak jumpa

Hubby tengok kedai Levis...pun tak menarik...banyak product Indonesia lah

Tapi macam kecewa pulak, sebab nak la beli something kan.

Akhirnya kami beli some products di Body Shop. Beli shower cream dengan penjagaan muka punya product. Buat ole ole untuk diri kami.

Tiba-tiba nampak kedai Baskin Robbins...hmmmm, apa lagi...ice cream break la pulak

Hubby punya pilihan, vanilla with chocolate chip dengan Mousse Chocolate

haaa...orang kampung kan, mesti lah naik kaki ke atas, barulah real

Lepas tu kami jalan-jalan lagi. Tiba-tiba nampak kedai barangan sukan...memang hubby bercadang nak beli jogging shoe baru...hubby cari Adidas, tapi sebab Adidas tak de, Nike pun okay lahhh


Termenung, tempat ni pun berselerak gak...tapi hubby suka dengan design kasut ni...kira okay lah dapat kasut kan

Lepas tu kami dapati sudah tak de mende dah yang kami nak buat...perut pun lapar, jadi kami pun mengambil keputusan untuk pergi ke hotel


Gambar atas...hubby beratur untuk bayar harga tiket parking kereta, RM3 per entry...not bad at all



Kami checked in dan, dan makan...saya masak...masak nasi, ayam masak merah dan telur goreng mata kerbau...kenyang...

Lepas berehat sikit, kami keluar ke JB, pergi City Square. Kat City Square tu saya ada beli perfume dengan barang-barang perempuan lah...rasanya lebih banyak pilihan barang di sini dari JPO sendiri...saya rasalah

Kami juga jalan-jalan kat luar tuh...tapi nothing much lah.

Kat Danga Bay pulak macam ada construction...tak de dah kedai-kedai macam dulu tuh...

Gambar atas ni, seperti biasa kami akan melepak seperti orang tempatan...heee, waktu kat Tokyo pun kami buat perangai camni, orang Tokyo pelik aja...

Lepas tu, ingat nak balik ke hotel, tiba-tiba datang idea untuk buat U turn dan singgah di Dataran Jam Besar ni

Di sini ada tempat yang banyak jual Steamboat.

Saya tak tahulah apa yang dah jadi dengan saya ni, tapi saya mengharapkan keadaan yang lebih baik laa...lebih teratur, lebih bersih....agak nya dah tua-tua ni...jadi cerewet lah kan.

Yang hubby pulak, sibuk risau lapar...jadi dia order char kuay teow...seperti di bawah :


Lepas tu kami jalan-jalan di padang tu...

belakang tu adalah hotel tempat kami menginap

gambar jam di belakang

Malam tu, kami balik, mandi, tiba-tiba hubby insist nak order makanan jugak-jugak....

Order lah sandwich dengan waffle...tak habis makan, sebab dua-dua pun dah penat

Haa...gambar sandwich...dalam plastic wrap lagi nih

yang atas ni, waffle...sedap...sangat suka

Lopeh tu tidur laaa, mata dah pedih, especially sebab saya ada sessi menangis pulakkan sebab kakak saya dari Terengganu called, dan kami bercerita fasal Imran...nangis nangis la plak

Anyway, kami bangun esok pagi, mandi dan g breakfast

gambar atas adalah gambar pinggan hubby, pinggan saya, sekali ganda dari pinggan hubby, sebab saiz perut lagi besar kan, jadi malu nak letak...miahahahaha. Tapi bagi saya, sambal sotong di hotel ni memang Thorbaik...kepedasannya menepati citarasa saya.

Lepas tu kami balik bilik, lepak, kemas dan checked out. Hubby kemudiannya decided to stop by at Batu Anam, near Segamat...rumah anak sedara kami Izzat. Izzat baru dapat kerja di sebuah estet...very interesting.

Izzat dapat bungalow...yeow, bungalow beb, haha ha ...I like the house...dalam estet kan. Abang saya kata, boleh bela ayam kampung.

Tapi ada seorang anak sedara saya yang lain kata rumah ni nampak mistik...he he he he he..

Okay aja...tak de yang mistiknye pun

Izzat baru dapat gaji pertama hari tu dan belanja kami makan...alhamdulillah. Moga murah rezeki Izzat, moga berjaya dunia akhirat, insya allah.

Lepas tu, kami pun meneruskan perjalanan. Kami kena ikut jalan kampung sejauh lebih kurang 55 km sebelum masuk semula ke highway ikut tol Alor Gajah. 

Masuk aja highway, saya minta kebenaran untuk tidur sebab mengantuk. Kami sampai rumah dalam jam 10.00 malam, sempat la tengok Maharaja Lawak...hu hu. Jangka masa dari rumah Izzat ke rumah kami adalah dalam 3 jam.

Kesimpulan : Kalau nak pergi JPO, buat daily trip aja pun boleh. Kalau nak beli barang pun, rasanya macam tak de mende....tapi kena la juga pergi sekali kan.

Itu aja...pagi tadi saya pergi pasang crown gigi...sakit lah kali ini..ngilu. Lepas tu terus makan pain killer dan tidur...
________________________________________________________________________

And of course last but never is least...my prayer for Imran.

Ya Allah, kembalikanlah penglihatan  Imran Ya Allah. Aaamiin.

Thursday, December 26, 2013

LN dan JA lagi

Terpanggil untuk memberi komen tentang putus nya cinta antara LN (L a n a Noordin) dengan Johan Asari (JA).

Hubby la yang tunjuk headline kat Metro fasal ini.

Apa yang saya rasa mula-mula adalah : sian Lana

Hubby pulak : Johan tu kurang matured kut, ada ke buat announcement selepas 3 hari...ingat hidup ni mengenai cinta aja ke? Family dia kan bla bla bla bla......it was a long one lah.

Tapi LN tak mengaku kan? Dia siap ada buat statement macam ni "Jangan ingat saya bodoh ....." (sorry, saya ingat yang di depan aja, yang belakang saya tak ingat) Tapi dalam hati dia...sape yang tahu

Hmmm...benda benda yang macam ini lah yang menyebabkan ibu bapa selalu berpesan kepada anak-anak perempuan, jaga diri, jaga maruah keluarga...solat tu diutamankan...bla bla bla

Tapi budak-budak perempuan selalunya mesti menganggap nasihat keluarga tak best kan...mungkin LN boleh menasihat lah kalau macam tu...hikkksssss....

Dalam kes ini, JA tak jahat pun, dia tak pukul pun LN atau buat benda entah apa-apa. Dia cuma tidak mahu melukakan hati ibu dia...perbuatan yang murni tuh...orang pun tak boleh nak cakap apa-apa, malah patut dipuji JA ni.

Okaylah...terpaksa hentikan penulisan ini sebab kami dah nak bertolak....selamat bekerja bagi yang bekerja, selamat bercuti bagi yang bercuti. Semoga ditingkatkan keimanan kita...saya dan anda semua...choww




Tuesday, December 24, 2013

Teman Hidup

Semalam waktu nak tidur, hubby dan saya bersembang-sembang.
 
Saya tanya hubby : "kalau saya meninggal dulu, Shuk kahwin lagi tak?"...heee...mesti ramai isteri yang tanya soalan macam ni.
 
Hubby diam...tapi saya cakap juga, saya kata : "saya nak Shuk kahwin...sebab kalau tak, mesti sunyi tak de kawan".
 
Heee....dalam hati?..ehhh...betul, saya doakan semoga kami berdua panjang umur dan sihat supaya dapat menghabiskan hidup kami bersama, tapi, sekiranya ditakdirkan saya pergi dahulu dan umur kami pun waktu itu masih tidak berapa tua lagi...secara rasionalnya, saya rasa hubby perlu kahwin.
 
Lepas tu saya tanya lagi "kalau Shuk pergi dulu, Shuk bagi ke tak saya kahwin lagi?"
 
Gila punya soalan, tapi saya tanya sebab kalau kita masuk ke syurga (insyaa allah), kita akan pergi bersama suami yang terakhir ye? (untuk orang perempuanlah).
 
Tak kan nak kahwin lagi kut kalau macam tu...untuk saya lah!
 
Tapi hubby jawab macam ni "Sukati cikbib lah, nak kahwin lagi ke tak. Saya serahkan pada Cikbib".
 
Kalau anda, apa yang anda rasa bila hubby jawab macam tu? Rasa macam dia tak sayang kita pun ada jugakkan?....ishhh
 
Tapi saya sambunglah macam ni "Kalau Shuk tak de, saya nak minta nasihat kat siapa ye bila ada masaalah?"...
 
Walhal, saya hidup bujang 36 tahun dulu, survive aja kan?
 
Tapi saya tak nafikan, saya ni, sukalah minta nasihat kat hubby. Hampir semua benda kut, fasal kerja, fasal sama ada saya nak lunch atau tidak, nak pergi meeting atau nak hantar orang lain ke meeting tu, minta doa bila ada masalah ke...
 
Tapi hubby tu kadang-kadang jadi punching bag pun ada juga...bila tiada orang lain saya nak disalahkan. Saya ni memang kejam. Tapi dia baik, dia sobarrrrr....
 
Tapi bila dengar ada kawan yang meninggal, sakit tak leh bangun...macam-macam...adalah wujud sedikit kerisauan. Moga kita dikurniakan kesihatan yang baik, insya allah. Risau-risau pun no point jugak. Kita usaha, kita doa dan kita redha..
 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
Untuk Imran, Semoga akan dikembalikan penglihatannya ya Allah. Aamiin.



Monday, December 23, 2013

23 Disember 2013

Hari ini, 23 Disember 2013.

Keluar rumah jam 7.43, clocked in at 8.25 am...best, less traffic due to the coming Christmas/new year holiday.

Sampai office, buka pintu, pasang lampu...tengok-tengok office sunyi...tak dak orang...as if I work sorang-sorang hari ni. Langsung buat announcement dalam wassup Division.."mana semua orang? Saya keje sorang-sorang ke hari ni?".

Hmmmm

Hari ini, saya tinggal sorang. Waktu kita orang mula-mula arrange cuti, ingatkan saya akan tinggal dengan boss hari ini dan esok. Tengok-tengok, boss lagi brutal, dia ambil cuti dari 19/12-27/12...6 working days...terkojut den. Tapi saya suka juga, bukan apa, saya okay kalau boss nak cuti. dengan syarat bila saya nak cuti, jangan lah komplen.

Dia ada cakap, "aku Bibah, cuti aku ada 90 hari lagi tau, itu pun aku tak ambil cuti. Kalu perlu, mu tak yah la cuti dulu"...

Hmm...saya pun tak pasti lah dengan keadaan ini. Waktu saya di Metal, saya akan kerja separuh mati, boss pulak akan travel ke sana sini dengan Sham tinggalkan saya, tapi saya tak kisah as long as when I applied for leave, it will be approved and I can have a peace of mind when I leave the office.

Tapi kat Division baru ni cabarannya macam itu lah...macam banyak ad hoc...dan boss pun macam asyik sempit hati nak bagi saya cuti...heeeee....tapi insya allah, dengan tekanan dari isteri/anak/keluarga boss yang lain, boss juga akan sedar akan pentingnya cuti...dan tidak akan komplen lagi...kita kan manusia boss.

Tapi saya nak pergi cuti kut insya allah, pada 26 dan 27 Disember.

Itu saja dulu..have a productive week ahead, insya allah



I talk to my self again

Sekarang ini, hari Isnin, 23 Disember 2013, 12.24 pagi.

Banyak pentiduran telah berlaku pada siangnya...menyebabkan mata macam sangat segar sekarang.

Saya sekarang sudah bosan untuk mengajak suami keluar...banyak sangat alasan. Decided to keep quite, stay home even though I was dead bored, and maybe when I could not stand it, I would just go out on my own.
 
Actually, most of the time, hubby has always tried to accommodate, it is just that there are a lot of things that I love to do and he doesn't. There's a lot of things that I would like to try but he doesn't. I cannot force him to be just like me. Marriage is about being "bertolak ansur" kan?

ANDDd, maybe down deep inside of me, I just like what he does. Yup, having no plans at all for weekends...just lazing around...doing totally nothing but eat and sleep.

No plan on where or when to sleep...that's why I keep on spending the night in front of the tv nowadays, which I never did when I was still a bachelor.

Or maybe, I do like to stay home a little nowadays, so that I have more time to rest, pray more...doa untuk Imran...maybe I just don't feel like going out myself...
 
But the result of that there will be no added value...no new experience, no new friends, no new knowledge...
 
Due to that, I realised that there is a little voice that keep on reminding me to use my time wisely, and plan your life carefully...
 
But then, as always, blame it on hubby,..since I don't have anyone else to blame...mesti dia sedih.
 
Hmmm...I better plan my weekend better next time. Even if I were to stay at home, I could do some reading right? Maybe I should buy my own laptop/Ipad, since the laptop now is conquered by the other half...
 
Hmmm....

-----------------------------------------------------------------------

I continue my my solat hajat and dua' for Imran nowadays. I was also updated by Imran's mother and opah on the current status/usaha. Imran's Opah has also updated me on the surah of which I have to read and Makrifatkan untuk Imran...this is the lates usaha.

Semoga usaha ibubapa serta tok/opah Imran akan berjaya. Semoga Imran akan berupaya melihat semua insyaa allah. Aaamiin.

Wednesday, December 18, 2013

Semalam, 17 Disember 2013

Semalam, sewaktu tengahari, saya telah mendapat berita kematian kakak kepada kawan lama saya di dalam facebook, sedih. Dia meninggal sebab darahnya telah dijangkiti kuman.

Malamnya pulak, Malatop telah mengistiharkan kematian Azean Irdawaty. Kalau tidak silapnya, Azean telah meninggal pada jam 8.26 malam.

Al-fatihah untuk kakak kawan saya, Nor Hanida dan Azean Irdawaty. Semoga roh mereka dicucuri rahmat...insyaa allah

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Sekarang ni, ofis agak sepi. Ramai betul yang ambil cuti. Boss pun tak de lagi. Jiran pun tak de lagi...and somehow, mood kerja pun hilang lagi.
 
Ada dua orang kawan saya akan pergi mengerjakan umrah dalam jangka masa terdekat ini. Cik Z dan kawan lama saya di MRSM. Dua-dua pun saya pesan untuk doakan Imran...Insyaa Allah, doa kita akan dimaqbulkan pada masa yang tidak terduga.
 
Saya minta maaf sekiranya saya membosankan kerana asyik berdoa di sini. Macam yang sudah saya sebutkan sebelum ini, sesungguhnya yang saya mampu buat hanyalah berdoa untuk Imran kerana yang lain-lain itu, saya kurang arif...saya juga memohon readers semua tolong sekurang-kurangnya mengaminkan, insyaa allah, pasti ada yang akan makbul.
 
Setiap perkara itu berlaku pasti ada hikmahnya bukan? Saya pun perasan yang ada banyak perubahan positif yang berlaku kepada saya yang saya segan nak tulis di sini, sebab mungkin saya rasa positif sangat tapi bagi orang lain biasa-biasa aja....maklumlah, iman kulit bawang kan...hiks. Apapun saya bersyukur sebab perubahan itu positif, kalau negatif macam mana?
 
Ada saya dengar cerita yang seorang perempuan ni, siap pergi keluar clubbing bila tahu hubby dia nak kahwin dengan pembantu rumah dia...haaaaa....macam mana tu? Semoga tuhan jauhkan kita daripada perkara-perkara macam itu. Semoga bila ada masalah, saya akan kembali kepada tuhan..insyaa allah.
 
Saya cuba juga mempositifkan diri...cuba nyanyi balik lagi Maher Zain...yup, pasti ada jalannya untuk setiap masalah...kita kena yakin yang Allah akan tolong kita dengan cara yang terbaik dan kita hanya perlu bersabar.
 
Pernah sekali tu, saya rasa down sangat, macam give up dan malas berdoa. Tapi saya paksa diri, pergi mandi lama sikit dan buat solat sunat dhuha. Sesudah habis solat, sewaktu berdoa, tiba-tiba saya rasa macammm...hey, things will be okay, just give it some time...tiba-tiba hati tenang...
 
Apa yang lebih penting daripada hati yang tenang kan? Setengah orang tu, kaya, lawa, bijak...tapi tetap resah gelisah...oleh kerana itu, saya patut bersyukur.
 
Heee...jadi spiritual pulak saya ni...agama Islam ni dia tidak tunjukkan "magic" tu secara terang-terangan....ianya selalunya dalam bentuk yang lebih "mild"...susah untuk diterangkan.
 
Satu lagi perubahan adalah, saya kembali mendengar Lite & Easy radio. Buat masa sekarang, saya rasa serabut dengar Sinar dan Hot FM...hiks...yang ini tak tahu lah saya nak kategorikan dalam perubahan positif atau negatif. Tapi bila memandu, saya suka menyandar tahap gaban dan dengar Lite and Easy....tapi tidak lah sepanjang jalan...telinga cepat lenguh..
 
Lagi satu, saya suka dengar mainan Richard Clayderman balik....ini mesti sebab Ainaa Husna nih...dia telah forward video mainan piano dia kat saya.
 
Hubby kata saya ratu air mata. Saya ini tengok Azwan Ali menangis dalam Masterchef pun saya boleh menangis sama...it's contingent...that's all.
 
Tapi hubby juga kata saya kuat...walaupun kadang-kadang saya rasa saya macam nak pecah di dalam...he he he..
 
Heyyy...this is a very personal post lah....saya menulis untuk meluahkan perasaan saya agaknya, I am not worry though because I know I will get through this, just give me some time.
 
Saya juga tahu Allah itu adil...dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tunjukkanlah kami jalan yang benar Ya Allah.
 
________________________________________________________________________________
 
Dan Allah juga tidak mahu kita berputus asa dan tidak Allah turunkan sebarang penyakit itu tanpa ada penawarnya. Tunjukkanlah kepada kami yang lemah ini penawarnya kepada kecederaan di mata Imran Ya Allah, supaya mata Imran boleh diubati dan dapat melihat seperti sediakala. Aamiin.
 














Tuesday, December 17, 2013

17 Disember 2013

Hari ini, boss tak de lagi.

Saya sampai aja tadi, tengok-tengok ada orang park kereta di tempat letak kereta saya...stress kan kalau benda macam ini berlaku...rasa nak melompat...

Sewaktu saya tinggal di Apartment Baiduri dahulu, cerita orang meletak kereta di tempat letak kereta milik saya adalah perkara biasa. Perkara ini akan jadi besar sekiranya kita dalam keadaan terdesak, seperti sakit perut ke, atau nak buka puasa ke...stresss...itupun nasib baik suami saya jenis yang cool. Kami pernah juga block kereta orang...sebab if not, mesti mereka tidak akan insaf.

Harapnya hari ini rajin sikit lah nak buat kerja dari semalam...semalam mood hilang langsung.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam saya baru mendengar berita yang seorang rakan sepejabat baharu saja keluar dari hospital dan dia telah disahkan menghidapi cancer usus.

Semoga kawan saya ini kuat. Saya doakan semoga dia cepat sembuh dan sihat seperti biasa, insya allah. Aamiin.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam juga saya sepatutnya bermesyuarat mengenai re-union yang akan dibuat via wassup. Masalahnya, saya tiba-tiba lelap...tengah-tengah meeting tuh...he he.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam juga saya telah terkejut dengan keberanian diri saya nih...yeah...saya telah melawan seorang yang garang dengan beraninya...

Selepas berjaya, saya berasa sangat geli hati...saya harap saya tak jadi garang macam itu..sebab it's really bad for my heart and orang akan benci kita.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay...itu ajalah dulu...owh, tolong doa untuk Imran ye.

Semoga akan ada berita yang lebih baik semasa Imran di jumpa doktor pada 27 Disember ini. Moga mata Imran akan sembuh dan dapat melihat semula dalam jangkamasa terdekat ini. Amin, amin, amin, Ya rabbal aa-laamin.





Monday, December 16, 2013

16 December 2013

Saya sudah miss saya punya ER dalam sebulan lebih. Banyaklah alasannya, sedih, tak larat, tak larat, tak larat.
 
Tapi saya perasan, saya memang jadi kurang sikit sihat tanpa ER nih.
 
Menurut Light and Easy radio, kalau you skip your exercise for 3 weeks, memang akan ada kesan negatif...oleh itu, saya rasa, saya patut gunakan saya punya trade mill tu balik...hubby pun sudah sound semalam...
 
Lagi satu, saya sekarang ini agak terlibat dengan group ex-Mrsm saya. Sebenarnya saya ni tak la rajin sangat, tapi saya rasa ada banyak juga kebaikannya untuk saya join group ini. Antara yang paling saya ingat adalah, bila saya minta tolong mereka doakan Imran...semua memang tolong, alhamdulillah.
 
Kami akan adakan satu re-union, insya allah, after 25 long years...he he he
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Saya dengan hubby pulak rasa nak pergi somewhere lah, nak bercuti. Tapi pening pulak bila fikir nak pergi ke mana, hotel pun macam semuanya penuh...so, sekarang ni, masih dok fikir lagi lah.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Semalam juga, dapat berita sedih, yup, harga tol mungkin naik. Harga tol di NPE mungkin naik dari RM1.60 ke Rm2.00 (ada dua stesen bayar tol ye) dan di Federal Highway pula akan naik daripada RM1.10 ke 1.40.
 
Kalau sekarang, setiap hari saya kena bayar tol sebanyak RM5.40, tahun depan, kalau betul kadar tol naik, saya kena bayar RM6.80, kenaikan sebanyak RM1.40.
 
Kenaikan untuk sebulan (atau 20 hari bekerja) adalah sebanyak RM28.00 daripada RM108.00 ke RM136.00. Kalau untuk setahun, kenaikannya adalah sebanyak RM336.00.
 
Campur dengan balik kampung semua, saya akan at least menggunakan sebanyak RM200.00 untuk membayar tol sahaja.
 
Option lain : naik train.....
 
Tapi tak kut...sebab saya orang kaya, hari-hari hari raya.
 
Tapi saya harap dan berdoa, semoga kerajaan yang telah dipilih adalah ikhlas, dan membuat setiap keputusan dengan meletakkan rakyat, lebih-lebih lagi yang berpendapatan rendah sebagai prioriti..insya allah, aamiin.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Hmmm...itu ajalah dulu. Boss tak de pula hari ni...dia pergi Sarawak..
 
and last...Semoga engkau makbulkan doa kami Ya Allah, semoga Imran akan melihat semula. Aamiin
 


Friday, December 13, 2013

13.12.13...mengenai etika dan nasihat

Hari ini saya bangun jam 6.30....dah dap dip dup jantung sebab sepatutnya saya ada meeting jam 8.15 pagi.
 
Decided to perform my subuh prayer first and while I was taking my ablution, I heard a message came in on my handphone..heh, from my boss, informing me that the meeting will only start at 9.00 pm...legaaa
 
I managed to go out from the house at 7.25 am...hari-hari cuti sekolah ni, boleh la keluar lambat sikit.
 
Tiba-tiba, waktu di Federal Highway, saya nak cari handphone, tengok-tengok, handbag sudah tertinggal.....haiyaaa, mana boleh maaa, kena balik ambil....terpaksalah buat U turn.
 
Sampai di rumah, hubby dah tunggu dengan handbag saya tuh...dia kata dia nak call, tapi handphone semuanya ada dalam handbag...huk aloh.
 
Tiba-tiba juga, bila saya nak masuk ke dalam kereta balik, tengok-tengok kereta saya telah terkunci dari dalam (lock kereta memang ada masalah sikit lah sekarang ni)....panic lagi.
 
Tapi tak pe lah, sebab saya tetap sempat clocked in at 8.28am...alhamdulillah
 
=======================================================================
 
Semalam, kami telah pergi makan malam di luar.
 
Sewaktu kami sudah mula makan, tiba-tiba seorang kawan lama hubby (kita bagi nama dia A ye) telah datang dan duduk di meja kami.
 
A memang sudah lama tak jumpa saya, dan dia rasa saya sudah put on weight.
 
Masalahnya, dia telah cakap "kakak sekarang dah gemuk sikit ye?", lepas tu dia cakap "dulu kakak kurus sikit kan?" lepas tu cakap lagi "kenapa kakak gemuk sekarang?"
 
Huk Aloh...dia ni mesti tidak pernah masuk kelas etika bersosial kut. Yup, jangan sentuh perkara sensitif macam itu lebih-lebih lagi dengan orang yang kita tidak berapa rapat.
 
Nasib baik la saya ni matang sikit kan (konon!). Saya try la tepis tepis macam itu macam ini...dan buat tak tahu aja...
 
Tapi lepas tu saya tanya hubby balik "saya gemuk sangat ke sekarang kalau compare dengan dulu? bukan dulu pun saya memang gemuk ke?"
 
Hubby mengelak...mesti betul lah tu, saya memang sangat gemuk kalau compare dengan dulu lah tu...
 
=====================================================================
 
Semalam, waktu lunch, ada seorang kawan datang melawat saya. Dia nak minta nasihat... uwaaaa... hebat saya kan?
 
Bukan nasihat apa pun, tapi dia cuma cerita kat saya yang dia bercadang untuk membeli rumah yang bersebelahan dengan rumahnya supaya dapatlah "disatukan" dan jadi besar...dan untuk itu, dia bercadang untuk mengambil pinjaman.
 
Dan masalahnya? Dia kata dia takut dia tidak tertanggung untuk membayar hutang di kemudian hari sebab sekarang pun dia masih berhutang sebuah rumah dan dua buah kereta.
 
Saya memang faham masalah kawan saya ni, sebab saya pun pernah mengalami masalah yang sama.
 
Untuk membantu kawan saya ni, saya pun telah memecahkan rahsia kewangan dan keberhutangan saya. Saya cerita ajalah macam mana dengan gaji saya, saya perlu membayar ansuran 2 biji rumah dan 2 biji kereta.
 
Tak senang, tapi kalau kita mengekalkan berbelanja mengikut kemampuan, insya allah, kita akan survive!
 
Sebagai balasan atas nasihat saya, saya minta kawan saya ni tolong doakan semoga Imran boleh melihat semula...Ya Allah, berkatilah segala usaha kami, sembuhkanlah mata Imran dan kembalikanlah penglihatan Imran. Aamin.
 
=======================================================================
 
Baru sebentar tadi, boss pula datang jumpa saya...minta pendapat la plak. Ada kawan boss saya ni, isterinya telah kena stroke. Menurut boss saya, kawannya telah menelefon boss saya beberapa kali.
 
Boss saya ni kasihan dengan kawan dia dan berhajat untuk melawat pada petang ini. Malangnya, petang ini ada meeting...soooo...itu lah cabarannya bila berjawatan tinggi...selalu kena memilih antara keluarga dan kerjaya...
 
Semoga Allah memudahkan saya dalam urusan seperti ini kerana bagi saya keluarga adalah amat penting.
 
=======================================================================
 
Have a nice weekend everyonee!


Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

Hari ini saya mula bekerja semula setelah bercuti semalam.
 
Hari ini saya telah diarahkan untuk menghadiri satu Task Force Meeting.
 
======================================================================
 
Ada banyak yang dibincangkan tapi saya nak kongsi mengenai 3 perkara ini ;
 
i)  "We are experiencing a lot of applications from candidates who lack the communication skills. Who do not possess the ability to sell themselves in an interview"
 
ii) Soft Skills : Important to the industry. The IEB survey confirms that most employers view social skills and personality type as more important than their degree qualifications. Soft Skills including communication skills and team work are the most important cababilities sought among new graduates, with over 85% of employers reagarding these as important.
 
iii) The speaker has also mentioned that he has interviewed many Malaysian Graduates and many of them have scored good grades but were unable to write and speak well.
 
========================================================================
 
Hokeh..nak cerita tentang apa yang saya buat semalam. Semalam, saya telah pergi gunting rambut dan inai rambut juga. Bila mereka basuh rambut saya dan buat sedikit massage, tukang basuh rambut tu tegur yang belakang saya terasa tegang/stress. Memang saya stress pun kan....
 
Tapi saya pun decide untuk buat massage sewaktu menunggu inai boleh dibasuh.. hmmmm.... boleh laa, elok la sikit daripada yang dulu siap pusing pusing kepala saya tu kan.
 
Saya sempat juga tengok-tengok baju kat Kompleks PKNS tu, tapi sebab saya nak buat crown gigi, dah gunting/inai rambut juga...langsung la saya insaf...langsung tak belilah baju pun.
 
Saya rasa saya akan agak kerap juga ke kedai gunting rambut selepas ini sebab hubby tak bagi saya gunting rambut pendek sangat...saya pulak memang tidak larat berambut panjang...
 
Tapi hubby kata sebulan sekali le salon tu kira okay lah cikbib...ye la tuuuuu....mahaiiiiii tau
 
========================================================================
 
Imran sudah keluar dari hospital dan kami masih berdoa semoga mata Imran boleh melihat kembali.
 
Ya allah, engkau tunjukkanlah jalannya untuk kami mengubati mata Imran supaya dia dapat melihat kembali. Bantu lah kami Ya Allah, sesungguhnya kami amat lemah dan memerlukan bantuan mu...sembuhkanlah mata Imran, kembalikanlah penglihatannya Ya Allah. Aaamiin

Monday, December 9, 2013

9 Disember 2013

Saya pergi dentist hari ini. Nak buat "crown" buat kali ke 2.

Gigi saya ni banyak tampalan yang bersaiz XXL. Oleh kerana itu, saya tiada pilihan, saya kena buat crown bagi memastikan gigi saya boleh kekal...

Saya cuti hari ini dan esok. Cuti saya banyak lagi, tapi nak ambil cuti tu tak lah senang...boss tak bagi sangat pun.

Tapi saya plan nak ambil cuti lah awal tahun depan...nak g Sabah kut...insya allah.

Saya tidak contact pun anak sedara saya Pijah for updates on Imran. Kami masih lagi mengharapkan perkembangan positif. Mungkin kami mengharapkan perkembangan yang terlampau cepat...mungkin kami kurang sabar...tapi expectation yang terlampau boleh membuat saya stress, ataupun saya memang sudah stress...

Tapi Pijah mesti lebih stress...

Kami kena slow down...lebih redha...tolong ya allah...kurniakan sifat redha dan sabar kepada aku...

Sepatutnya tidak perlu risau sangat kan? Hidup ini bukannya lama sangat, yakin ajalah yang sekiranya Allah bagi dugaan, pasti ada cara untuk menghadapinya...Allah akan memelihara kita...Yakin lah wahai cikbib..have faith.

Tapi Allah juga tidak mahu kita berputus asa...jadik, kena lah balance...kena redha, kena sabar and at the same time, don't give up...stay positive.....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Untuk itu, saya teruskan berdoa :

Ya Allah, aku redha atas dugaan yang diturunkan Ya Allah...kurniakanlah kesabaran untuk ku. Tunjukkan hikmahnya supaya aku faham Ya Allah, dan boleh menerima. Kurniakanlah yang terbaik untuk Imran, untuk kami....tunjukkan jalan yang perlu kami ambil untuk menyembuhkan mata Imran Ya Allah...aku tidak berputus asa Ya Allah, kerana engkau mahu kami berdoa, memohon daripada mu. Maka Ya Allah, perkenankanlah doa kami, sembuhkanlah mata Imran, kembalikanlah penglihatan Imran ya Allah. Aamiin.


Friday, December 6, 2013

Cemburu ke Cik Bib?

Hari ini, ada kawan seofis saya celebrate bday dia.
 
Dia belanja kami makan. Dia beli kek secret recipe untuk diri dia sendiri.
 
Lepas makan, saya pergi meeting, bila balik, tengok dia tengah bising bising dapat sejambak munge. Saya tak tahu siapa bagi, tapi saya pura-pura tak nampak....buat-buat tak perasan
 
Jealous nya saya...
 
Terus hantar sms kat hubby, cerita dia dapat munge, dan cakap dengan hubby, "nak munge , nak munge" ....uwaaaaa.
 
He he he...jangan risau, saya tak cemburu pun. Saya bersyukur aja dengan apa yang saya ada. Saya bersyukur dengan keluarga yang mengelilingi saya, kawan-kawan, kasih sayang yang saya dapat, kerjasama yang saya dapat, rezeki yang cukup, hati yang tenang, kesihatan yang baik.....aku bersyukur Ya Allah. Terlampau banyak sebenarnya nikmat yang telah diberikan, alhamdulillah.
 
Mungkin sebab saya orang kg kut, bukan budaya saya untuk buat jamuan untuk menyambut bday sendiri. Sooo...tidak lah pernah untuk saya buat celebration...atau pun sebenarnya kedekut.?....miahahahaha
 
Dapat pulak suami lagi kampung dari saya...haaaa....tiada celebration langsung. Tak pe Tok Bomoh, I love you no matter what.
 
Walaupun saya bersyukur dengan apa yang saya ada, saya tetap akui yang sekarang saya agak down. Tapi yang itu pun saya bersyukur juga, yup, rasa sedih membuat saya belajar banyak benda. Yang pastinya adalah hubungan saya dengan tuhan...juga kita disedarkan semula bagaimana pentingnya hubungan keluarga. Yup...hubungan yang renggang di dekatkan semula. Alhamdulillah.
 
Perkara ini juga menjadikan kita kuat...
 
Tak pe, jangan putus asa...Allah suruh kita berdoa kerana hanya Allah sahaja yang boleh menyembuhkan semua penyakit dan sesungguhnya ianya adalah sangat mudah sekiranya dia mengkehendaki.
 
Oleh kerana itu Ya Allah, aku terus berdoa  semoga Imran akan dapat melihat semula. Semoga pembedahan semalam berjaya mengubati mata Imran Ya Allah. Berikanlah petunjuk kepada doktor-doktor yang merawat Imran tentang bagaimana mata Imran boleh diubati Ya Allah..Permudahkanlah Ya Allah. Aamiiin.




Thursday, December 5, 2013

Moga Cepat Sembuh Imran

Imran telah di bedah hari ini. 

Semoga mata Imran akan sembuh, semoga Imran dapat melihat semula seperti biasa. Aamiin



Gambar di atas Imran hisap jari sebab lapar kut, dia kena puasa untuk pembedahan itu...

Blog Blog Yang Hilang

Semalam kami tidur depan tv, beralaskan carpet aja...
 
Bangun pagi..dalam liat liat tu, teringat yang Imran akan dibedah hari ini, bangun, kena solat subuh dan doa..
 
Semoga dipermudahkan semua urusan pembedahan Imran dan dengan izin Allah, pembedahan ini akan dapat menyembuh serta mengembalikan pandangan mata Imran, insya allah. Aamiin.
 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
Saya suka baca blog. Saya suka baca blog yang bercerita. Mungkin sebab itu saya lebih suka baca blog orang-orang yang lebih dewasa, atau remaja yang berfikiran dewasa, he he.
 
Saya tidaklah suka perkara yang terlampau serious seperti politik atau ekonomi, tapi saya suka membaca tentang kehidupan. Saya memilih juga sebenarnya di mana, kalau bahasa yang digunakan buruk sangat, atau tersangatlah pasarnya, saya tidak baca juga.
 
Saya juga sangat suka kalau suami menulis, tapi ye lah, agaknya sebab terlampau berkualiti penulisannya, maka masa yang diambil untuk setiap penulisan mungkin akan mengambil masa 3 tahun.....bukan senang untuk mendapatkan perkara yang baik ni kan.
 
Tapi saya perasa yang banyak blogger yang saya ikut sebelum ini, sudah berhenti menulis.
 
Saya pun bercakap lah mengenai perkara ini dengan suami saya semalam. Saya kata "tak best la sekarang ni, banyak blogger yang saya ikut dulu, sudah tidak menulis lagi. Sekarang ni saya suka baca blog saya aja "...haaaa....ayat akhir tu memang melampau ye.
 
Tapi hubby jawab "cikbib memang rajin pun"...
 
Saya jawab "biar betul...kalau tiba tak de idea tu, memang lah tak de, tapi kalau ada idea, atau hati gembira/berbunga, memang saya akan menulis".
 
Tapi ye lah kut, semua yang bermula akan berakhir kan? Mungkin akan sampai juga di satu masa di mana saya akan berhenti menulis. Seperti saya sudah tidak berapa main candy crush sekarang...kerana saya sudah stuck di stage 165 tu sebulan lebih.
 
Heeee...tambah-tambah, bila terima berita mengenai Imran...semua benda stop. ER pun kurang mood, makan pun kurang tau...tapi macam itu lah kehidupan kan. Dugaan yang menjadikan kita lebih dekat dengan tuhan, yang tanpa kita sedari, menjadikan kita lebih kuat...insya allah.
 
Hari ini, saya punya KPI adalah untuk menyiapkan satu report. Saya plan nak cuti hari Isnin minggu depan, so, better have the paper ready before I go off.
 
Untuk semua pembaca, kita ada dua hari lain sebelu hari Sabtu...kerja rajin-rajin dan jangan tinggal solat...Cheerioo!

Wednesday, December 4, 2013

4 Disember 2013

Saya baru terima email mengenai kematian anak seorang teman yang baru dilahirkan 23 November baru-baru ni. Pastinya sedih...moga sahabat saya ini sabar dalam menghadapi dugaan, insya allah.
 
Saya juga dapati yang dua tiga hari ini, meningkat pula selera saya nak makan. Semalam, saya makan nasi kukus waktu tengahari, hari ini saya makan mihun goreng, dan saya memang sudah plan nak makan mihun goreng sejak semalam lagi.
 
Setelah membeli mihun goreng tadi, apabila masuk ke ofis, baru lah saya perasan yang hari ini juga ada jamuan makan sebab our Hindu Friends belanja sempena Deepavali....hah...tapi saya rasa saya tak nak makan la...kuat la wahai hati...heh!
 
Hari ini juga, Imran sepatut admit, masuk hospital. Insya allah, esok dia akan dibedah. Semoga dipermudahkan semua urusan pembedahan Imran, semoga pembedahan itu berjaya, semoga mata Imran akan sembuh dan semoga penglihatan Imran akan kembali seperti sediakala dalam jangkamasa terdekat ini. Aaamiiiin.
 
Hari ini juga saya dengar yang keaadaan banjir di Kuantan adalah bertambah teruk. Ada rumah yang tenggelam seluruhnya sampai ke tingkat satu dan kereta pun semua sudah tenggelam. Hebat cabaran itu, tuhan ambil kembali banyak harta yang sudah di pinjamkannya selama ini.
 
Semoga sahabat handai yang sedang menghadapi dugaan ini dapat bersabar. Semoga dengan bersabar, semua dugaan dapat di hadapi dengan tenang, insya allah.
 
Itu aja dulu...saya kena kerja..

Monday, December 2, 2013

Random Gossip

Adakalanya saya ingin menulis tentang perkara-perkara yang macam menarik. Sebagai contoh, cerita artis ke, cerita fasal kawan ofis ke...yeah, yang macam gossip-gossip ke. Tapi tak tau lah kenapa, selalu tak menjadi, as if it is so not me to write that kind of thing...
 
Sebagai contoh, sudah banyak kali saya cuba mahu menulis mengenai Lana Nordin dan Johan Ashaari...adalah dua-tiga kali, tapi tetap tak berjaya.
 
Saya juga ada nak bercerita mengenai teman seofis, tapi tak berjaya...
 
Walhal, saya ni, kalau berjumpa dengan kakak-kakak saya, boleh tahan juga bergossip nye. Saya anggap sahajala yang tuhan memelihara saya dari terus memperkatakan hal orang lain kut.
 
Yup...saya cuba untuk tidak "judgemental"...yup, as if Lana has got any right at all to be "bahagia". Ye lah, entah-entah hati dia lagi suci murni dari kita kan, who knows.
 
Lagi satu tentang Che Ta...yang ini, sesungguhnya hubby dan saya mendoakan mereka bahagia dalam perkahwinan yang bakal didirikan, betul. Saya anggap sahaja yang Che Ta ni lain dari saya, sebab lain orang, lain perkara yang mereka mahu di dalam hidup.
 
Ye lah, kalau saya, saya akan cuba untuk tidak menyediakan cerita untuk orang bercakap mengenai saya, kalau ada perkara yang boleh di sorok, sorok kan sahaja...heee...sebab tu lah saya tidak menjadi artis kut.
 
Tapi saya banyak aja menceritakan tentang diri saya di sini kan? Tapi saya juga tahu yang rata-rata pembaca blog ini adalah mereka yang sebenarnya sudah mengenali diri saya..soo...tidak ada masalah kut.
 
Ooo, yang latest adalah berita Salima (bekas pelajar AF) telah berkahwin. Kalau tidak silapnya dia adalah isteri kedua. Tapi saya tengok gambar suaminya memanglah handsome.
 
And somehow Ashraf Muslim macam sudah dapat momentum untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami yang beristeri dua. Bagi saya ianya adalah cabaran yang bukan senang. Tanggung jawab ini, sekiranya tidak dijalankan dengan betul, akan mendapat murka Allah, moga Ashraf dapat menjalankannya dengan baik.
 
Haaaa....mood untuk menulis hari ini...ofis agak sunyi sebenarnya sebab ramai yang tiada. Sejuk pulak tu. Tadi, saya sudah beria-ia nak pergi lunch, tiba-tiba pada pukul 12.15, boss panggil, ajak brainstorm...geramnyaaaaa. Pukul 1.00, saya insist nak pergi lunch. Tapi sebab dah lewat, saya pilih untuk tidur aja dan minum oat. Sedih....merajuk dengan boss (as if dia tahu yang den merajuk!)



Sah kan Sijil

Saya baru sahkan sijil sijil anak sedara saya. Inilah kali pertama saya sahkan sijil anak sedara belah saya...kalau belah suami, ada 4-5 orang saya dah buat.
 
Saya nak jual diri di sini iaitu, kalau buat dengan saya, saya ada bagi satu service tambahan, iaitu untuk setiap cop dan tandangan, saya bacakan doa semoga anak sedara saya ni akan diberikan kerja yang terbaik untuk dia...haaa...tapi kena counter balik doa tu, yup, kena doakan supaya doa saya tu makbul...heee...maklumlah, doa orang yang imannya senipis kulit bawang ni....
 
Teringat balik saya waktu saya remaja dulu, lepas SPM. Sesungguhnya, sewaktu itu, untuk membuat keputusan mengenai masa depan adalah amat susah rasanya...iyelah, takut nanti menyesal sepanjang hayat kan.
 
Mula-mula, saya memang yakin dengan apa yang saya mahu, yup, saya mahu jadi Doktor Ismadi...ha ha ha. Tapi, masalahnya, saya tidak belajar seperti mahu menjadi doktor. Saya belajar seperti saya tidak mahu menjadi doktor....oleh kerana gagal menjadi doktor, saya tiba-tiba keliru dengan apa yang patut saya buat, bidang apa yang patut saya ambil.
 
Tapi keputusan perlu dibuat pada waktu itu, yes, life has to go on. Takut tunggu punya tunggu, haaa, umur 50 baru confident dengan apa yang kita nak buat...haaa...sape pulak nak menanggung makan minum kita kan...
 
So, within the limited information, saya telah membuat keputusan. Saya telah ambil Statistics. Sebabnya adalah, saya ni tak suka kerja dengan orang, saya suka kerja dengan machine atau buat kira-kira....macam itu lah.
 
Saya buat Diploma dan sambung buat degree. Lepas saya graduate, saya ambil cuti dua minggu dan terus bekerja, walaupun secara sambilan.
 
Waktu itu, saya ni, kasut lawa pun tak de, baju lawa pun tak de...ingat lagi emak saya telah bagi saya kad ATM dia untuk saya guna. Tapi ye lah, dengan sifat integriti yang ada (hih hih hih), saya pegang ATM tu on the first month aja, infact saya tak sentuh pun duit emak saya tu...lepas tu, saya survive sendiri.
 
Tapi tak de baju lawa ke, tak de kasut lawa ke, was never a problem for me sebab saya memang simple dan tidak tahu bergaya. Berapa duit yang ada, itulah yang saya belanjakan...tapi, saya tidak pernah miss bagi duit dekat mak saya, alhamdulillah.
 
Dengan duit kerja sambilan tu, saya ada beli camera...itu ajalah pun yang saya ingat.
 
Saya meneruskan kerja sambilan saya tu di samping mencari kerja tetap. Saya mendapat kerja tetap setelah hampir 2 tahun bekerja sambilan...alhamdulillah.
 
Dan sekarang, saya telah hampir 20 tahun bekerja di sini. Dan, sesungguhnya, apa yang saya rancang dahulu sesungguhnya sudah berubah. Saya juga berubah, macam lagu Tegar tu.
 
Yup, saya sekarang sudah malas nak buat Mathematics. Saya juga dapati saya lebih suka berbincang untuk mendapatkan maklumat, daripada membaca...saya sudah tidak boleh fokus. Saya dapati dengan bergaul dengan lebih ramai orang, lebih banyak ilmu yang kita boleh dapat, dengan cara yang lebih mudah...
 
And you know what, that is what beautiful about life. Kalau segala-galanya adalah seperti yang kita rancangkan, tak best la kan?
 
So, untuk yang asyik merancang, it's about time to start your engine and go sailing. Orang yang tidak pernah berbuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa di dunia ini...do something
 
Dan...untuk Imran : Semoga pembedahan Imran akan berjaya, semoga mata Imran akan sembuh, semoga Imran boleh melihat seperti sediakala dalam masa terdekat ini. Aamiin.