Saturday, December 24, 2011

Teluk Intan

It's Saturday and hubby is working again. Another day of staying home on my own...perghhh.

I just discovered that I could not get in a few blogs since the owner must have 'private' it. Hmmm...anak-anak sedara saya pun sama, even Anas pun private kan blog dia...ape ke he nya? banyak rahsia ye?

Tadi ingat nak visit Iza Shariza's punya blog, pun tak leh? atau something wrong with my PC? dunno, better check later.

Saya kan duduk sorang hari ni, so saya pun godek-godek gambar lama. Saya rasa saya belum post lagi cerita ni...cerita saya pergi Telun Anson (Teluk Intan, mak saya pronounce Teluk Ensen)

Saya tengok date kat gambar tu, saya pergi dalam bulan September 2010. Emak has requested to go to Teluk Intan for so many times actually, tapi kami baru berkesempatan pergi last year, kebetulan, bapa saudara saya, Yeop Mat telah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan.

There were no pictures with Yeop Mat though but I still remember his worried looks at the time when he was transported to the surgery room. The surgery did not helped to solve his problems, his health condition worsened and he was transferred to Ipoh Hospital. He passed away a few weeks after. Alfatihah.

After visited Yeop Mat, I remember all of us were hungry. We decided to solat dulu and find a place to eat. Mom insisted that he want to eat udang galah somewhere near the Sungai. Actually, Shuk and I have asked around but none of our friends in Teluk Intan knew the place. But they suggested a restaurant named...apa ntah, lupa, ha ha ha. Tapi tempat tu macam kedai mamak la, jual nasi beriani, mee rebus and rojak. Sedap! Tapi I wish they could improve the cleanliness lah kan...tapi untuk makan bila lapar, boleh aja.

Lepas tu, kami pergi menara yang terkenal tu, best juga. Shuk and I naik sampai atas, tapi my mother of course tak larat. Cuacanya sangatlah panas, dannnn, saya ingat lagi, saya sakit perut. Pernah jadi macam ni kat you all tak?

Saya dah push Shuk suruh cepat, yang Shuk tak puas-puas lagi, nak merokok pulak kat atas tu (kat atas tu, sejuk)...haaaa,...sempat lagi tangkap gambar, pas tu, saya pulak dah tak tahan, tak tahu pulak toilet kat mana. Cari masjid...dan yang lain-lain, saya tak nak cerita, malu, ha ha ha ha

Lepas dah lega, kita orang pergi tepi sungai. Di tepi sungai tu ada taman, tapi sangat tidak dijaga. Rasa sedih tengok tempat tu. Mak saya pun, apa lagi, berleter la dia, dia kan pembersih, sampai teringin pulak dia nak bekerja di situ, biar betul, nak berjalan pun tak larat

Ramai orang tua lepak di situ, sebab anginnya memang menyejukkan.


Lepas tu, balik...ha ha...itu lah aja. tapi kalau orang tanya pernah tak pergi tengok menara Teluk Intan tu, jawapannya, PERNAHHHHH!

Hmm, lagi satu, baru ni, waktu balik kg, mak saya request nak pergi jalan-jalan tengok Putrajaya...so, siapa-siapa nak balik kampung, sila bawa mak/opah ke sini ye, boleh cikbib bawa jalan ke Putrajaya pulak. Kalau cikbib busy, cikbib boleh suruh cikyah ke, amalena ke..ha ha...abang radhi ke? hmmm

Enjoy the photos



mak saya tak puas hati, tak dapat makan udang galah, tapi yang ni pun, dia kata sedap juga. Orang-orang tua memang suka makan mee rebus dan rojak, sebabnya, waktu depa muda dulu, kalau outings, makan benda camtu ajala, saya tahu ni waktu baca Rafidah Aziz punya interview dalam paper. Rasanya betul apa yang Tan Sri Rafidah kata tu

nasib baik ada gambar, nama kedainya Mastan Ghani. Ada dua kedai, kami sepatutnya pergi kedai lama yang terletak opposite this kedai, depa kata lagi sedap, kami mana tau

dalam menara

muka menahan sakit perut

saya dengan mak. gambar tak lawa sebab guna handphone aja

kat luar pulak..pas tu pergi cari cepat-cepat cari masjid, ha ha

tepi sungai

bunga ni cantik sepatutnya, tapi tak nampak!



1 comment:

  1. Yeke cikbib tak boleh masuk blog anas ? Hmm . Anas tak pernah private blog langsung .Anas buat public je,anas sentiasa mengalu-alukan semua orang utk pergi ke blog anas , hehe . promote.

    ReplyDelete