Friday, December 30, 2011

Hari terakhir bekerja di tahun 2011

Hari ni, hari terakhir bekerja bagi tahun 2011. Hari ini dimulakan dengan bunyi alarm, seperti biasa, saya tidur balik. Infact, saya sempat bermimpi. Saya mimpi yang hubby and I lambat sangat nak solat subuh, langsung tak sempat solat, sebab dah siang. Dalam mimpi tu, saya sedih, langsung terbangun, ha ha, langsung insaf, terus bangun dan solat, alhamdulillah.

Hari ni memang tak la rajin nak pergi kerja. Saya keluar rumah dalam pukul 7.55 pagi dan punched in pukul 8.29....hmmm, alhamdulillah. Terlampau ramai yang bercuti, parking lot office pun, hampir kosong.

Kerja pulak? Boleh tahan. Saya menyelesaikan apa yang patut diselesaikan. No doubt kadar nye lebih sederhana. Panggilan telefon pun, tidaklah serancak biasa. Hmmm, kalau hari-hari macam ni, kurang lah stress bekerja kan...

Lately, saya rasa saya banyak dosa mengumpat. Asyik mengumpat orang aja. Yang saya umpatkan itu, adalah perkara benar ye, that's why ianya dipanggil mengumpat, saya rasa, lebih baik saya insaf kan..atau perlukan saya meminta maaf sebab mengumpat?...saya insap ajalah dulu, he he he

Hmm, saya bercadang untuk mengemas sedikit bilik saya selepas ini. Office saya ni, berselerak. Nak kemas sikit, letak bunga ke? hikss...macam sempat kan.

Macam mana bekerja di tahun 2011? Welllll.....cehhhhh...mestilah ada bunyi macam tu kan...hmmm, sebenarnya penuh dengan pengalaman yang seronok, biasa dan stressful.

Yang seronok?

1) Pergi Guangzhou and Hong Kong
2) Dapat pergi Sarawak/JB/Kemaman
3) Dapat team/officers yang baik

Yang biasa...
terlampau banyak

Yang Stressful
1) Pergi Guangzhou and Hong Kong
2) Chairman mesyuarat tukar..sedih..semoga akan ditukar kembali lah secara permanent, insya allah
3) Dapat team/officers yang tak berapa baik.

Ait, pelikkan? Yang seronok tu, ada juga stressnya. Biasalah, dalam sesuatu perkara tu, mesti ada yang baik dan buruknya...baru balanced. Tapi yang paling penting adalah macam mana masalah itu di atasi. Perkara yang sangat susahpun akan dapat diselesaikan jika dihadapi dengan tenang dan bijak (sedang menasihati diri sendiri ni).

Lagi satu, baru dapat call dari hubby yang informed that our current tenant are moving out from our Baiduri Apartment. We have started to rent out the apartment from August 2009 till now..Ada sape-sape berminat untuk menyewa?...sila contact saya ye.

Okay lah dulu...gue chowwwww...

No comments:

Post a Comment