Tuesday, December 27, 2011

Tuan Rumah Yang Kejam

Baru-baru ni, anak-anak saudara saya datang bermalam di rumah. Anak saudara perempuan saya, Athirah, bawa kawan...nama dia, Amy kut...kalau salah, thousand apologies ye. ( by the way, ada jam tangan tertinggal atas katil, sape punye?)

Being a perfect host, of course lah saya tidak memasak...ha ha ha...masak juga, tapi pada malam Jumaat tu, saya pun makan ntah apa-apa ntah...so...budak-budak tu pun well prepared lah, datang rumah cikbib kena independent kan, mereka pun sudah beli Mc D masing-masing.

Saya kan baru balik dari Guangzhou, so, saya ada bawa kacang badam yang masih di buang kulitnya. Oleh kerana keras, saya bawa lesung batu aja ke meja makan untuk memecahkan kulitnya. Sedap kacang tu, tapi seksa lah sikit nak makan...

Kat bawah ni, saya post kan gambar budak-budak tu dengan lesung batu makan kacang tu, sian depa, soheh insap dan tak mahu datang lagi dah lain kali, kih kih kih





1 comment: