Wednesday, December 28, 2011

Rambutan

Tengah rajin ni, nak update fasal kg dan rambutan.

17 Disember, hari Sabtu, kami balik kg. Kami keluar rumah dalam pukul 8.26, seperti yang tertera di dalam gambar nih...ha ha...orang yang di dalam gambar ni, nama dia Ina Naim. Sebenarnya dia teringin juga nak buat 'threading' (betul ke ejaan tuh?) eyebrow dia tu, tapi...tak pe lah, bersyukur sahajalah dengan pemberian tuhan, kalau tak de eyebrow, haaaaa, lagi teruk kan? ha ha ha...positive thinking...anggaplah jerawat batu tu sebagai tahi lalat pemanis muka ye.

Kami singgah dulu di Cili Merah, breakfast dan terus bertolak. Kami singgah dulu di Ipoh, di rumah kakak. Saya bagi dia satu beg tangan yang saya beli di Guangzhou, Gucci (imitation, don't worry). Kami juga dibekalkan dengan durian, hikss, abang hatta dan kakak akan bermalam di Chemor juga.

Sampai di Chemor, tengok rambutan sooooo banyak...




Lepas sampai rumah, kami keluar sekejap pergi Jaya Jusco untuk beli barangan mak. Hmmm, tanya mak nak beli apa? Dia tak boleh ingat, tapi lepas tu dia pesan nak 4 benda, salah satunya telur, yang lain saya lupa. Saya belikanlah apa yang terfikir, biskut, coklat, maggi sayur dll. Tengah shop, mak call pulak, dia nak nutella, tapi stok habis lah, so, siapa yang balik kg, sila belikan nutella untuk mak ye. 

Kami sempat bergambar pulak tu di Jaya Jusco Ipoh...hiksss....memang la..



Balik rumah, tengok-tengok kakak dah mula ambil buah rambutan, Shuk pun apa lagi, demi untuk membuktikan kemachoan yang tidak hanya terletak pada misai, dia pun mengambil galah untuk mengait rambutan tu...sesungguhnya, tidak senang untuk mengambil rambutan dengan galah, sakit tengkok...kalau saya yang ambil, saya ambil aja 10 biji, lepas tu diam. Serius susah. Tapi dulu, sebelum kahwin, abang-abang saya akan ambilkan. Lepas kahwin, suami lah...saya tolong kutip aja.

Kakak saya power, dia sudah berjaya ambil banyak ni

Shuk take over, tapi buah kat ujung, susah nak sampai

Shuk decided to panjat, tapi buah kat ujung and hari gelap sikit, so, susah and tak nampak..

nampak kaki shuk tak? Pastu give up, kami pergi ambil rambutan kat depan pulak. Hmmm, semua pokok rambutan berbuah, tetapi mungkin faktor umur (pokok tu lebih tua dari saya ye), quality buah agak berbeza...tapi still sedap and manis...

And sorry you guys yang dekat office, sebab tak sempat nak bawak ke ofis...balik dari Perak, singgah rumah kakak, bagi durian and rambutan...kereta saya pun masih ada lagi ekor-ekor bau durian...he he, tak de masalah!



No comments:

Post a Comment