Sekarang sudah pukul 11.40 pagi. Hubby pergi kerja lagi, dan, seperti semalam, saya kusyuk duduk depan laptop ni, menambah ilmu dan lemak di badan. Semalam, saya hanya berhenti baca blog selepas pukul 3.00, rasa penat pulak lepas tu. Hari pun hujan kan, basuh comforter, tak kering, ruang makan pun dijadikan tempat menyidai, rimas pun ada.
Today, I am determine to make it a productive one. I was determined to start cleaning the house at 11.00, but now, it is already 11.40, I am still in front of the laptop...ha ha, giving myself a little break actually. I am okay with it, sebab rumah ni memang perlu di kemas sedikit, but the situation tak lah teruk sangat lagi.
Hmmmm, had breakfast, kain masih ada yang masih diproses dalam washing machine (2nd round) .....
Ada banyak kerja ofis yang di bawa balik, tengok lah, nanti pasti di buat juga, insya allah.
Semalam ada upacara akad nikah dihadiri di Kelab Saujana Impian Kajang...hmmm, baru akad nikah, sudah perbelanjaannya RM30K...it was a very nice one though, beautiful, tapi kalau saya, cukup lah majlis yang sedemikian, tidak perlu upacara kenduri yang lain. Tapi ye lah, semua orang pun ada sebab tersendiri kan. Tapi masalahnya majlis orang Melayu ni, makannya lambat lah sebab menunggu tok imam tu habis mengimamkan solat isyak dulu kan, so the akad session ended only at 10.00. Orang lain dah mengamuk lapar, shuk and I had karipap at around 6.00pm, we were sort of predicted such scenario actullaly, so, kami masih steady lah macam Adnan Steady (siapa tengok cerita geng mengaji mesti kenal adnan steady). Sebab dah terlampau lambat, para tetamu buat dek ambil makanan dan makan. Tiba-tiba, ada bacaan doa pulak, hiks...hubby was patience though, sangat respect the majlis, saya dengan ipar saya aja buat-buat tak tahu.
Hidangan dia sedap. Ada nasi putih/minyak, ayam masak merah, dalca, mushroom soup, kambing bakar, roti jala, tauhu bakar, laksa, mee kari, kuih muih, vegetable salad, ais kacang, teh tarik, kopi O dan air oren....haaaaaa, gue sebut semua tahu. No door gift, tapi saya rasa event itu telah diorganize dengan baiknya, well done!
Hmm, the whole event ended at 12.00, and we reached our house at 1.00 am.
Sampai rumah, tengok tv sat, makan rambutan, solat isyak, lepas tu tidur. Cuaca kan sejuk, and selimut pulak, baru basuh and wangi, so, sedap la tidur, ha ha.
Hmmm, sebenarnya saya nak cerita tentang diri saya dan alam mistik hari ni, tapi sebab post ni pun dah cukup panjang, saya rasa saya nak berhenti dahulu..
No comments:
Post a Comment