Saturday, December 31, 2011

Ole ole dari Guangzhou

Saya nak tiru satu blog tu pulak lah, dia suka aja post gambar yang dia baru beli, selalunya, branded items laaa..

Banyak juga duit habis baru ni waktu saya pergi Guangzhou dan Hong Kong. In fact, habislah semua duit yang ditukar, ha ha...tapi ye la, rasa berbaloi aja, sebab bukan untuk saya aja, tapi saya beli juga untuk mak, mak mertua, kakak dan adik beradik/kawan (dpt fridge magnet ajalah).

Kita bila travel, ingat je nak belikan semua orang, tapi ada constraint duit/space. Waktu kami balik dari Guangzhou dulu, total luggage yang kita orang boleh bawa setelah disatukan tiga orang adalah 105 kg and 105 kg lah yang kami berat luggage kami. Waktu pergi, dalam 80 kg aja kut. Memang husband saya pun cakap beg saya adalah amat berat waktu balik...ha ha...

Guangzhou terkenal dengan barang-barang tiruan yang berkualiti tinggi. Ada banyak barang gred barang tiruan ni dari 5a sampaiiiiii....tak tahu...Saya ada beli tiga jam, dua untuk saya dan satu untuk hubby pada hari pertama...itu pun sudah cukup terkejut. Saya juga ada beli beg Gucci, tujuannya untuk terus guna sebenarnya. At that time I was not sure how to spend my money. Teringat nak beli untuk orang lain, but wasn't sure of my financial situation, ye lah, semua benda tu will cost me about RM100, I ada bawa RMB3,000 aja (equivalent to RM1,500).

Ye lah, kat negara orang kan, kalau putus duit, macam mana pulak. Dengan teksi lagi, makan lagi...perbelanjaan terkejut lagi...therefore, I was only able to make up my mind once I was back from Hong Kong. Waktu tu barulah pasti dengan status kewangan so...beli ajalah.

Tak lah banyak sangat sebenarnya, tapi keseluruhan saya telah beli 4 beg, 1 LV, 3 Gucci, 3 jam (1 omega, 2 Longiness), kacang, fridge mangnet, 2 perfumes waktu kat Hong Kong...ehhh, itu aja lah.

Banyak yang dah bagi kat orang, tapi semalam saya pakai beg LV tu ke office, and I was sooooo excited..ha ha, and just wanna share some photos of the LV and watches.

the one and only bag which I bought for myself. The other three were Gucci for my emak, MIL and kakak.

wactches, yang kiri tu, dua untuk I, one is for hubby




Friday, December 30, 2011

Hari terakhir bekerja di tahun 2011

Hari ni, hari terakhir bekerja bagi tahun 2011. Hari ini dimulakan dengan bunyi alarm, seperti biasa, saya tidur balik. Infact, saya sempat bermimpi. Saya mimpi yang hubby and I lambat sangat nak solat subuh, langsung tak sempat solat, sebab dah siang. Dalam mimpi tu, saya sedih, langsung terbangun, ha ha, langsung insaf, terus bangun dan solat, alhamdulillah.

Hari ni memang tak la rajin nak pergi kerja. Saya keluar rumah dalam pukul 7.55 pagi dan punched in pukul 8.29....hmmm, alhamdulillah. Terlampau ramai yang bercuti, parking lot office pun, hampir kosong.

Kerja pulak? Boleh tahan. Saya menyelesaikan apa yang patut diselesaikan. No doubt kadar nye lebih sederhana. Panggilan telefon pun, tidaklah serancak biasa. Hmmm, kalau hari-hari macam ni, kurang lah stress bekerja kan...

Lately, saya rasa saya banyak dosa mengumpat. Asyik mengumpat orang aja. Yang saya umpatkan itu, adalah perkara benar ye, that's why ianya dipanggil mengumpat, saya rasa, lebih baik saya insaf kan..atau perlukan saya meminta maaf sebab mengumpat?...saya insap ajalah dulu, he he he

Hmm, saya bercadang untuk mengemas sedikit bilik saya selepas ini. Office saya ni, berselerak. Nak kemas sikit, letak bunga ke? hikss...macam sempat kan.

Macam mana bekerja di tahun 2011? Welllll.....cehhhhh...mestilah ada bunyi macam tu kan...hmmm, sebenarnya penuh dengan pengalaman yang seronok, biasa dan stressful.

Yang seronok?

1) Pergi Guangzhou and Hong Kong
2) Dapat pergi Sarawak/JB/Kemaman
3) Dapat team/officers yang baik

Yang biasa...
terlampau banyak

Yang Stressful
1) Pergi Guangzhou and Hong Kong
2) Chairman mesyuarat tukar..sedih..semoga akan ditukar kembali lah secara permanent, insya allah
3) Dapat team/officers yang tak berapa baik.

Ait, pelikkan? Yang seronok tu, ada juga stressnya. Biasalah, dalam sesuatu perkara tu, mesti ada yang baik dan buruknya...baru balanced. Tapi yang paling penting adalah macam mana masalah itu di atasi. Perkara yang sangat susahpun akan dapat diselesaikan jika dihadapi dengan tenang dan bijak (sedang menasihati diri sendiri ni).

Lagi satu, baru dapat call dari hubby yang informed that our current tenant are moving out from our Baiduri Apartment. We have started to rent out the apartment from August 2009 till now..Ada sape-sape berminat untuk menyewa?...sila contact saya ye.

Okay lah dulu...gue chowwwww...

Wednesday, December 28, 2011

Rambutan

Tengah rajin ni, nak update fasal kg dan rambutan.

17 Disember, hari Sabtu, kami balik kg. Kami keluar rumah dalam pukul 8.26, seperti yang tertera di dalam gambar nih...ha ha...orang yang di dalam gambar ni, nama dia Ina Naim. Sebenarnya dia teringin juga nak buat 'threading' (betul ke ejaan tuh?) eyebrow dia tu, tapi...tak pe lah, bersyukur sahajalah dengan pemberian tuhan, kalau tak de eyebrow, haaaaa, lagi teruk kan? ha ha ha...positive thinking...anggaplah jerawat batu tu sebagai tahi lalat pemanis muka ye.

Kami singgah dulu di Cili Merah, breakfast dan terus bertolak. Kami singgah dulu di Ipoh, di rumah kakak. Saya bagi dia satu beg tangan yang saya beli di Guangzhou, Gucci (imitation, don't worry). Kami juga dibekalkan dengan durian, hikss, abang hatta dan kakak akan bermalam di Chemor juga.

Sampai di Chemor, tengok rambutan sooooo banyak...




Lepas sampai rumah, kami keluar sekejap pergi Jaya Jusco untuk beli barangan mak. Hmmm, tanya mak nak beli apa? Dia tak boleh ingat, tapi lepas tu dia pesan nak 4 benda, salah satunya telur, yang lain saya lupa. Saya belikanlah apa yang terfikir, biskut, coklat, maggi sayur dll. Tengah shop, mak call pulak, dia nak nutella, tapi stok habis lah, so, siapa yang balik kg, sila belikan nutella untuk mak ye. 

Kami sempat bergambar pulak tu di Jaya Jusco Ipoh...hiksss....memang la..



Balik rumah, tengok-tengok kakak dah mula ambil buah rambutan, Shuk pun apa lagi, demi untuk membuktikan kemachoan yang tidak hanya terletak pada misai, dia pun mengambil galah untuk mengait rambutan tu...sesungguhnya, tidak senang untuk mengambil rambutan dengan galah, sakit tengkok...kalau saya yang ambil, saya ambil aja 10 biji, lepas tu diam. Serius susah. Tapi dulu, sebelum kahwin, abang-abang saya akan ambilkan. Lepas kahwin, suami lah...saya tolong kutip aja.

Kakak saya power, dia sudah berjaya ambil banyak ni

Shuk take over, tapi buah kat ujung, susah nak sampai

Shuk decided to panjat, tapi buah kat ujung and hari gelap sikit, so, susah and tak nampak..

nampak kaki shuk tak? Pastu give up, kami pergi ambil rambutan kat depan pulak. Hmmm, semua pokok rambutan berbuah, tetapi mungkin faktor umur (pokok tu lebih tua dari saya ye), quality buah agak berbeza...tapi still sedap and manis...

And sorry you guys yang dekat office, sebab tak sempat nak bawak ke ofis...balik dari Perak, singgah rumah kakak, bagi durian and rambutan...kereta saya pun masih ada lagi ekor-ekor bau durian...he he, tak de masalah!



Tuesday, December 27, 2011

Tuan Rumah Yang Kejam

Baru-baru ni, anak-anak saudara saya datang bermalam di rumah. Anak saudara perempuan saya, Athirah, bawa kawan...nama dia, Amy kut...kalau salah, thousand apologies ye. ( by the way, ada jam tangan tertinggal atas katil, sape punye?)

Being a perfect host, of course lah saya tidak memasak...ha ha ha...masak juga, tapi pada malam Jumaat tu, saya pun makan ntah apa-apa ntah...so...budak-budak tu pun well prepared lah, datang rumah cikbib kena independent kan, mereka pun sudah beli Mc D masing-masing.

Saya kan baru balik dari Guangzhou, so, saya ada bawa kacang badam yang masih di buang kulitnya. Oleh kerana keras, saya bawa lesung batu aja ke meja makan untuk memecahkan kulitnya. Sedap kacang tu, tapi seksa lah sikit nak makan...

Kat bawah ni, saya post kan gambar budak-budak tu dengan lesung batu makan kacang tu, sian depa, soheh insap dan tak mahu datang lagi dah lain kali, kih kih kih





Monday, December 26, 2011

Wait er

Husband kerja lagi hari ni, leaving me alone again!

Yesterday, I did not do what I planned to do. I sat and read blogs till 1.00pm when suddenly hubby arrived. Huh, tak sempat kemas rumah, tak sempat buat apa...ha ha, I was again caught alive.

Since he was tired, we decided to only go out a little later and have lunch+dinner combined. We always do that on weekends.

Hubby wanted to take rice and wanted to go a a place where we can dine and relax. Ingat nak g Kasih, tapi Kasih tutup pulak, tiba-tiba hubby teringat yang I ada ajak dia pergi Uncle K, tapi tak pergi pun sebab dia balik lambat...so, ke Uncle K la kami pergi.

Sampai di Uncle K, baru teringat yang my anak sedara Ari is working there after his SPM...tapi tak nampak pulak...ada waiter lain, so kita orang pun order la. Mula-mula I ingat nak makan mee goreng mamak, tapi bila tengok gambar, nampak macam berminyak sangat, langsung tak jadi, Shuk order nasi goreng, I order roti nan. Kami minum teh panas dan air suam.

Lepas order, baru nampak Ari, itu pun, sebab Shuk yang tunjuk (sebab Ari tegur Shuk dulu). Hmmm, ye la, budak muda kan, yang kita pergi cari budak yang pipi chubby, hidung macam penyek-penyek gitu dan the mulut yang macam mancung sikit jugak...ha ha ha....serious, waktu Shuk tunjuk itu Ari, I was having a difficult time recognizing him...ha ha.

Waa, bila sampai at my table, the first sentence was, 'selamat datang'..and bagi menu...tapi I dah order kan. Another thing, when I talked to him, I felt as if I was talking to Ghazali Daimin la, ha ha. Just when I talked to Adli, dengan dia bercerita dengan coolnya, I felt as if I was talking to Abang Hab, and when I talked to Izzat yang bercakap dengan tergesa-gesanya, it felt as if I was talking to Abang...like father like son lah depa ni.

Muka Ari berpeluh-peluh, ye lah, penat tu, tak duduk-duduk dan sentiasa berjalan. Tapi I nampak dia cekap and at the same time, very relax. He handles the job very well.

At the same time, I rasa sedih pulak tengok dia kerja...ha ha ha...teruk kan. Tak tahu la fasal apa, sebab dia buat kerja waiter ke? atau sebab terharu tengok dia dah besar ke? Ntah, tapi rasa sedih.

I remember my abang was telling me how he cried when he saw his daughter (Athirah) working at Jusco years before. When I heard his story, I was thinking, 'awat nak nangis?'...tapi bila tengok Ari kerja I pun rasa nak nangis, bukan anak I pulak tu, anak sedara aja.

Hikss...ye la, dulu semua baby kan, sekarang semua dah besar. Good Luck Ari, carilah pengalaman sebanyak mungkin semoga dengan pengalaman tersebut, you will become a better person. Untuk semua anak sedara cikbib juga, rajin-rajin lah mencari pengalaman dalam hidup ini, bumi tuhan ini besar, terokai semuanya, dan pelajari!



Sunday, December 25, 2011

Hari Sabtu Saya Semalam

Sekarang sudah pukul 11.40 pagi. Hubby pergi kerja lagi, dan, seperti semalam, saya kusyuk duduk depan laptop ni, menambah ilmu dan lemak di badan. Semalam, saya hanya berhenti baca blog selepas pukul 3.00, rasa penat pulak lepas tu. Hari pun hujan kan, basuh comforter, tak kering, ruang makan pun dijadikan tempat menyidai, rimas pun ada.

Today, I am determine to make it a productive one. I was determined to start cleaning the house at 11.00, but now, it is already 11.40, I am still in front of the laptop...ha ha, giving myself a little break actually. I am okay with it, sebab rumah ni memang perlu di kemas sedikit, but the situation tak lah teruk sangat lagi.

Hmmmm, had breakfast, kain masih ada yang masih diproses dalam washing machine (2nd round) .....

Ada banyak kerja ofis yang di bawa balik, tengok lah, nanti pasti di buat juga, insya allah.

Semalam ada upacara akad nikah dihadiri di Kelab Saujana Impian Kajang...hmmm, baru akad nikah, sudah perbelanjaannya RM30K...it was a very nice one though, beautiful, tapi kalau saya, cukup lah majlis yang sedemikian, tidak perlu upacara kenduri yang lain. Tapi ye lah, semua orang pun ada sebab tersendiri kan. Tapi masalahnya majlis orang Melayu ni, makannya lambat lah sebab menunggu tok imam tu habis mengimamkan solat isyak dulu kan, so the akad session ended only at 10.00. Orang lain dah mengamuk lapar, shuk and I had karipap at around 6.00pm, we were sort of predicted such scenario actullaly, so, kami masih steady lah macam Adnan Steady (siapa tengok cerita geng mengaji mesti kenal adnan steady). Sebab dah terlampau lambat, para tetamu buat dek ambil makanan dan makan. Tiba-tiba, ada bacaan doa pulak, hiks...hubby was patience though, sangat respect the majlis, saya dengan ipar saya aja buat-buat tak tahu.

Hidangan dia sedap. Ada nasi putih/minyak, ayam masak merah, dalca, mushroom soup, kambing bakar, roti jala, tauhu bakar, laksa, mee kari, kuih muih, vegetable salad, ais kacang, teh tarik, kopi O dan air oren....haaaaaa, gue sebut semua tahu. No door gift, tapi saya rasa event itu telah diorganize dengan baiknya, well done!

Hmm, the whole event ended at 12.00, and we reached our house at 1.00 am.

Sampai rumah, tengok tv sat, makan rambutan, solat isyak, lepas tu tidur. Cuaca kan sejuk, and selimut pulak, baru basuh and wangi, so, sedap la tidur, ha ha.

Hmmm, sebenarnya saya nak cerita tentang diri saya dan alam mistik hari ni, tapi sebab post ni pun dah cukup panjang, saya rasa saya nak berhenti dahulu..







Saturday, December 24, 2011

Teluk Intan

It's Saturday and hubby is working again. Another day of staying home on my own...perghhh.

I just discovered that I could not get in a few blogs since the owner must have 'private' it. Hmmm...anak-anak sedara saya pun sama, even Anas pun private kan blog dia...ape ke he nya? banyak rahsia ye?

Tadi ingat nak visit Iza Shariza's punya blog, pun tak leh? atau something wrong with my PC? dunno, better check later.

Saya kan duduk sorang hari ni, so saya pun godek-godek gambar lama. Saya rasa saya belum post lagi cerita ni...cerita saya pergi Telun Anson (Teluk Intan, mak saya pronounce Teluk Ensen)

Saya tengok date kat gambar tu, saya pergi dalam bulan September 2010. Emak has requested to go to Teluk Intan for so many times actually, tapi kami baru berkesempatan pergi last year, kebetulan, bapa saudara saya, Yeop Mat telah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan.

There were no pictures with Yeop Mat though but I still remember his worried looks at the time when he was transported to the surgery room. The surgery did not helped to solve his problems, his health condition worsened and he was transferred to Ipoh Hospital. He passed away a few weeks after. Alfatihah.

After visited Yeop Mat, I remember all of us were hungry. We decided to solat dulu and find a place to eat. Mom insisted that he want to eat udang galah somewhere near the Sungai. Actually, Shuk and I have asked around but none of our friends in Teluk Intan knew the place. But they suggested a restaurant named...apa ntah, lupa, ha ha ha. Tapi tempat tu macam kedai mamak la, jual nasi beriani, mee rebus and rojak. Sedap! Tapi I wish they could improve the cleanliness lah kan...tapi untuk makan bila lapar, boleh aja.

Lepas tu, kami pergi menara yang terkenal tu, best juga. Shuk and I naik sampai atas, tapi my mother of course tak larat. Cuacanya sangatlah panas, dannnn, saya ingat lagi, saya sakit perut. Pernah jadi macam ni kat you all tak?

Saya dah push Shuk suruh cepat, yang Shuk tak puas-puas lagi, nak merokok pulak kat atas tu (kat atas tu, sejuk)...haaaa,...sempat lagi tangkap gambar, pas tu, saya pulak dah tak tahan, tak tahu pulak toilet kat mana. Cari masjid...dan yang lain-lain, saya tak nak cerita, malu, ha ha ha ha

Lepas dah lega, kita orang pergi tepi sungai. Di tepi sungai tu ada taman, tapi sangat tidak dijaga. Rasa sedih tengok tempat tu. Mak saya pun, apa lagi, berleter la dia, dia kan pembersih, sampai teringin pulak dia nak bekerja di situ, biar betul, nak berjalan pun tak larat

Ramai orang tua lepak di situ, sebab anginnya memang menyejukkan.


Lepas tu, balik...ha ha...itu lah aja. tapi kalau orang tanya pernah tak pergi tengok menara Teluk Intan tu, jawapannya, PERNAHHHHH!

Hmm, lagi satu, baru ni, waktu balik kg, mak saya request nak pergi jalan-jalan tengok Putrajaya...so, siapa-siapa nak balik kampung, sila bawa mak/opah ke sini ye, boleh cikbib bawa jalan ke Putrajaya pulak. Kalau cikbib busy, cikbib boleh suruh cikyah ke, amalena ke..ha ha...abang radhi ke? hmmm

Enjoy the photos



mak saya tak puas hati, tak dapat makan udang galah, tapi yang ni pun, dia kata sedap juga. Orang-orang tua memang suka makan mee rebus dan rojak, sebabnya, waktu depa muda dulu, kalau outings, makan benda camtu ajala, saya tahu ni waktu baca Rafidah Aziz punya interview dalam paper. Rasanya betul apa yang Tan Sri Rafidah kata tu

nasib baik ada gambar, nama kedainya Mastan Ghani. Ada dua kedai, kami sepatutnya pergi kedai lama yang terletak opposite this kedai, depa kata lagi sedap, kami mana tau

dalam menara

muka menahan sakit perut

saya dengan mak. gambar tak lawa sebab guna handphone aja

kat luar pulak..pas tu pergi cari cepat-cepat cari masjid, ha ha

tepi sungai

bunga ni cantik sepatutnya, tapi tak nampak!



Friday, December 23, 2011

Bosangg III

It is Friday today, and how excited I was this morning, thinking about the long weekend! Dasar orang yang suka berpoya-poya.

The day was a long and tiring one. Two long meetings and a headache! huh.

Hubby is late again. Mula-mula kata nak balik pukul 8, lepas tu 9.15, tapi sampai la tak sampai-sampai!

I slept from 8.15-9.00. Kepala sakit kan...sekali hubby called. Hmmm, since dia balik lambat sangat, I decided to cook...ye la, takkan sampai kat rumah pukul 12, nak keluar balik ambil dinner...sian pulak. Tapi I tell you, if I were the one yang balik lewat, tak de siapa nak masak kan? ....not my hubby laaaa...

Pernah sekali tu, saya kerja, tapi hubby cuti, balik-balik, sampai rumah, dia minta I masak..and I was like..speechless...dah la kerja stress, balik drive pun boleh tahan, sila lah masak nasi and goreng telur ke kan? Tapi somehow rasa sian juga, hubby pun cakap dia basuh kain, kemas rumah, and teringin makan masakan saya...alamak...lembik la juga saya.

Tapi, yang peliknya, macam malam ni, saya boleh aja masak. Infact, sekejap aja saya masak, dalam setengah jam. Sebenarnya masak ni boleh release stress juga. Tapi saya malas masak sebab saya akan makan banyak...huh, itu lah masalah!

Hmmm, finally Shuk is home, at 11.40. Terus nak makan, lapar...sian dia...tapi esok dia kena kerja, Ahad dan Isnin pun kerja...sedihnya tinggal sorang-sorang cuti ni...




Thursday, December 22, 2011

Bosangg II

Sekarang pukul 8.30 malam, and hubby belum balik lagi, sighhh!

Hari Selasa, Shuk balik pukul 5.00 pagi, semalam pukul 10.30...hari ni?  tak tau lagi

Siang tadi saya termuntah di ofis. Kenapa? Silap makan kut...masa drive balik tu, mula-mula rasa tak larat sangat...tapi lepas tu, okay sikit. Balik rumah, saya masak nasi, solat dan goreng ikan bilis. Mungkin sebab sudah muntah, rasa lapar sangat. Saya makan nasi dengan lauk sardin semalam dan ikan bilis goreng.... alhamdulillah, sedap.

Sekarang ni berita TV3 sedang menunjukkan cerita fasal Hassan Ali vs PAS...bosangggggg!

hmmm, esok, ada meeting pagi dan petang...semoga saya okay esok, insya allah. Teringin nak ambil cuti, tapi macam tidak berkesempatan aja, tak pe, nanti pergi Singapore saya ambil cuti lebih sikit.

Hari ini keputusan PMR dikeluarkan. Seorang anak kakak saya dan seorang anak abang Shuk ambil PMR, dua-dua dapat result yang boleh tahan, 7A dan 6A, congratulations Anas dan Faris. Moga akan lebih cemerlang pada masa hadapan.

mmmm.....lagi? itu sajalah dulu...tak da mood la...good nite




Tuesday, December 20, 2011

saya bosangggg

Saya sedang di rumah sorang-sorang..bosan tahap gaban sebenarnya.

Managed to vacuum the living and dining hall after Maghrib. Lepas tu mandi, switched on tv and laptop, tapi rasa bosan juga...

ingat nak update blog tadi...tapi tak de mood.

ingat nak update gambar pokok rambutan di kg, tapi tak nampak pulak cable camera...lagipun malas...ha ha.

kat office, semua orang tengah mengira-ngira, sebab nak decide whether to join or not to join the new salary scheme..I do not have the time to count, was thinking that I could do the calculation with hubby, unfortunately he is very busy today...hmmm

habis hilang mood la..

ada siri baru yang ganti cinta elisya, cerita baru ni, tajuknya vanilla coklat...best ke tak? ntah la, let me save my comments ya, sebab baru siri pertama kan...

oh semalam, hubby and I watched this movie 'disclosure' starring Michael Douglas and Demi Moore. Of course this is not the first time that we watched this movie.

Tapi ada satu dialogue tu, where Tom (Douglas) was having a conversation with his wife...lupa lak nama dia.

In the conversation, his wife asked him to rank this lady (Demi Moore) (Tom was accused of sexually harassing this lady)

and Tom has ranked her as 8 to 9 (super hot la tu)...ha ha, and I pun post the same question to hubby...and the conversation went like this :


me : So...en shuk, saya di skala mana pulak?

hubby : bagi saya, cikbib sudah cukup sempurna, sebab kan saya yang pilih cikbib, saya menerima cikbib seadanya

me : ye ke? terima kasih laaaaa (terharu tahap gaban ni)

hubby : sebenarnya, saya takut nak cakap yang betul, takut nanti cikbib tak nak masak buat saya, tak nak buat air teh saya... (potong stim betul)

me : haaaa? sahih...saya cuti masak seminggu!! (ciri-ciri isteri solehah!)

sesungguhnya, conversation di atas adalah bukti betapa romatisnya hubungan kami berdua..semoga berkekalan, insya allah

Saturday, December 17, 2011

...early Saturday again

Huh, it's Saturday morning, I woke at six, solat subuh, and woke hubby up. Kemas rumah sikit-sikit sebab sudah macam kapal pecah and tadaaaa...tengok facebook, update blog.

We plan to go back to Perak today. Hubby said we will make a move asap..huh...I naik tadi tengok dia, huh, tidur balik.

I have not been able to REALLY clean/tidy up my house since I came back from China. Not that is is dirty but I haven't got the time to do a really thorough cleaning. Rasa tak puas hati la pulak. Tapi, bila ada masa, terlampau banyak benda yang perlu di buat, nak tengok blog la, facebook la, buku la, majalah la, basuh baju la, lipat kain la, kemas bilik laaaaa, kena tengok kerja yang dibawa balik la, masak la, ...thousands! With all these things in my head, I realised that many times, I lost focus. Lain yang di fikir, lain yang di cakap. Panggil Malena, rupanya sebenarnya nak panggil Athirah...I must be getting old.

Macam semalam, I wanted so much to tidy up one of the bedroom since my nephew is coming to stay (most probably). At the same time I wanted to do something else...end up, I tidur aja...ha ha ha....itu pun selalu juga berlaku.

Well, time is my worst enemy now!

Yesterday, at one of the meeting held, my mind could not help going elsewhere and this time it was Singapore. Since boss was on leave for two weeks and Sham has left me for one week to survive alone at the office, I think I really need a break. Most probably sometimes in the middle of January, after everyone else is back. Now, semua orang pun cuti, cuti sakit ada, cuti untuk bercuti ada, cuti untuk masak ada...masak untuk raya/krismas, haaaa, cuti sebab stress pun ada....

Saya rasa, saya nak pergi Singapore, boleh? Nanti saya dan hubby akan buat budget, kalau okay, insya allah kami akan pergi. Yay, thinking about it pun buat saya excited!!

Okaylah, for today, saya nak balik kg, and kalau ada rezeki, boleh makan durian dan rambutan...adios!



Thursday, December 15, 2011

Macam Mana Nak Buat Ni?

Tomorrow, I have to attend 2 important meetings which will be held at the same time. Huh, boss tak de, Sham tak de...confused gue...lepas ni, nak solat Isyak dan doa banyak-banyak, semoga ada solutionnya, insya allah.

Oh, my niece has introduced me with this new blog called peejburhan recently. Haaaaa, cerita orang muda la kan. After a while I discovered that I prefer her mother's blog laa....ha ha...now I am trying to catch up with some old stories posted in her mother's blog.

The same thing happened before when I was introduced to Hanis Zalikha's blog. Yup, after a while I discovered that I prefer her mother's blog than hers...ada age gap kut.

Okay lah, esok I will try to post a longer one ya...good nite

Wednesday, December 14, 2011

Hong Kong Part 2

Hong Kong part 2 will focus on food. Haaaa, the very important maaa.

The first night, after checked in, we dine at Jojo's place which is located opposite our hotel 'the empire'. Hmmm, it is an Indian shop. I decided to avoid chicken and kambing though because I wasn't sure whether it is halal or not. I ordered roti nan with dhal. Sharmilla ordered mixed bread and dhal while encik ramli ordered nasi with chicken apa ntah plus ikan masak apa ntah...ha ha..tapi okay lah, kami makan dengan gembiranya...ha ha, bila yang tak gembiranya kan

anis and I...tak de gambar food laaaa, lupa nak amik

encik ramli and milla

laaaa, lupa nak ambil gambar food, sorry ye.

The next day, setelah ditinggalkan oleh team Guangzhou, we have had a small meeting to plan our activities for the night. We decided to go to Harbour City again, and also to go and visit the tailor and Nathan road. The best thing was, once we went out from the train station, we were approached by someone who promoted their restaurant, halal restaurant. Since we only had roti kosong for lunch, we followed the guy and tadaaaa.....haaaaaa

we ordered seafood spaghetti and chicken mandi...sedap...sedap...kedai yang ni memang muslim owned, so, I ate happily.

The next day, alamak, yang ni dah cerita, kami makan pizza di Ngong something...dah lupa.


Malamnya kami nak pergi makan di satu tempat ni, namanya macam babas camtu, supposed to belong to a Malaysian. Unfortunately, since it was Saturday night, the situation was rather 'out of control' and we just would not dare to walk to the restaurant from our hotel. Haaaa, lagipun yang dua orang tu anak dara kan...so, we decided to finish up our maggi in my cup for that nite.

The next day, we headed back Guangzhou right after breakfast...we prefer Hong Kong than Guangzhou actually so we were rather sad having to leave the city...ha ha...tak pe, maybe next time I can pay Hong Kong another visit with hubby...okay...bubaiiii

Saturday, December 10, 2011

Hong Kong Pulak

Hmmm, pada hari ke empat, iaitu hari Khamis, kami telah bertolak ke Hong Kong menaiki keretapi. Perjalanan mengambil masa 2 jam dan kami siap checked in di Hong Kong dalam pukul 8.00 malam. Lepas checked in, kami pergi dinner dan jalan-jalan keliling Hotel. Details on the food and restaurant will be in the next post.

Malamnya, I was a little bit nervous. The next day will be the most challenging meeting. We are going to meet a group of Hong Kong professionals...bayangkan betapa ketaqnya lutut saya...

Saya study lebih sikit malam tu, dan berdoa banyak-banyak, hmmm, saya cuba tenangkan diri dengan memujuk diri mengatakan semua orang adalah makhluk tuhan yang tidak sempurna, and you know your subject matter, why worry? 

and once the meeting ended, we just decided to be happy and shoppinggggg! Gambar selepas shopping adalah seperti di bawah :

ada wajah sedik atau dissappoited tak? tak de kan? ha ha

Selepas itu, kami pergi ke Harbour city, the most famous shopping in Hong Kong


Yang ni jalan di depan Harbour City, mengingatkan saya dengan Tokyo


7-25, Canton Road, Harbour City lah ni

Lepas tu, kami pergi Mon Kok. Mon Kok ni macam night market laaa


Orang Hong Kong di sini generally kasar sikit..hiks..kasar banyak!



saya ada beli tshirt dan fridge magnet di sini

Malamnya kami ada pergi Nathan Road, officer saya nak tempah suit kononnya. Tengok tengok mahai giler, dalam HK2500...haaaa, tapi lain kali, kalau nak buat, rasanya berbaloi la, sebab memang cantik workmanshipnya. Unfortunately there were no pictures.

We walked to Harbour City again that night and I bought perfumes, one for me and the other one for hubby. Yang itu ajalah yang mampunya.

The next day, we started our day early, but got confused and spent so much time on this ching ching (bus yang ada cable atasnya, bus tu double deck tau)


kami duduk di atas. 

Akhirnya, kami berjaya pergi ke Ngong Ping, untuk naik cable car.
Tapi, sebab dah ke sana sini, kami sampai lambat dan terpaksa berbaris hampir dua jam :



Satu jam 40 minit, barulah Anis dan Milla dapat beli tiket cable car


Cable car ni tinggi, merentasi kuala sungai 

siapa takut naik cable car, boleh guna trak ni 

sampai di Atas, ada makanan halal pulak, shukurrrrrr

nampak statue ni dari cable car

Lepas tu kita orang balik, sebab nak pergi Peak...pusing-pusing-pusing, akhirnya sampai di the peak.

sini pun kami berbaris lebih sejam . Bateri camera pun sudah nak habis dan di bawah adalah gambar terakhir yang di ambil di the Peak, Hong Kong


Kami turun dari Peak ni naik cab, harga HK200, sanggup, sebab tak larat nak berbaris lagi tambah lagi dengan angin kuat yang sangat sejuk. Sharmilla tak bawak jacket pulak tu, so, mahai pun, kita orang naik juga cab.

Balik nya, rasa letih macam nak putus kaki, saya decided to berehat, budak-budak tu bersemangat, terus pergi shopping lagi, ha ha...esoknya, kami naik train pergi balik ke Guangzhou.

Thursday, December 8, 2011

China Part 3

I am feeling very tired now.

This morning, I reached office at 8.25, rushed to my room, and went straight to the meeting room at 12th floor. The meeting started at 8.30 and ended at 1.30.

After that I went down to my room, switched on my pc and wished that I could take a nap. Huh, there's files everywhere that I started another task right away. Of course I prioritized, I focused on the urgent ones first.

Then I decided to freshen up, brush my teeth and wash my face (since tak leh solat kan). I rushed to the meeting room again only to be informed that the next meeting started on at 2.30, not 2.00. Huh...and this meeting only ended at around 5.40 and by the time I reached my room, I was exhausted.

Now, I am writing this blog, have not had my bath and wishing that I could sleep...ha ha

but this is China Part three. I am not going to write, but I am going to show pictures of Guangzhou and Xiamen from my hotel windows and also from Encik Ramli's office and let all of you decide how develop China is....



This is from Encik Ramli's room, the room is facing the stadium and also the tower. The night view must be even better


From my hotel room in Guangzhou


This was taken from my bed...ha ha


This is Xiamen which is suppose to be a remote place


I did manage to take a ride on the river cruise and it was super nice. I wish hubby was there to share the experience, hmmm, maybe next time, insya allah, ada rezeki hendak nya


Guangzhou tower (Canton Tower, baru google tadi, Hiksss), the colour scheme will keep on changing


the tower again, and the bridge

mesti la ada gambar orang kan...tapi ntah sape ntah orang orang ni, tak kenai

itu IFC building (kalau tak silap itulah namanya, ha ha)


other boats

We cruised along the Pearl River. The river is long and big, and you just cannot compare this to Melaka river cruise of course which take less than 30 minutes to complete. 

We never did plan to take this boat ride but but we were fortunate because the driver has dropped us at a shopping centre which was located near the jetty. Lepas shop, kami bertiga pun apa lagi, pergi lah mencuba nasib, dan alhamdulillah, dapat kami naik bot ni and tersangatlah gembiranya...tapi dalam gembira tu, saya sedih gak, teringatlah dekat suami...kalau dia ada mesti berganda bestnya..

Okaylah guys...kalau pergi Guangzhou, selain shopping, inilah aktivitinya...boleh try, dekat sejam juga atas boat ni, orang lain dapat makan, kami saja simpan perut sebab nak makan di Nur Bustan...ha ha...lagipun kat sini tak halal...