Monday, June 27, 2016

Hari Ini, 27 Julai 2016

Assalamualaikum

Hari ini 27 Jun 2016, dan insyaa allah, lagi 5 hari, saya akan terbang ke Semenanjung untuk menyambut aidil fitri. Doakan kami selamat pergi dan balik, insyaa allah.

Pagi tadi, hujan lebat telah turun di KK dan cuaca memang lebih sejuk dan lebih selesa untuk kami berpuasa. Cuaca semasa berpuasa pada tahun lepas adalah hampir serupa di mana angin kuat sering melanda dan hujan lebat juga turun. 

Hari ini juga, internet service buat hal. Saya sudah on/off wifi 5-6 kali kerana service sering tergendala. Kerja-kerja "banking" juga tidak boleh dilakukan. Bila saya ingin buat rujukan/google search. tiba-tiba keluar message "no internet connection"....hah...mari kita duduk sekejap dan cuba update blog kalau boleh...

Hari ini sebenarnya saya ingin cari sedikit maklumat mengenai Brexit. Dalam banyak hal, saya perlu melipatgandakan usaha untuk faham mengenai economic term ni, semoga saya survive, insyaa allah. 

Kadang-kadang terfikir saya macam mana saya boleh kona baring dan jadi economist yang buat kerja-kerja promotion ni, yang kelihatannya janggal untuk diri saya. Tapi, oleh kerana saya yakin dengan perancangan Allah, saya yakin yang ini lah terbaik  buat saya, maka saya usahakan juga. Dalam berusaha itu, banyak lah juga istilah "bulldoze" yang telah saya lakukan. Semoga Allah pelihara saya daripada membuat kesilapan yang tidak boleh di perbaiki langsung, aamiin.

Kawan-kawan ofis sekarang sedang sibuk meguruskan duit raya. Nak tukar duit raya tu satu, sampul isi duit tu pun satu masalah jugak. Mungkin tahun ini saya akan kembali kepada "nature", kita bagi sahaja duit raya tanpa sampul...boleh tak macam tu? hah..

Walau pun jauh di KK, kawan-kawan di KL masih sibuk promote dekat saya untuk beli kuih raya. Saya pulak tengah sibuk buat budget, takut nanti perbelanjaan melebihi pendapatan. Saya senaraikan semua perbelanjaan dan kira balik. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita semua. Aamiin

Okay lah readers...kena kembali bekerja...boleh tak saya upload post ini agaknya? Mari cuba...








Saturday, June 25, 2016

Kehidupan Kami Pada 18 Jun - 25 Jun 2016

Assalamualaikum.

Hari ini hari Sabtu, 25 Jun 2016, jam 6.00 pagi dan saya bersiaran daripada rumah saya di Sri Kepayan, di depan tv, tapi tv tidak di pasang. 

Suami saya, Shukri Syukur Selalu, telah menyambung tidurnya selepas solat subuh. Saya pun sebenarnya berhajat benar mahu membuat perkara yang sama, tapi mata saya berkelip-kelip tidak mahu lelap. Oleh kerana itu, saya pun turun ke bawah dan menyelesaikan kerja-kerja mendobi baju. Setelah selesai, saya mengambil keputusan untuk update blog ini, yup, supaya apabila suami saya sudah bangun nanti, saya boleh cakap dengan gembiranya bahawa..."saya sudah update blog!!! yay!". 

Seperti tarikh yang di letakkan di tajuk, post ini akan dimulakan dengan apa yang berlaku pada petang 18 Jun 2016.  Suami saya telah berhasrat untuk makan nasi kerabu kerana dia asyik teringat-ingat kepada nasi kerabu yang dijual di Bazaar Ramadhan Lok Kawi yang telah kami lawati pada hari Ahad sebelumnya. Walau bagaimanapun, oleh kerana kami hanya akan keluar selepas solat Asar, dan bagi mengelakkan kami terperangkap di dalam kesesakan jalan raya, maka kami telah mengambil keputusan untuk ke Restoran Lengkuas sahaja.

Restoran Lengkuas ini adalah salah satu Restoran kepunyaan orang Semenanjung (orang Kelantan kalau tidak silapnya) yang agak terkenal di KK. Restoran ini memberi sedikit "pilihan" kepada kami, walau bagaimanapun, kami tidak berapa selesa dengan persekitaran restoran ini, jadi kami lebih selesa tapau.

Kami beli nasi kerabu dan saya beli pengat pisang...

Bagi saya, sedap juga nasi kerabunya. Saya mungkin akan pergi membeli sekali lagi walaupun harganya agak lumayan di mana 2 bungkus nasi kerabu dan satu pengat pisang berharga dalam RM22.00. 

Selepas membeli nasi kerabu, kami pergi ke Oceanus, sebuah lagi tempat membeli belah di KK yang terletak berhadapan hotel Promenade. Kami ingin menjenguk ke Bazaar Ramadhan yang terletak di depan Oceanus dan seterusnya meninjau sekiranya ada sesuatu yang baru di Oceanus. Walau bagaimanapun kami tidak membeli apa-apa di Bazaar Ramadhan dan kami dapati tiada apa-apa yang baru di Oceanus.

Walau bagaimanapun, kami dapati tempat lepak di belakang Oceanus tu adalah happening dan kami pasti akan kembali ke situ. Tempat itu membuat kami berasa seperti kami di Odaiba...tapi di sini, lautnya adalah asli.

Ada gambar...

Muka orang beriman sedang berpuasa...

Suami saya tengah termenung

Selepas itu, kami pun balik untuk berbuka puasa.

-----------------------------------------------------------

Pada hari Ahad, kami telah bangun lebih awal dan pergi ke One Borneo. Kami perlu ambil barang daripada sebuah kedai ini tapi sebab lupa lokasi kedai di mana, kami telah tawaf hampir ke seluruh One Borneo tu. Hah, alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. Saya sempat juga membeli dan membelah...tapi sikit aja pun.

Selepas itu, suami telah mencadangkan supaya kami terus pergi beli makanan untuk berbuka. Kali ini dia mencadangkan kami pergi ke BTC, untuk membeli nasi beriani. 

Waktu kami pergi tu, jam baru menunjukkan pukul 2.00 petang, walau bagaimanapun, sebab waktu berbuka di Sabah adalah awal sejam, BTC memang sudah memulakan operasi jadi boleh lah kami membeli juadah kami.

Hah...tengok tu, beriani ayam dan akhirnya saya ada beli kuih. Sedapppp...boleh beli lagi. 

BTC adalah kepunyaan seorang Datuk ini yang berasal daripada Setiawan, Perak. Dia pada mulanya datang  ke KK untuk berniaga kain, tapi akhirnya telah berjaya juga membuka perniagaan makanan. Syarikatnya adalah sangat besar dan bisa menyediakan makanan untuk 10,000 orang pada satu masa...

Seterusnya pada hari Isnin saya telah masak...saya masak tumis ikan temenung dengan timun. Alhamdulillahh...kenyang aja kami makan

Dan pada Selasa, kami telah berbuka di luar...

Satu lagi gambar pasangan beriman yang sedang menunggu untuk berbuka puasa....hiks

Ini adalah pembukaan berbuka puasa kami pada hari itu..kongsi


Di luar tingkap kami berbuka kami lihat ramai orang lain yang turut berbuka menghadap ke laut...best kan?

Setelah kami berbuka sedikit makan buah dan tamar, kami telah pergi solat Maghrib dahulu. Setelah itu, baru lah kami sambung makan semula. And you know what, we ate a lot sampai menyesal. Setelah balik ke rumah, kami terpaksa berehat lamaaa sebelum boleh mengerjakan solat isyak/tarawikh. Mungkin perut kami sudah tidak boleh expand untuk mengisi makanan banyak-banyak kut, maklumlah sudah semakin berumur.

Pada hari Rabu, kami berbuka dengan tumis udang dan pada hari Khamis, kami makan tumis udang lagi sekali dan suami request untuk saya masak sayur masak lemak putih. 

Cara bagaimana suami saya minta saya masak gulai lemak putih adalah macam ini : "Cikbib, saya sudah potong kacang buncis tu, saya sudah potong kobis dan bawang. Cikbib masak sayur masak lemak putih boleh?"

haahhhhh....how could I say no? Senang sangat pun nak masak sayur masak lemak tu kan....

Dan semalam, saya telah meninggalkan suami untuk berbuka sendiri sebab saya ada jemputan berbuka di luar. Walau bagaimanapun, pada waktu rehat tengahari, rakan ofis saya ZMY telah meletakkan gambar ini di dalam group Wassup :


ZMY ni, suami dia ada restoran. Setelah melihat gambar ini, saya teru minta dia bungkuskan 2 ekor untuk suami saya berbuka nanti.

Menu berbuka saya semalam pulak adalah :


Hah....banyakkkkkk makanan nya. Tapi waktu makan tu asyik teringat suami aja pun kat rumah walaupun sebenarnya dia happy sebab ada ketam tu

Oleh kerana mengenangkan apa yang telah terjadi pada hari Selasa dimana saya telah makan terlalu banyak sampai susah nak bernafas, saya telah bertekad untuk tidak makan terlalu banyak malam semalam sebab takut nanti breathless lagi.

Semalam juga, kita semua telah mendapat berita bahawa Prof Izzi telah meninggal dunia kerana telah terkena stroke seminggu yang lalu. Prof Izzi pernah mengajar saya subjek Math sewaktu saya belajar di ITM Shah Alam. Saya mungkin adalah salah seorang pelajar terawal beliau kerana pada waktu itu, beliau baharu sahaja balik daripada dari US. 

Beliau adalah seorang pensyarah yang bagus, ceria dan komited bila mengajar. Pendekatan yang beliau lakukan juga adalah berlainan dan menjadikan Math lebih interesting. Pada waktu itu, beliau sering memanggil saya dengan panggilan Ya Habibi. Doa saya, semoga  Prof Izzi di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah.

Semalam juga saya di maklumkan bahawa seorang kawan saya telah terkena stroke dan di masukkan ke ICU. Saya juga dimaklumkan bahawa seorang lagi kawan saya sedang menjalani rawatan untuk sakit barah.

Sudah lebih hampir 30 tahun saya tidak berjumpa dengan kawan-kawan saya ini dan apa bila saya mendengar berita yang telah diturunkan cabaran yang sebegitu begitu berat membuatkan saya insaf. Kami pernah muda dan ceria pada satu masa dahulu tapi kini sering sahaja berita-berita sebegini datang menerjah. 

Segala yang terjadi di sekeliling kita, pada kawan/keluarga kita adalah peringatan. Salah satu peringatan yang diberikan adalah kenyataan yang saya tidak muda lagi.

Semoga kita semua dapat mengisi kehidupan kita dengan baik dan semoga kita semua dikurniakan pengakhiran yang baik...Aamiin.

Wednesday, June 22, 2016

Selamat Jalan Abang Assmad

Assalamualaikum

Hari ini hari Rabu, 17 Ramadhan, hari Nuzul Quran. Kawan2 saya di Semenanjung ramai yang bercuti pada hari ini, walau bagaimanapun, kami di Sabah masih perlu bekerja.

Untuk post yang ini, saya akan sambung kisah yang berlaku setelah Andak meninggal dunia, dan saya telah kembali ke Kota Kinabalu pada 1 Jun 2016 dan mula bekerja pada 2 Jun 2016 (Khamis). Seperti yang saya telah maklumkan terlebih dahulu, saya telah pulang bersendirian ke KK kerana suami telah mengambil keputusan untuk tinggal lebih lama di Semenanjung supaya dapat mengerjakan ibadah puasa bersama ibunya (my MIL).

Saya bekerja seperti biasa pada hari Khamis itu walaupun mood tidak begitu betul setelah bercuti sekian lama. Setelah FD, juga kematian Andak, saya berasa agak penat dan sedikit "gelisah" tanpa sebab-sebab yang saya sendiri tidak pasti.

Saya ingat lagi di mana saya telah bertukar-tukar message dengan suami pada waktu tengahari di mana suami telah memberitahu yang tv kami di Jalan Ferum sudah buat hal...hah. 

Petangnya, saya balik ke rumah seperti biasa dan apabila sampai, saya lihat ada 3 missed calls daripada suami. Saya terus telefon suami balik dan di beritahu yang abang ipar suami saya, Encik Assmad/Pakndak, telah meninggal dunia.

Haihhh...waktu tu, saya tidak blank langsung kali ni....terus sedih. 

Sesungguhnya berita itu juga telah menjawab soalan kepada rasa gelisah (six sense kut) yang berterusan yang saya alami, yup, seakan ada berita sedih yang akan saya terima, rupanya Abang Assmad juga telah meningalkan kami.

Saya sedih, tapi saya bersyukur sangat kerana suami saya masih di Semenanjung dan berkesempatan untuk menghadiri pengkebumian, juga memberi semangat kepada keluarga Abang Assmad. 

Saya juga bersyukur di beri kesempatan untuk mengenali Abang Assmad selama lebih daripada 10 tahun setelah saya berkahwin dengan suami saya. Saya tidak mempunyai banyak memori dengan Abang Assmad, ye lah, kami memang macam tidak satu gang pun. 

Tapi Abang Assmad pernah tolong buat refleksologi apabila saya tersilap urat dan mengalami sakit pinggang pada tahun 2008, dan dengan izin Allah, setelah 2 kali urutan, sakit saya telah hilang. 

Kami sering sahaja hadir di perhimpunan-perhimpunan keluarga, tapi kami jarang sekali bersembang. Tapi saya ingat lagi, pada satu hari raya, saya ada membawa kacang tanah ke kampung. Lewat malam, apabila Abang Assmad nampak kacang tersebut, beliau telah mengambil langkah pro aktif untuk merebus kacang tersebut dan kami telah ramai-ramai makan.

Pernah juga di satu masa, saya dan keluarga Abang Assmad telah singgah di Kuala Kangsar dalam perjalanan pulang daripada Ijok ke Chemor/Ipoh di mana kami telah mengambil keputusan untuk menaiki bot melayari Sungai Perak. Abang Assmad pada waktu itu telah menolong membayar harga tambang bot Saya dan Shukri. Memang harga tambang bot itu tidak mahal, tapi saya ingat  dan hargai sehingga sekarang.



Gambar di atas adalah gambar Abang Assmad sewaktu dia lebih muda. Ganteng orang nya! Dan minat Abang Assmad adalah lebih ke arah seni. Dia pemain saxophone yang baik dan dia juga suka menyanyi. 

Mengingati kerjaya Abang Assmad sebagai polis  pula membuatkan saya teringat kepada rancangan tv the Andy Griffith Show. Kepada sesiapa yang pernah menonton rancangan tersebut pasti ingat bagaimana polis di dalam program tersebut tidak pernah menggunakan pistol kerana semua orang di penempatan mereka adalah baik2 belaka sehingga apabila polis tersebut akhirnya perlu membuat tembakan, keadaan menjadi sangat kelam kabut dan kelakar.

Abang Assmad pula adalah polis yang bermain muzik dan saya juga rasa dia tidak pernah menggunakan pistol.

Dan, jangan suruh saya mengulas lebih lanjut mengenai minat Abang Assmad mengenai muzik ini kerana pendapat saya mungkin tidak tepat. But he just love music and was very passionate about it.

Abang Assmad juga adalah seorang yang simple dan tidak suka menyerabutkan fikirannya. Saya tahu dia tidak "judgemental" mengenai orang lain dan dia juga tidak suka bercakap buruk mengenai orang lain. Dan pastinya dia seorang yang penyayang dan sangat menyukai budak-budak.

Abang Assmad juga suka minum Nescafe O yang dibuat oleh isterinya. Pada bulan Ramadhan tahun lepas, sewaktu saya begitu excited meletakkan gambar makanan berbuka puasa saya di Group Wassup Keluarga, saya juga adalah meletakkan gambar minuman Kopi Tenom. Abang Assmad jarang berbicara di Wassup, tetapi dia telah membuat pertanyaan seperti ini "Sedap ke kopi Tenom?" Hikss...saya jawab lah "Sedap, nanti saya bawa balik kampung".

Interaksi terakhir saya dengan Abang Assmad adalah sewaktu saya ingin mengucapkan selamat berpisah di Temerloh.  Oleh kerana kami tidak boleh bersalaman, saya telah pergi berjumpa Abang Assmad dan saya katakan kepada dia "Saya doakan Abang Assmad sihat semula lepas ini". Dia angkat tangan, angguk kepala dan senyum. 

Saya cuba mencari gambar-gambar Assmad yang dulu-dulu...tapi tidak berapa banyak. Mungkin ada dengan anak-anaknya. Saya letak gambar-gambar yang saya ada sajalah yee....

Gambar di atas di ambil sewaktu FD tahun 2014,  di mana Abang Assmad masih sihat.


Gambar ini di ambil sewaktu FD 2014, Abang Assmad bersemangat buat capati


Gambar FD 2016, memang allahyarham kelihatan uzur. The machine helped him to breath.


Tetapi isteri allahyarham sentiasa setia sebagai peneman


Kalau tengok gambar ini, kita boleh nampaknya bagaimana cerianya allahyarham...


This is one example when I say that music was his passion


Seterusnya adalah gambar pada hari pengkebumian. Saya telah minta suami saya buat laporan mengenai keadaan di Ipoh, tapi sebab suami pun jiwa kacau waktu tu, dia pun tak pasti apa gambar yang mahu di ambil agaknya. Anyway, let me share whatever I have...



Dini, Rain dan Kak Nor


Yon (anak bongsu), Kak Maton (isteri) dan Tasya (anak no 2 bongsu)....rasanya saya tidak perlu menulis apa-apa sebab gambar ini menceritakan segala-galanya 

Gambar sebelum jenazah masuk ke liang lahad

Saya akhiri post ini dengan gambar individu terakhir allahyarham yang telah saya ambil


Saya cuma nampak yang Abang Assmad happy dan puas hati pada waktu ini.



Saya dan suami telah kehilangan dua orang yang kami sayangi dalam jangkamasa kurang daripada seminggu. Memang kami sedih, tetapi kami pasti kesedihan kami tidak dapat dibandingkan dengan kesedihan yang di alami oleh isteri dan anak-anak allahyarham. Dalam keadaan ini, pastinya kita bergantung kepada masa untuk menjadi pengubat kepada segala kesedihan yang di alami, insyaa allah. 


Damailah Abang Assmad di sana

ALFATIHAH


--------------


"Apabila mati seseorang anak Adam itu, makan akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu :


i) Sedekah Jariah

ii) Ilmu Yang Bermanfaaf
iii) Anak yang Soleh

Saturday, June 18, 2016

Ramadhan Hari ke 8 - 13 (13 Jun-18 Jun 2016)

Assalamualaikum.


Hari ini adalah hari yang di tunggu-tunggu iaitu hari Sabtu, 18 Jun 2016, jam 9.36 pagi. Saya sudah mandi, sudah basuh baju dan satu lagi batch baju sedang di dalam mesin basuh dan sementara menunggu, saya mengadap komputer ini. 

Sabenarnya saya masih berhutang 2 post mengenai peristiwa yang berlaku baru-baru ini. Walau bagaimanapun, oleh kerana kedua-dua post itu macam susah sangat mahu disiapkan, saya mengambil keputusan untuk memuatkan cerita mengenai apa yang berlaku pada 13-17 Jun. 

Pada petang Ahad minggu lepas (12 Jun), saya dan suami akhirnya telah sampai ke Bazaar Ramadhan Lok Kawi yang menjadi sebutan ramai. Menurut kawan-kawan, di bazaar ini, makanan yang dijual adalah lebih sesuai untuk tekak orang Semenanjung kerana rata-rata yang berniaga adalah isteri-isteri pegawai tentera yang berasal dari Semenanjung. Jadi...kami pun ingin lah mencuba.

Kami keluar daripada rumah dalam jam 3.00 petang, pergi dahulu meninjau-ninjau jalan sehingga sampai ke Zoo Lok Kawi yang terkenal. Sewaktu dalam perjalanan balik, baru lah kami singgah ke bazaar ramadhan Lok Kawi.


Yang menariknya, kami perlu melintasi trek jalan keretapi sebelum sampai ke bazaar...terkenang zaman kecil-kecil dahulu di mana saya dan trek keretapi memang agak rapat sebab jalan keretapi terbentang di belakang rumah saya

hah...itu dia, bazaar ramadhan. 

Masuk sahaja ke kawan bazaar, kami terus nampak gerai ini...tapi tidak beli pun..

Lepas itu, adalah banyak gerai yang menjual macam-macam, tapi kami beli kuih sahaja...yang lainnya, kami tidak ada rasa teruja pun nak beli. Memang sewaktu di Shah Alam pun, kami jarang membeli di bazaar ramadhan.

Balik ke rumah, suami berbuka nasi dengan sambal udang/petai, semalam sementara saya hanya makan kuih. Kami lupa la pulak nak ambil gambar makanan.

Esoknya saya makan soq nasi dengan lauk udang tu lagi, sambal hitam dan telur mata kerbau. Suami makan roti sahaja

Berbuka puasa pada hari Isnin, 13 Jun, ayam goreng kunyit istimewa, sup kentang/kobis dan sambal belacan. 

Esoknya, hari Selasa, kami berbuka dengan nasi goreng sahaja, tambah telur mata kerbau dan timun

Pada hari Rabu, saya telah ke Ranau dan alhamdulillah, Gunung Kinabalu kelihatan jelas sewaktu perjalanan pergi kami

Sewaktu tiba di Ranau, tompokan awan mula kelihatan

Kami sempat ke tempat ini, yang masih belum siap.

Insyaa allah, kalau siap, adalah tambahan tempat menarik yang boleh dilawati di Ranau. Boleh minum teh dan kalau ada rezeki, boleh melihat gunung kinabalu

Cantik kan?

Tapi sesungguhnya kepala saya berasa agak berpusing sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Ranau sehingga saya mengambil keputusan untuk tidak menghadiri mesyuarat yang di adakan pada jam 3.00 petang di KK. Walau bagaimanapun, saya menerima mesej yang meminta saya hadir juga, jadi saya telah cepat-cepat basuh muka, solat dan bersiap untuk pergi. Alhamdulillah, saya menjadi segar semula setelah berwuduk dan bersolat.

Meeting berlanjutan sehingga jam 4.30 petang dan suami saya tersekat di kesesakan lalulintas dan saya hanyak sampai ke rumah pada lebih kurang jam 5.20 petang. Saya tanya suami saya, "nak masak apa hari ni?"

Suami saya jawab "tak tau"

Saya tanya pulak macam ini "Ada bawa apa-apa keluarga daripada peti ais tak?"

Suami jawab "tak de".

Hari ini saya kan pening kepala, jadi saya memang tidak sempat nak bagi tahu suruh suami saya bawa keluar barang dari peti sejuk. Makanya, untuk cepat, saya telah masak yang ini...

gulai lemak putih kobis, ikan bilis goreng dan sambal belacan. 

Pada hari Khamis pulak, saya masak kacang buncis+udang dan telur dadar.

Hah...pada hari bekerja, saya sempat masak yang simple aja. Alhamdulillah, suami saya sesuai pulak dengan menu yang saya sediakan walaupun sangat simple sampai saya rasa mesti ada yang agak pelik dengan makanan-makanan yang disediakan, betul tak? 

Seperti biasa, selepas makan, kami solat Maghrib, Isyak dan seterus bertarawikh. Selepas itu selalunya kami makan buah-buahan cicah Mak Bee...he he. Lepas tu, tdoq.

Semalam, saya telah berbuka di luar, tetapi suami tidak ikut. Mungkin kami akan berbuka di luar bersama minggu hadapan, insyaa allah.

Okay lah, di sini dahulu, chow chin chow






Sunday, June 12, 2016

FD TWC Hari Ke 3 - 29 Mei 2016

Assalamualaikum,


Ini adalah post terakhir untuk FD TWC, yup, hari ke 3 FD TWC. 

Kami bangun awal pada hari tersebut dan sempat tengok matahari naik sekali lagi dari dalam bilik. Selepas itu, saya turun ke bawah, breakfast dan naik semula ke bilik untuk mula mengemas barang pelan-pelan. Sebelum jam 12.00 pm, kami sudah siap checked out dan menunggu yang lain-lain bersiap.


Sebelum berpisah, kami ambil satu group photo...ini adalah proses persiapan group photo tu


Finally, siap satu gambo...


Lepas itu, upacara bersalam-salam....jumpa lagi di tahun depan, insyaa allah


Selepas itu, ucapan selamat berpisah di sambung di luar pula.....


Ada juga upacara tangkap gambar. Ini gambar adik beradik dengan MIL.

Yang ni adalah suami saya dengan abang-abangnya


Yang ni adalah kakak/adik-adik suami saya bersama MIL


Yang ni adalah campoq-campoq...ada juga yang lain termasuk saya yang sudah masuk kereta sebab panas lit lit waktu ni


Another one


Lepas itu, kami pun meneruskan perjalanan. Ada yang singgah di Cheras, ada yang balik terus ke Sri Kembangan dan kami pula, balik ke Chemor


Cuaca cerah di sepanjang perjalanan dan biru langit mengingatkan saya kepada Kota Kinabalu


Kami singgah di Rawang dan tiba-tiba nampak ada tempat jual sate Samuri, hmmm, apa lagi


Jangan lupa model berbayar...hiks

Lepas itu, kami pun balikkkk...habisss cerita FD TWC. Insyaa allah, panjang umur, murah rezeki, kami akan berjumpa lagi pada tahun hadapan.


FD TWC Hari Kedua (Bhg. 2 - BBQ) - 28 Mei 2016

Assalamualaikum,

Hah, ada orang sudah message saya dan tanya bila saya nak buat sambungan mengenai FD TWC. Sebenarnya saya ada buat draft sebelum ini tapi ada beberapa gambar yang gagal saya dapatkan dan saya telah mengambil keputusan untuk bersabar....hiks, another way of saying that you are "malas" actually.

Mari teruskan cerita...

Setelah balik daripada melihat gajah, kami balik, mandi, bersolat dan bersiap untuk turun BBQ. Tiada upacara lain selain makan dan bertukar hadiah pada malam ini. Kita tengok gambar ye....

Acara dimulakan dengan ucapan pengerusi

Haaa...ahli TWC yang mendengar kata-kata pengerusi dengan kusyuk dan tawadhuk...hiks


 Haaa...ini satu-satunya VVIP...VVIP datang dengan diiringi oleh pengiring....

Selepas ucapan pengerusi, MC terus buat announcement kata boleh makan...apa lagi...serbuuu

satu gambar MC...a new talent discovered waktu FD


Makanan yang dihidangkan, nasib baik saya ingat ambil gambar ni

beratoq-beratoq

Sementara TWC makan, ada juga menu udang yang masih di dalam proses 



Alhamdulillah rezeki TWC sebab ada orang daripada Sabah bawa udang. Walau bagaimanapun, jumlah udang 70 ekor aja, langsung bendahari sudah risau, takut tak cukup. Tetapi ada strategi yang telah berlaku secara natural iaitu bagi orang lain makan makanan lain dulu, bagi kenyang dan hasilnya, cukup aja udang itu. Alhamdulillah, itu barakah namanya, sikit tapi cukup.

 
Yup...sibuk makan, kambing pun ada

Makan..

Yang ni posing maut namanya

meja lain


Kumpulan yang ini memilih untuk duduk di luar khemah

Selepas makan, ada acara bertukar-tukar hadiah...

Sepatutnya ada gambar pengerusi dengan hadiahnya, malangnya suami saya tidak sempat nak snap, tapi mereka dapat periuk pengukus kalau tak silap

Ini Bendahari dan isteri, mereka ini dapat set claytan...

Happy dapat Claytan

Keluarga Makndak/Pakndak dapat glassware ni

Paknjang dapat glassware juga, tempat minum..

Keluarga Pakteh/Makteh dapat set yang ini


Makcik dapat hadiah ini...

Ida dapat yang ini..

Zubir dapat hadiah kita orang...boleh letak nescafe

Hani yang ceria....

Shakeer aka MC of the nite, dapat kuali

 
Hana...dapat glassware juga

Selepas itu ada upacara pemberian hadiah untuk kanak-kanak pula....yang ini adalah havoc...hah

 
ini adalah hadiah-hadiahnya cuma ada sedikit masalah apabila seorang budak tidak gembira dia dapat kereta sebab dia nak ultraman, ha ha ha...mana kita tahu kan...sebenarnya kereta yang dihadiahkan itu sudah cukup menarik...tapi ultraman lagi lah menarik,,,ha ha ha

Ahli TWC yang paling muda...

Izz dengan Ultraman...habis hati la tu

Selepas itu, ada upacara potong kek untuk anniversary dan birthdays

Hah...ada 3 kek

Ini mereka yang menyambut harijadi


Hah, Zubir dan Emiey sambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 9. Semoga hubungan mereka akan bertambah baik, saling bahagia dan membahagiakan. Aamiin

Selepas itu, kami mengemas dan balik...