Tuesday, February 12, 2013

Semalam, 11 Feb 2013

Sekarang ni sudah pukul 8.00 pagi, hari Selasa, 12 Feb 2013.

Pagi tadi, saya bangun solat subuh, lepas tu kejutkan hubby, lepas tu tengok facebook, lepas tu blog hop and now decided to update this blog. Sian blog ni, dah berabuk tak berusik. Saya malas nak tidur balik sebab kalau saya tidur balik, alamatlah saya tak leh bangun, rugi pulak kan kalau cuti di habiskan dengan tidur aja.

Anyway, kami baru sampai dari Penang semalam. Ada family day untuk keluarga belah hubby.

Kami bertolak keluar dari Hotel dalam jam 2.00 petang and decided to stop by at Chowrasta to buy some jeruk buah for Mekyah and also myself lah. Kami beli di kedai Pak Ali yang terletak next to Chowrasta.

Saya ingat lah sikit sikit lokasi pasar ni sebab waktu kami pergi Penang last December, saya nampak Chowrasta ni waktu kami pusing pusing cari tempat makan. Hubby decided to park at the parking lot opposite Line Clear and kami nampak orang ramaiiiiiiiii beratur depan line clear tuh. Adoiiiii.





Tak pe, kami memang tak bercadang nak pergi line clear pun, kami nak pergi makan kat Kapitan. So, kamipun proceed ke kedai Pak Ali dan beli jeruk. Lepas beli jeruk, saya pergi beli vadei di tepi jalan, sebab bau nya sedap sangat kan...heeee...memang sedap pun.

Selepas beli jeruk, kami pun cari Kapitan pulak. Hmmmm, telefon hubby pulak battery low, tak leh guna GPS. Akhirnya saya suruh anak sedara Shuk pergi tanya orang jual vadei tu how to get to Kapitan Restaurant. Hmmmm, dapatlah petunjuk and hubby decided that we walked to Kapitan.

I don't mind walking if we were in a colder weather, but we were in Penang and it was very hot...ha ha. Anyway, keep a positive mind lah kan, so we walked between the shop lots and it was quite fun . Kami juga sudah jumpa kedai nasi Kandar Hameedia...terkenal juga kan kedai tuh

But then, sebelum sampai ke Kapitan kami telah jumpa satu kedai lain next to Masjid Kapitan Keling tu, next to kedai nasi Kandar Beratur juga. Nampak bersih sikit dari line clear, ha ha ha ha..hubby decided to have lunch there.

Yup, saya berebut tempat duduk dan hubby and anak sedara dia Adam pi beratoq.



heee, kedai ni namanya...tak tau, tak de nama. Ada orang kata, kedai nasi kandaq yang paling sedap di Penang adalah kedai nasi kandaq beratur, tapi kedai ni hanya buka selepas pukul 10.00 malam. So, siapa-siapa yang nak perut lebih buncit, boleh lah amalkan makan pukul 10 malam nasi kandaq, pastu tidur....

Anyway, Shuk amik kan saya lauk ayam goreng, tapi untuk diri dia, dia amik dua ekor udang besar ...huh.. dimanakah keadilaan.

Lepas makan kami jalan balik ke kereta dan kami tengok keadaan di Line Clear masih beratur panjang. Haih, kayalah owner Line Clear ni.

Masuk dalam kereta, tak sampai setengah jam, saya sudah lena...reason?...panas. Saya kalau panas memanglah tak tahan.

Alhamdulillah hubby sihat untuk memandu, hiks, dah pekena nasi kandaq kan, dia pun dapat super power lah.

Lagi pun, dekat Sinar FM ada Abby Fana kan, hubby saya ni, kalau ada Abby Fana waktu drive, dia akan jadi terlebih happy sikit...ha ha.

Kami stop di RnR Kuale untuk solat. Lepas tu singgah pulak di Shah Alam untuk jamak Maghrib dan Isyak. Lepas tu kami dinner di....Putra Heights rasanya sebelum menghantar anak sedara Shuk ke rumah sewanya.

Balik rumah, sewaktu saya sedang membuka gate kereta, jiran depan rumah kami telah datang dan memberitahu yang rumah dia sekali lagi telah dimasuki pencuri. Habis dalam 10 K.

Hmmm, ini sudah kali ke 2 rumah jirannya dimasuki pencuri, cabaran untuk Encik Naza dan family. Walau bagaimanapun, saya tengok, selepas dimasuki pencuri dalam dua tahun yang lepas, jiran saya ni semakin kaya, ye lah, jumlah kereta pun telah bertambah-tambah sebab business semakin bagus. Hmmm, mungkin adalah sedikit pensucian harta berlaku kut. Insya allah, akan ada rezeki yang lebih baik sudah Allah sediakan pada masa depan...tenang kan jiwa kita dan yakin lah dengan kerja Allah.

Lepas balik, saya mandi dan terus bentang lembek depan tv. Hubby saya pulak, berkat makan nasi kandar tuh, telah terus bersemangat untuk memasang lampu yang kami menangi dalam cabutan lucky draw....lampu seperti di bawah:



Hiks, kami telah menang hadiah pertama lucky draw Family Day kami..hiks, saya terlompat gembira dapat lampu nih. Kami sebenarnya memang ada plan nak beli lampu untuk diletakkan di tepi katil, tapi kami membayangkan yang di atas meja dan ada payung lah kan, seperti yang kat hotel tuh. Tapi dapat yang macam ni okay juga, alhamdulillah...ada macam lampu mak saya kat kg sikit kut.

And no, this is not where we plan to put this lamp, don't worry. Kami letak di sini dulu sebab tak larat nak angkat ke atas semalam.

Lepas tengok lampu tu pasang semalam, saya dah tak sedar apa-apa...saya hanya terjaga dalam pukul 5.30 pagi...

Okay lah...enjoy your last day break everyone!




No comments:

Post a Comment