Yeow, selamat berhari Jumaat. Hari ini hujan turun dengan lebatnya..hujan berkat insya allah.
Bercakap mengenai berkat, saya teringat di waktu saya muda dan sangat kurang ilmu dan pengetahuan mengenai kehidupan dan apa bendanya berkat ni. Saya belajarpun major in Statistics kan, jadi semua perkara saya guna ilmu hisab, semuanya juga jelas, seperti hitam dan putih, saya ni memang kurang ciri ciri kemanusiaan sikit.
Kawan-kawan yang baik dengan saya panggil saya kedekut ataupun berkira. Yup, saya sangat berjimat dan berhati-hati dalam berbelanja. Saya katakan begini sebab saya waktu itu sudahpun menjawat jawatan pegawai dalam Kerajaan, dan sesetengah orang yang gajinya lebih rendah daripada saya pun berbelanja dengan lebih senang dari saya.
Saya ingat lagi pada satu masa, di mana saya ingin membeli handphone pertama saya, saya siap kira betul-betul mengenai bil yang mungkin saya perlu bayar nanti dan saya siap bertanya kepada seorang pegawai yang lebih muda daripada saya mengenai penggunaan handphone ni dan dia dengan senangnya menjawab," alah cikbib, saya dah lama guna handphone ni, tak mati pun lagi", and I was likeeee..HUH..
Saya juga kurang mendalami mengenai apa itu berkat juga betapa pentingnya kita redha dengan rezeki Allah. Oleh sebab kurangnya penghayatan itulah saya jadi sedikit (banyak sebenarnya) berhati-hati bila berbelanja dan agak selalu risau. Saya tak tahu yang sepatutnya saya perlu loosen up a bit...tapi bukanlah boros.
Mungkin dalam terlampau berkira tu, saya juga banyak melukakan hati orang lain? Yang pastinya saya tak bermaksud, really, and I would like to say I'm sorry.
Tapi satu perkara yang baiknya mengenai saya adalah saya cuba untuk tidak menyusahkan orang lain (waktu saya sedarlah...yang saya buat waktu tak sedar tuuuu, sorry lah).
Waktu saya mula-mula grad, saya memang tak de duit nak beli kasut yang elok sikit ke, nak beli baju yang elok sikit ke, saya berbelanja semampunya dan tidak sekali-kali berhutang. Sebenarnya mak saya telah menyerahkan kad ATMnya kepada saya waktu tu, tapi saya berlagak lah pulak kan, tak kan dah kerja, nak guna duit emak kita juga.
Sebenarnya kalau saya mahu, saya boleh aja minta sikit-sikit duit dari kakak/abang...tapi saya tak pernah buat lagi, alhamdulillah.
Dan lagi satu, dalam kedekut saya, saya tetap allocate sedikit duit untuk mak saya...without fail. Dan dalam geram-geram dengan mak saya bila dia jadi lagi berkira dari saya, tidak pernah lah saya biarkan emak saya bayar apa-apa pun sendiri, kecuali lah sekiranya berlaku tanpa sedar saya...insya allah yang ni kami adik beradik akan cuba maintain yang ni.
Saya rasa anak sedara saya pun, okay lah juga. Heee, waktu pergi Penang baru ni, anak sedara yang tumpang saya tu, ada lah bagi duit kat opahnya, and you know what, the opah was soooo excited. Macam terlompat-lompat mak saya cakap dekat saya "Pijah bagi mak duit "...heeeee.
Saya tumpang happy waktu tu sebab saya yakin bahawa perbuatan memberi duit kepada ibu/bapa, tok/opah/nenek akan membawa keberkatan kepada kehidupan kita. Saya yakin doa mak saya untuk cucu dia akan bertambah-tambah selepas itu dan saya sangat yakin bahawa doa orang tua kita adalah makbul.
Anak sedara saya ada juga bagi duit kat saya lepas tu, ye lah, dia kononnya naik kereta saya kan, kena lah kongsi sikit bayar tol ke, bayar minyak ke. Yang dia tidak tahu adalah cikbib dia sebenarnya adalah orang kaya...yaaaa...orang kaya..ha ha ha.That is beside the point lah kan, but I am thankful that my niece was sensitive enough. Yup, tak kisahlah makcik dia kaya ke, miskin ke, tapi ringankan lah tangan untuk memberi, kerana ia akan memberi keberkatan kepada diri sendiri. Dan sebenarnya saya terharu sangat pun waktu dia bagi duit tuh....tergenang ayaq mata den.
Saya pun lembap juga sebenarnya sebab sebelum ni saya tak pernah pun bagi duit kat Mak Mertua saya, sebaliknya, Mak Mertua saya pulak yang ada bagi duit kat saya. Bukan apa, selalunya, suami saya lah yang bagi. Tapiii, last year, kebetulan saya yang bagi, bukan hubby, and somehowww, saya dapat rasakan yang mak mertua saya tu happy sangat, muka dia macam light up tau..hadoiii, sampai saya rasa sangat berbaloi.
Lagi satu sebab saya nak bagi duit kat Mak Mertua saya adalah sebab dia ada doakan semoga satu hari nanti, saya akan mampu beli kereta Toyata Camry, macam jiran kakak ipar saya yang duduk di Bukit Mertajam...miahaaaaaa
Laaa...saya nak cerita apa ni? Entah la. Saya cuma nak cakap, saya bersyukur sebab tuhan bukakan hati saya untuk belajar dan cuba memperbaiki diri. Saya tahu saya dulu perangainya teruk, sekarang pun teruk juga sebenarnya, tapi ada perkara yang saya baru tahu, dan saya nak share. Itu aja.
Pasal berkat ni, pada yang bergaji kecil sekali pun, jangan terlampau risau untuk memberi lebih-lebih lagi kepada mak/ayah kita, kerana rezeki tu dari Allah. Sesungguhnya di dalam setiap rezeki yang kita dapat tu, ada bahagian emak kita, saudara-mara kita..dll. Kalau mampu sikit, bagi lah sikit, tapi jangan lupa memberi sebab memang berkat.
Lagi satu, elakkan berhutang, dan kalau terpaksa berhutang, berusahalah untuk settle kan cepat. Jangan buat orang marah, takut dia doakan ntah apa-apa pulak kat kita, tak senang hidup.
Lagi satu, berbelanjalah ikut keperluan dan kepentingan. Kalau ikut nafsu, memang banyak sangat benda yang kita nak di dunia ni. Prioritize. Jangan lah beli Tag-Heuer kalau mampu beli jam Casio aja. Janganlah sebab teringin nak beli Lotus Samsung Notes II, dua tahun kita tak bagi duit dekat mak kita, itu dah salah perancangan tu...salah meletakkan priority.
Lagi satu, jangan risau lah yang kita ni terkebelakang ke apa sebab saya tengok budak-budak yang bawak laptop la apa la ke kedai mamak tu, bukannya buat apa pun, setakat tengok facebook, main game. Saya lagi la, asyik main bola. Bukan buat research ke, apa ke...so, jangan lah rasa ketinggalan sangat kalau tak de gajet...yang penting, kita pandai menguruskan duit kita, telefon kita mungkin tak canggih, tapi top up sentiasa ada....kereta kita sederhana, tapi bila isi minyak , tak la isi RM10 aja...kita pakai purse yang di beli kat KL Sentral aja, tapi duit sentiasa ada insya allah, daripada pakai LV, tapi duit ilek...
Okay...letih la saya pot pet hari nih...byeee
interesting! :D
ReplyDelete