Hari ini saya perlu menghadiri kursus. Tempat berkursus adalah di Jalan Wisma Putra, bersebelah dengan Jalan Dewan Bahasa.
Dek sebab tak pernah pergi tempat tu sebelum ni, hubby telah dengan baiknya membawa saya pergi recce tempat tu last Saturday. Sesudah selesai, haaa, sebab tempat tu dah dekat sangat dengan jalan Bellamy, kami pun singgah juga lah makan ikan bakar dan sotong bakar di belakang istana tuh...infact, hubby untuk kesekian kalinya mencadangkan supaya kami menjadikan aktiviti makan ikan bakar tu sebagai aktiviti mingguan, he he he.
Anyway, berkat sudah recce tempat tu terlebih dahulu, saya telah sampai dengan selamatnya pagi tadi. Tempat park pun banyak, alhamdulillah.
Walau bagaimanapun, saya tak pasti kenapa, tapi saya sangat nervous lah. Rasa menggeletar seluruh badan...huh. Mungkin sebab saya period dan lupa nak amik EPO kut. Tapi sesungguhnya saya memang penakut, nampak dari luar aja macho, kat dalam hati, haaa, kecikkk aja dikkkkkk.
Kursus tu okay lah juga sebab saya tak ngantuk sangat, alhamdulillah. Hampir kesemua orang lain hadir dengan 'spouse' kecuali saya, kawan saya dan orang lain yang bujang, he he. Saya dapat duduk bersebelahan dengan officer dari Wisma Putra ni, best juga sebab boleh dibawa merewang sikit-sikit...
Yang paling bestnya, kursus habis awal...adoiiiiii...mana pernah saya balik sebelum pukul 4.00. Sampai rumah pukul 4.30 petang...ingatkan nak jog on the treadmill, malangnya penat lah. Saya tertidur sampai rasa tak nak bangun.
Anyway, hubby telah paksa saya bangun sebelum maghrib. Saya pun bangun, mandi and felt better. Kami tak keluar dinner malam ni tapi kami panaskan lauk semalam dan kongsi makan nasi lebih semalam juga, hikksss...
Kami memang nak kurangkan makan malam, so kira okay lah tu. Tapi lepas tu kami sambung juga makan semekut cicah dalam ayaq teh.
Sekarangggg...kami tengah lepak dan bertenang, he he he...may all of us have a good week ahead ye...bubaiiiii
No comments:
Post a Comment