Baru baru ni hubby ada bercerita dengan saya tentang seorang kawan dia ni (let's give this person a name ye, MD lah). MD telah datang bekerja di KL dan sewaktu berumur 20 tahun, bapa MD telah mencarikan jodoh untuknya. Oleh kerana berkahwin awal MD telah memulakan hidupnya lebih awal, yup, anakpun dapat awal, cucu pun dapat awal.
Hubby pulak waktu umur 20 tahun, masih lagi belajar...telah ditakdirkan tuhan, jodoh hubby memang lewat dan banyak cabaran yang terpaksa dilalui.
Saya tanya hubby, sedih tak tengok orang lain settled down lebih cepat?
Hubby jawab : "Sebenarnya cikbib, kawan saya tu sekarang ni sakit buah pinggang, agak kronik dan sekarang memang sudah tidak boleh bekerja lagi"...
Sedih aja dengar cerita kawan hubby itu, tapi macam itulah kehidupan, Allah adalah pengarahnya dan kita hanya menjadi pelakon kepada setiap arahannya. Apa-apa pun, semoga kita semua dikurniakan pengakhiran yang baik, insya allah.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Alhamdulillah kami telah pergi berjalan kaki di sekeliling tasik pagi tadi, syukur sebab kuat juga hati kami untuk pergi, maklumlah, penyakit MALAS tu memang besar sebenarnya. Kami memang cuba nak buat at least 4 kali seminggu exercise, yup, 2 kali on the treadmill dan Sabtu dan Ahad kami akan ke tasik. Kami tak nak stress, we will try slowly towards a healthier life, semoga Allah beri kekuatan kepada kami.
On makan, kami makan macam biasa, but we try to take lighter meal at night. Mungkin lepas ni kami try makan tu lebih kepada yang lebih sihat keee..bakar bakar ke, lebihkan sayur ke,,,.heee...tak senang kan, tak pe, kita cuba. Buat berdua ni, kuat lah sikit, tapi kalau seorang, memang ke laut lah.
Hmmm, hari ni rasanya nak masak juga, insya allah, lepas nih..enjoy your weekend everyone!
No comments:
Post a Comment