Hari Sabtu lagi, begitu cepat masa berlalu.
Hari ini, kami bangun, solat subuh dan pergi ke Tasik Shah Alam, berjalan kaki sikit. Selepas tu, kami pergi bersarapan, pekena pulak roti canai, balik, mandi dan keluar untuk sedikit urusan.
We were expecting guests from Ipoh this week but was only informed yesterday that they will only come next week. Hmm, no problem actually, but hubby did some marketing yesterday sebab ingatkan nak menjamu guests, nak masak lah sikit...he he.
Anyway, since dah ada bahan hubby pun minta saya masak ikan bakar sebab kami tak pergi Jalan Bellamy, he he.
Saya juga sebenarnya suka dengan menu yang suami request tu sebab rasa macam sihat kan, less oil. Saya lumur aja ikan tu dengan kunyit dan garam dan letak atas kuali magik saya, he he...kuali non stick untuk bakar ikan ke, daging burger ke.
Bakar ikan tu okay tapi saya suspense sikit waktu nak prepare kuah asamnya sebab biasanya saya guna kicap+asam limau+cabai burung+bawang+tomato. Resepi ini adalah resepi yang orang kg sebelah saya selalu guna. Tapi hubby insist nak yang macam kat kedai atau dengan kata lain, macam orang kg belah Ijok punye resepi.
Hmmm...saya pun buat la guna air asam jawa, saya ikut deria rasa saya ajalah, yup, ingat rasa kuah asam tuuuu....hehe, malas la nak google resepi. Jadi lah juga, hubby kata macam kat kedai. Tapi saya perasan yang kalau MIL yang buat, dia akan letak kerisik, tapi kat rumah saya mana ada kerisik kan.
Anyway, saya saja nak letak post ini sebab saya terasa nak letak gambar..heee, sian readers saya, saya adalah pemalas letak gambar. Gambar adalah seperti di bawah, ikan bakar, kuah asam dengan sayur tumis...semua habis, alhamdulillah.
Hubby pulak, bila dah kenyang, mengantuk lah pulakkk dan sekarang ni tengah tidur depan tv......hmmm cara hidup kami yang sihat.
Have a nice weekend everyone!
kak bib.. sedap.. saya suka saya suka.. menu simple+sihat mcm ni, tak taula sebenarnya menyihatkan ke tak, sbb kalau ida, menu mcm ni lagi ida mkn nasik banyak.. nak diet kehapanya.. ke laut...
ReplyDeleteHaaa, makan byk tu, standard. Tapi masak cmni senang sebenarnya, dapor pun bersih....he he
ReplyDelete