Thursday, February 28, 2013

Rabu, 27 Feb 2013

Sekarang ni sudah pukul 1.47 pagi waktu Malaysia...saya tertidur depan tv dalam pukul 9 tadi dan bangun semula dalam pukul 12 malam. Saya bangun untuk solat isyak dan iron baju. Esok, ada dinner pulak sempena kelas etiquette saya. Agaknya saya ni memang kurang beretika kut, that's why asyik kena hadir kelas etiquette.

Siang tadi ada dua etiquette classes. Tapi saya tak kisah sebab cikgu dia best, banyak pengalaman yang dia boleh share, jadi tidak membosankan langsung.

Petangnya pulak, saya kena pergi Pusat Kraf di Jalan Conlay. Saya memang dah tengok map dan tahu roughly macam mana nak pergi, tapi somehow, last minute, saya decided to join the others, yup, kita convoy. Tapiiiiii, convoy kat Kl kan, tengok-tengok saya sudah ditinggalkan di lampu isyarat yang pertama lagi..huaaaaa....panic lah juga saya, tapi saya terus lah rujuk balik ke map saya yang ada dalam handphone, adalah juga silap sikit, but I managed to sampai, alhamdulillah. 

Satu perubahan ketara mengenai diri saya yang saya perasan sejak saya kahwin adalah saya semacam kurang berdikari...kalau dulu, pergi mana sekalipun di KL ni, saya okay aja nak drive sendiri, sekarang ni, alahai, panic semacam aja. In fact, punya lama lah saya tak isi minyak kereta sendiri, sampai saya tak berapa pandai nak guna credit card bila bayar harga minyak tu...tak baik kan?

Oh ye, saya nak mention juga yang sekarang ni ada hari Kraf ye di Pusat Kraf. Saya tengok tengok aja tadi sebab tak sempat nak membelek sangat. Saya cuma tengok seorang Datin ni memang borong lah...main beli aja. The power of money kan, kalau bukan untuk diri sendiri, beli untuk orang lain pulak. Saya tanya orang lain, awat tak join Datin? Depa bisik bisik jawab, "Kami bukan Datin, mana mampu".

Banyak barang yang menarik dan cantik. Saya ada suka dengan satu kain batik tulisan tangan nih, tapi harga dekat RM500...mahallll dikkkkkk. Banyak perbelanjaan lain yang perlu di buat bulan ni sebab kami kena bayar insuran/road tax kereta putih. Bulan depan, kereta hitam pulak.

Lagi satu yang agak menarik adalah sewaktu saya melihat pameran yang dibuat, saya perasan yang ada barangan/product yang dikeluarkan oleh syarikat kepunyaan sepupu saya yang sama-sama dipamerkan. Tiba-tiba salah seorang participant telah berminat dengan salah satu barangan sepupu saya tu dan saya pun seperti orang lain rasa macam nak berlagak lah kan dan cerita yang saya rasa ini product sepupu saya. Orang tu pun apa lagi, cuba lah meminta saya menggunakan network saya kan...haaaa...tapi tuhan telah tolong saya, ye, dia hantar cousin saya tuh there and then. Huh, lega aku, tak yah susah susah pula nak call sepupu saya tuh.

Lepas jalan jalan kat Kraftangan, dengar penerangan sikit-sikit, minum teh o, makan kuih karipap dan sandwich, kami pun berebut balik to beat the traffic jam. Sesungguhnya saya pun tak tahu macam mana, tapi tiba tiba saya sudah berada di depan IJN...tempat yang saya lebih familiar, dan selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke Shah Alam...alhamdulillah, sampai dalam pukul 5.30.

How's my day?...okay ajaaa. Tapi something interesting may happen tomorrow tau..he he...bubaiiiiii






Tuesday, February 26, 2013

M e n a r i

Adoiii, sorry la sebab saya tidak update semalam, saya sakit kepala sikit dan penat tahap gaban. Balik rumah, saya goreng nasi, mandi, solat maghrib dan tertidur depan tv. Saya bangun pukul 3.30 pg untuk solat isyak, lepas tu iron baju dan tidur balik, heee.

Semalam dan hari ni, saya berkursus di I D F R lagi. Yang menariknya, semalam dan hari ni ada kelas tarian...haaa.....hebat tak? Kami belajar dua tarian iaitu joget dan zapin.

Mungkin anda semua akan terkejut, tapi sebenarnya saya suka menari...walaupun saya tak pandai menari he he. 

Waktu bujang dulu, setiap hari Sabtu, saya akan bangun pagi, pergi jog di Taman Tasik Perdana and usually by 8.00 am, on my way back to my car, I will join the senam robik group  pulak. Heee...saya kan pergi sorang-sorang aja jogging dulu, so, saya sorang sorang juga akan selamba aja pergi ke hadapan dan buat senamrobik tu.

Saya tak suka tempat di belakang sebab ramai sangat orang, jadi tidak boleh bergerak bebas. Saya juga tak rasa malu sebab saya tahu, semua orang sibuk dengan diri sendiri, they don't bother about how others did their move. Lagi pun saya memang macam dah tahu aja movement yang perlu dibuat...hiks, sebab dah asyik buat kan.

Senam robik tu boleh dikira tarian ke? Ye lah, sebelum ni, pengalaman saya dalam bidang tarian hanya lah yang bersifat senaman ajalah. Saya juga ada beli CD Jane Fonda dan Paula Abdul dan buat aerobics di rumah.

Tapi sesungguh aerobics dan tarian Melayu ni tak la sama sangat...he he. Tarian Melayu kenalah lemah lembut sikit kan. Tapi saya tak kisah pun, saya buat aja. Suka hati orang lah nak gelak kan saya ke apa, tapi saya enjoy aja, dan saya juga suka sebab menari Melayu ni menyebabkan saya berpeluh juga...yup...

Saya juga enjoyed myself menengok semua orang tak pandai menari, salah pusing la, yang lagi keras dari saya pun ada...seronok. Saya juga kagum melihat semangat mereka mereka yang berpangkat Kolone/Leftenan Kolonel/Komander dengan sabarnya belajar menari. There were six of them and I must say that these group of people can really dance...kagum.

Kelas akan diadakan daripada pukul 3.30 sehingga 5.30 and I tell you, by 5.30 you will be very tired already. It's a good exercise lah, kalau malas nak jog ke apa, masuk kelas menari pun boleh dijadikan alternatif lah.

Since saya sudah menari semasa kursus, saya jog 2 km aja atas treadmill saya di rumah...okay lah tu, sikit sikit.

Sampai di sini dulu guys...doakan saya sihat/kuat/ada mood untuk update lagi esok ye...good nite!


Sunday, February 24, 2013

Today's Lunch : Sunday 24 February 2013

Heee, kebetulan masak la pulak semalam dan hari ni...haaaa...ketagih la pulak nak letak dalam blog ni kan. Tapi menunya lebih kurang aja, kalau semalam saya bakar ikan, hari ni saya bakar sotong dan udang pulak. 

Tapi hari ini berbeza sikit sebab instead of kunyit dan garam, saya salut udang dan sotong saya dengan cabai kering yang sudah di blend, campur bawang putih dan bawang besar, letak belacan sikit dan garam...rasanya...tak tau lagi sebab sekarang ni tengah tunggu nasi yang tak masak lagi, he he...sila lihat gambar ye


haaa...sedang dibakar...guna non-stick kuali aja


setelah siap, saya potong potong sotong tu


menu kesuluruhan, yup, sayur tu saya masak lain sikit, saya tambah sos tiram, yang lain, semua sama. Semoga sedap dan semoga hubby suka.

Itu aja guys, selamat menjamu selera!

Hari Ahad, 24 Feb 2013

Baru baru ni hubby ada bercerita dengan saya tentang seorang kawan dia ni (let's give this person a name ye, MD lah). MD telah datang bekerja di KL dan sewaktu berumur 20 tahun, bapa MD telah mencarikan jodoh untuknya. Oleh kerana berkahwin awal MD telah memulakan hidupnya lebih awal, yup, anakpun dapat awal, cucu pun dapat awal.

Hubby pulak waktu umur 20 tahun, masih lagi belajar...telah ditakdirkan tuhan, jodoh hubby memang lewat dan banyak cabaran yang terpaksa dilalui.

Saya tanya hubby, sedih tak tengok orang lain settled down lebih cepat?

Hubby jawab : "Sebenarnya cikbib, kawan saya tu sekarang ni sakit buah pinggang, agak kronik dan sekarang memang sudah tidak boleh bekerja lagi"...

Sedih aja dengar cerita kawan hubby itu, tapi macam itulah kehidupan, Allah adalah pengarahnya dan kita hanya menjadi pelakon kepada setiap arahannya. Apa-apa pun, semoga kita semua dikurniakan pengakhiran yang baik, insya allah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Alhamdulillah kami telah pergi berjalan kaki di sekeliling tasik pagi tadi, syukur sebab kuat juga hati kami untuk pergi, maklumlah, penyakit MALAS tu memang besar sebenarnya. Kami memang cuba nak buat at least 4 kali seminggu exercise, yup, 2 kali on the treadmill dan Sabtu dan Ahad kami akan ke tasik. Kami tak nak stress, we will try slowly towards a healthier life, semoga Allah beri kekuatan kepada kami.

On makan, kami makan macam biasa, but we try to take lighter meal at night. Mungkin lepas ni kami try makan tu lebih kepada yang lebih sihat keee..bakar bakar ke, lebihkan sayur ke,,,.heee...tak senang kan, tak pe, kita cuba. Buat berdua ni, kuat lah sikit, tapi kalau seorang, memang ke laut lah.

Hmmm, hari ni rasanya nak masak juga, insya allah, lepas nih..enjoy your weekend everyone!

Saturday, February 23, 2013

Hari Sabtu Lagi, 23 Feb 2013

Hari Sabtu lagi, begitu cepat masa berlalu. 

Hari ini, kami bangun, solat subuh dan pergi ke Tasik Shah Alam, berjalan kaki sikit. Selepas tu, kami pergi bersarapan, pekena pulak roti canai, balik, mandi dan keluar untuk sedikit urusan. 

We were expecting guests from Ipoh this week but was only informed yesterday that they will only come next week. Hmm, no problem actually, but hubby did some marketing yesterday sebab ingatkan nak menjamu guests, nak masak lah sikit...he he.

Anyway, since dah ada bahan hubby pun minta saya masak ikan bakar sebab kami tak pergi Jalan Bellamy, he he.

Saya juga sebenarnya suka dengan menu yang suami request tu sebab rasa macam sihat kan, less oil. Saya lumur aja ikan tu dengan kunyit dan garam dan letak atas kuali magik saya, he he...kuali non stick untuk bakar ikan ke, daging burger ke. 

Bakar ikan tu okay tapi saya suspense sikit waktu nak prepare kuah asamnya sebab biasanya saya guna kicap+asam limau+cabai burung+bawang+tomato. Resepi ini adalah resepi yang orang kg sebelah saya selalu guna. Tapi hubby insist nak yang macam kat kedai atau dengan kata lain, macam orang kg belah Ijok punye resepi.

Hmmm...saya pun buat la guna air asam jawa, saya ikut deria rasa saya ajalah, yup, ingat rasa kuah asam tuuuu....hehe, malas la nak google resepi.  Jadi lah juga, hubby kata macam kat kedai. Tapi saya perasan yang kalau MIL yang buat, dia akan letak kerisik, tapi kat rumah saya mana ada kerisik kan. 

Anyway, saya saja nak letak post ini sebab saya terasa nak letak gambar..heee, sian readers saya, saya adalah pemalas letak gambar. Gambar adalah seperti di bawah, ikan bakar, kuah asam dengan sayur tumis...semua habis, alhamdulillah. 

Hubby pulak, bila dah kenyang, mengantuk lah pulakkk dan sekarang ni tengah tidur depan tv......hmmm cara hidup kami yang sihat.



Have a nice weekend everyone!

Thursday, February 21, 2013

Saya Dan C H E D E T (CD)

Saya ada hadir ke satu perhimpunan yang dipanggil .....lupa la pulak, tapi rasanya bunyi macam "Exclusive Talk with Tun Mahathir" kut.

Kenapa saya pergi?  Ha ha ha, saja..ye lah, dia kan sudah jadi PM sejak saya berumur 6 tahun, jadi, dia adalah PM sejak saya kenal dunia sampailah saya dewasa, so, whether I like it or not, he must have some impact with my life lah kan.

Just for the record, the event was held on 7 February, at LPP's new building...Dewan apa ntah, malas nak google.

Apa yang saya boleh rumuskan?

1. Mantan PM ni sihat, bila dia berjalan, dia nampak ringan, bila dia naik tangga pun, macam tak de masalah lutut langsung. Semua orang tahu fasal rahsia Tun menjaga kesihatan kan, tapi saya kagum sebab dia sudah maintain berat badan 60 kg for more than 30 years...

2. Aura : hmmm...tak tahu nak cakap lah...tak la rasa sangat. Saya pernah rasa aura yang lebih hebat waktu saya menghadiri satu ceramah yang dibuat oleh Presiden Persatuan Ulamak Malaysia waktu saya belajar dulu, melihat dia dari jauh membuat saya faham maksud perkataan Aura tu...mungkin saya terlalu mengharap waktu pergi untuk melihat CD ni, jadi anti climax kut...

3. Tapi dia memang pandai dan memikat bila bercakap dan saya enjoy aja bila mendengar. Teringat balik di mana, waktu Tun was still the president of UMNO, saya akan tunggu juga dia punya ucapan penutup sebab macam best nak dengar..walaupun kadang kala kita question aja yang dia cakap tu kan...tapi listening to him talking was like listening to orang-orang tua lah...kan menarik

4. Tak banyak benda baru yang saya dapat sebab banyak fakta yang memang kita dah tahu kan melalai pembacaan dan lain-lain, macam over exposed pulak kan...

5. Yang datang tu memang ramai yang pro parti U M N O 200% kan, soooo, agaknya macam tu lah kalau kita hadir persidangan UMNO kan, ha ha ha, nasib baik yang perempuannya tak pakai baju merah dan putih. Saya tak pernah hadirpun, cuma pernah lah sekali pergi berjalan tengok jualan yang dibuat kan, lepas tu tobat tak nak pergi sebab orang ramai sangat. 

6. Ada breakfast, so saya tak laparlah, ha ha ha

Conclusion?

CD memang tak suka Pak Lah la although he mentioned in a very subtle punye cara. Dia pandai, dia mention benda tu secara cute aja, dia cakap "saya memang banyak buat salah la, banyak pilih orang yang salah la..." haa, macam tu. Agaknya ada tak orang UMNO yang pro Pak Lah yang kecik hati ha? ntah laaa. ..ha ha ha...itu ajalah yang saya boleh conclude kut. Tapi kita bolehla ikut CD dalam cara dia menjaga kesihatan, minat dia untuk membaca dan cara dia bercakap dengan lembut tu kan, dan tidak menjerit-jerit. Itu ajalah kut...gnite everyone






Tuesday, February 19, 2013

Mengelat

Hmm, saya dah nak tidur ni, but hubby insist that I should write something, even if it is a short one..

Hari ni saya rasa lebih sihat, lebih tenang...heh...sempat jog atas my treadmill sejauh 3.2 km..huh, poloh poloh, sempat juga masukkan baju ke dalam washing machine, tapi plan nak pura-pura buat tidur dan pesan kat hubby "Shuk, kalau saya tertidur tolong jemurkan kain dalam washing machine ye"...hiks....

Tapi ada kawan saya dalam facebook cakap, tak pe minta tolong dari suami, dengan syarat, cakap lembut-lembut dan selaaaaaalu ucap terima kasih. Nanti saya akan ucap "terima kasih"  banyak-banyak kali yeee...no prob...hu hu hu

Nak tahu tak, semalam, waktu saya hadiri kursus di Jalan Wisma Putra tu kan, saya ada bersembang dengan isteri seorang pegawai tinggi askar ni kan...heee, bukan apa, saya nampak dia punya handbag, yup, dia pakai  Tods la plak...hmmmm...saya pulak pakai handbag purple yang saya beli kat Tokyo tuh, huh, harganya RM100 ajapun. Tak pa, nanti saya nak pakai my LV dari Guangzhou tu lah...haaaa...tengok laaa kalau rajin nak tukar handbag esok pulak sebab saya dah mengantuk dah ni....ha ha ha, as if I care lah kan...saja je nak citer.

Bila saya nak balik pulak, saya tengok kat bawah ada 3 buah kereta dengan driver menunggu...huh...saya pulak, berjalan lah ke kereta Pesona saya dan drive sendiri. Alhamdulillah sebab saya mampu beli kereta sendiri dan sihat untuk drive kereta. 

Another friend of mine has fallen sick again. She has been on MC on and off these few weeks that I am becoming a little bit worried. No doubt she has been working very very hard...yup, she worked during weekends...but I guess the body is now complaining and really needs some rest.

Lagi satu, just for the record, I was a little bit disturbed by what I read in one of the blog written by someone I really care. I dare not give my opinion since I was never referred to. I am not good in giving advice anyway, so I guess what I think is not important.

But to this person, whatever the decision that you are going to make, make sure you do consider both, your happiness and your survival. And if you are confused, pray. Ask Allah to show you the right decision.

And as for me, I am still struggling....but insya allah, I will survive....

and now is time to pretend that you are so sleepy and must retire immediately...good nite everyone


Monday, February 18, 2013

Hari Ini...18 Feb 2013

Hari ini saya perlu menghadiri kursus. Tempat berkursus adalah di Jalan Wisma Putra, bersebelah dengan Jalan Dewan Bahasa. 

Dek sebab tak pernah pergi tempat tu sebelum ni, hubby telah dengan baiknya membawa saya pergi recce tempat tu last Saturday. Sesudah selesai, haaa, sebab tempat tu dah dekat sangat dengan jalan Bellamy, kami pun singgah juga lah makan ikan bakar dan sotong bakar di belakang istana tuh...infact, hubby untuk kesekian kalinya mencadangkan supaya kami menjadikan aktiviti makan ikan bakar tu sebagai aktiviti mingguan, he he he.

Anyway, berkat sudah recce tempat tu terlebih dahulu, saya telah sampai dengan selamatnya pagi tadi. Tempat park pun banyak, alhamdulillah. 

Walau bagaimanapun, saya tak pasti kenapa, tapi saya sangat nervous lah. Rasa menggeletar seluruh badan...huh. Mungkin sebab saya period dan lupa nak amik EPO kut. Tapi sesungguhnya saya memang penakut, nampak dari luar aja macho, kat dalam hati, haaa, kecikkk aja dikkkkkk.

Kursus tu okay lah juga sebab saya tak ngantuk sangat, alhamdulillah. Hampir kesemua orang lain hadir dengan 'spouse' kecuali saya, kawan saya dan orang lain yang bujang, he he. Saya dapat duduk bersebelahan dengan officer dari Wisma Putra ni, best juga sebab boleh dibawa merewang sikit-sikit...

Yang paling bestnya, kursus habis awal...adoiiiiii...mana pernah saya balik sebelum pukul 4.00.  Sampai rumah pukul 4.30 petang...ingatkan nak jog on the treadmill, malangnya penat lah. Saya tertidur sampai rasa tak nak bangun.

Anyway, hubby telah paksa saya bangun sebelum maghrib. Saya pun bangun, mandi and felt better. Kami tak keluar dinner malam ni tapi kami panaskan lauk semalam dan kongsi makan nasi lebih semalam juga, hikksss...

Kami memang nak kurangkan makan malam, so kira okay lah tu. Tapi lepas tu kami sambung juga makan semekut cicah dalam ayaq teh.

Sekarangggg...kami tengah lepak dan bertenang, he he he...may all of us have a good week ahead ye...bubaiiiii

Sunday, February 17, 2013

Menganyam Ketupat

Hubby bising suruh saya update blog ni...saya nak update, tapi tak tahu nak cerita fasal apa.

Mari bercakap fasal sesuatu yang lebih 'fun' kan...mariiiii...mengumpat...kah kah kah

Mengumpat dah la tak baik kan, menggalakkan orang lain mengumpat bersama kita lagi lah tak baik.

Tapi saya, kalau jumpa kakak saya especially yang duduk Shah Alam tuh, haaa, hebat juga menganyam ketupat ni. Kami selalunya bercakap fasal blog orang lain, atau blogger yang menulis blog tuh, atau artis lah...haaa

Kalau balik kg, haaa, kami semua melekat kat meja makan, haa, lepas satu satu gossip. Makan pun tak henti henti lah...ye lah, duduk dapur kan.

Saya dengan suami pulak, bukanlah mengumpat, tapi setiap kali balik kerja, saya selalu buat report tentang apa yang terjadi di office...hikss, somehow, mestilah tambah perasa juga kan.

Tapi saya perasan saya banyak mengumpat lah sekarang, especially tentang seseorang ni. Saya rasa banyak lah pahala saya yang telah pergi dekat dia, hmmm, sia sia aja kan...saya kena belajar stop lah.

okay lah itu aja dulu...nak tengok tv...bubaiiii


Saturday, February 16, 2013

Afraid of Changes?

Semua orang ada "comfort zone" sendiri kan? And it is only normal for us to fear changes because we are not sure of the future, we feel insecure, we are not sure whether we can get through the obstacles that we are going to face.

Saya pun macam tu juga, especially when I was younger. Saya takut dengan semua benda. Takut nak jumpa orang termasuk sedara mara...haaa, teruk kan? Yang itu berlaku sebab saya tak de self confidence.

Saya juga ingat yang waktu nak masuk ke ITM, saya doa semoga saya tak masuk ITM Shah Alam, saya rasa ITM Shah Alam tu macam 'urban' sangat. Saya kan orang Chemor, a small town which is located approximately 10 miles from Ipoh town...kg tau.

Tapi bila saya masuk, saya okay aja, survived.

Lepas tu, saya masuk era cari kerja. Haaaa, saya pun tak tahu lah dari mana saya dapat kekuatan tu, tapi ada banyak interview yang saya pergi. Hmmm...berusaha keras. Dalam waktu yang sama, saya memang solat hajat hari-hari tau sebelum saya dapat kerja tetap...saya memang berusaha keras, maklumlah, saya bukan dari keluarga yang senang, saya perlu ada kerja untuk menjaga diri sendiri dan contribute to the family.

Dapat kerja di M I D A, saya takut juga, takut sangat sebenarnya sebab saya tengok D G saya waktu tu menakutkan betul. Ha ha ha. Minister saya waktu tu pun, adoiiiii.

Saya juga tengok orang lain kat office pun macam pandai-pandai aja, waktu tu saya rasa saya lah yang paling bodoh. Silap betul saya waktu tu. Saya sepatutnya sedar, semua orang pun, pernah bodoh kan? Pernah baru mula kerja. So...I should just excepted that and relax. Everybody has to go through that phase kan?

Saya rasa saya selalu nak jadi bagus sangat la waktu tu walau pun sebenarnya saya tak bagus sangat. Sepatutnya saya mencuba yang terbaik, dan jadi lebih 'realistik'. Yup, jangan cuba mencapai lebih dari apa yang anda mampu.

Tapi somehow, I got through everything, alhamdulillah. Dan saya suka belajar dari orang sekeliling. Benda yang tak baik, saya cuba tak buat, benda yang baik, saya cuba amalkan...as simple as that.

Dan selepas berada di M I D A dalam 12 tahun, saya sekali lagi mengharungi satu 'perubahan' apabila di pindahkan ke Bhg Baru. Takut, tapi I have made it through. Sehingga sekarang ni saya rasa letak la saya kat mana pun, okay aja, insya allah,  I will survive.

BUT, I foresee another huge change soon, maybe. And this one is going to be a big 'challenge' for me. I am afraid that I may not be able to deliver. Please pray that I'll be okay...have a good weekend everyone!



Tuesday, February 12, 2013

Bau Wangi & Handbag

Ingat tak kami balik untuk celebrate harijadi emak saya minggu lepas? Waktu kami sampai di rumah kami semula dan masuk ke rumah, ada bau busuk yang menusuk di seluruh rumah. Rupa-rupanya kami lupa untuk membuang sampah. Adoiiiii...kalau mak saya tahu saya tak buang sampah sebelum meninggalkan rumah dua tiga hari...haaa, masak saya.

Tapi semalam, bila saya masuk ke dalam rumah, bau rumah saya wangi sangat. Memang lah kami ada air freshener yang biasa tu, tapi saya perasan bau yang ni sangat lah wangi. Saya pun mula pelik, tengok sana sini kut ada botol minyak wangi yang pecah ke...tapi akhirnya saya sudah tahu rahsianya, iye, hubby telah pasang perfume stick yang saya dapat waktu beli handbag baru-baru ni.Gambar adalah seperti di bawah :


Oh ye, saya pun belum lagi share gambar handbag yang saya baru beli tu kan? haaaa...seperti di bawah. Belum pakai lagi pun, nak pakai lah lepas ini insya allah...gambar adalah seperti di bawah...


he he...itu aja...

Semalam, 11 Feb 2013

Sekarang ni sudah pukul 8.00 pagi, hari Selasa, 12 Feb 2013.

Pagi tadi, saya bangun solat subuh, lepas tu kejutkan hubby, lepas tu tengok facebook, lepas tu blog hop and now decided to update this blog. Sian blog ni, dah berabuk tak berusik. Saya malas nak tidur balik sebab kalau saya tidur balik, alamatlah saya tak leh bangun, rugi pulak kan kalau cuti di habiskan dengan tidur aja.

Anyway, kami baru sampai dari Penang semalam. Ada family day untuk keluarga belah hubby.

Kami bertolak keluar dari Hotel dalam jam 2.00 petang and decided to stop by at Chowrasta to buy some jeruk buah for Mekyah and also myself lah. Kami beli di kedai Pak Ali yang terletak next to Chowrasta.

Saya ingat lah sikit sikit lokasi pasar ni sebab waktu kami pergi Penang last December, saya nampak Chowrasta ni waktu kami pusing pusing cari tempat makan. Hubby decided to park at the parking lot opposite Line Clear and kami nampak orang ramaiiiiiiiii beratur depan line clear tuh. Adoiiiii.





Tak pe, kami memang tak bercadang nak pergi line clear pun, kami nak pergi makan kat Kapitan. So, kamipun proceed ke kedai Pak Ali dan beli jeruk. Lepas beli jeruk, saya pergi beli vadei di tepi jalan, sebab bau nya sedap sangat kan...heeee...memang sedap pun.

Selepas beli jeruk, kami pun cari Kapitan pulak. Hmmmm, telefon hubby pulak battery low, tak leh guna GPS. Akhirnya saya suruh anak sedara Shuk pergi tanya orang jual vadei tu how to get to Kapitan Restaurant. Hmmmm, dapatlah petunjuk and hubby decided that we walked to Kapitan.

I don't mind walking if we were in a colder weather, but we were in Penang and it was very hot...ha ha. Anyway, keep a positive mind lah kan, so we walked between the shop lots and it was quite fun . Kami juga sudah jumpa kedai nasi Kandar Hameedia...terkenal juga kan kedai tuh

But then, sebelum sampai ke Kapitan kami telah jumpa satu kedai lain next to Masjid Kapitan Keling tu, next to kedai nasi Kandar Beratur juga. Nampak bersih sikit dari line clear, ha ha ha ha..hubby decided to have lunch there.

Yup, saya berebut tempat duduk dan hubby and anak sedara dia Adam pi beratoq.



heee, kedai ni namanya...tak tau, tak de nama. Ada orang kata, kedai nasi kandaq yang paling sedap di Penang adalah kedai nasi kandaq beratur, tapi kedai ni hanya buka selepas pukul 10.00 malam. So, siapa-siapa yang nak perut lebih buncit, boleh lah amalkan makan pukul 10 malam nasi kandaq, pastu tidur....

Anyway, Shuk amik kan saya lauk ayam goreng, tapi untuk diri dia, dia amik dua ekor udang besar ...huh.. dimanakah keadilaan.

Lepas makan kami jalan balik ke kereta dan kami tengok keadaan di Line Clear masih beratur panjang. Haih, kayalah owner Line Clear ni.

Masuk dalam kereta, tak sampai setengah jam, saya sudah lena...reason?...panas. Saya kalau panas memanglah tak tahan.

Alhamdulillah hubby sihat untuk memandu, hiks, dah pekena nasi kandaq kan, dia pun dapat super power lah.

Lagi pun, dekat Sinar FM ada Abby Fana kan, hubby saya ni, kalau ada Abby Fana waktu drive, dia akan jadi terlebih happy sikit...ha ha.

Kami stop di RnR Kuale untuk solat. Lepas tu singgah pulak di Shah Alam untuk jamak Maghrib dan Isyak. Lepas tu kami dinner di....Putra Heights rasanya sebelum menghantar anak sedara Shuk ke rumah sewanya.

Balik rumah, sewaktu saya sedang membuka gate kereta, jiran depan rumah kami telah datang dan memberitahu yang rumah dia sekali lagi telah dimasuki pencuri. Habis dalam 10 K.

Hmmm, ini sudah kali ke 2 rumah jirannya dimasuki pencuri, cabaran untuk Encik Naza dan family. Walau bagaimanapun, saya tengok, selepas dimasuki pencuri dalam dua tahun yang lepas, jiran saya ni semakin kaya, ye lah, jumlah kereta pun telah bertambah-tambah sebab business semakin bagus. Hmmm, mungkin adalah sedikit pensucian harta berlaku kut. Insya allah, akan ada rezeki yang lebih baik sudah Allah sediakan pada masa depan...tenang kan jiwa kita dan yakin lah dengan kerja Allah.

Lepas balik, saya mandi dan terus bentang lembek depan tv. Hubby saya pulak, berkat makan nasi kandar tuh, telah terus bersemangat untuk memasang lampu yang kami menangi dalam cabutan lucky draw....lampu seperti di bawah:



Hiks, kami telah menang hadiah pertama lucky draw Family Day kami..hiks, saya terlompat gembira dapat lampu nih. Kami sebenarnya memang ada plan nak beli lampu untuk diletakkan di tepi katil, tapi kami membayangkan yang di atas meja dan ada payung lah kan, seperti yang kat hotel tuh. Tapi dapat yang macam ni okay juga, alhamdulillah...ada macam lampu mak saya kat kg sikit kut.

And no, this is not where we plan to put this lamp, don't worry. Kami letak di sini dulu sebab tak larat nak angkat ke atas semalam.

Lepas tengok lampu tu pasang semalam, saya dah tak sedar apa-apa...saya hanya terjaga dalam pukul 5.30 pagi...

Okay lah...enjoy your last day break everyone!




Friday, February 8, 2013

pot pot pet pet

Yeow, selamat berhari Jumaat. Hari ini hujan turun dengan lebatnya..hujan berkat insya allah.
 
Bercakap mengenai berkat, saya teringat di waktu saya muda dan sangat kurang ilmu dan pengetahuan mengenai kehidupan dan apa bendanya berkat ni. Saya belajarpun major in Statistics kan, jadi semua perkara saya guna ilmu hisab, semuanya juga jelas, seperti hitam dan putih, saya ni memang kurang ciri ciri kemanusiaan sikit.
 
Kawan-kawan yang baik dengan saya panggil saya kedekut ataupun berkira. Yup, saya sangat berjimat dan berhati-hati dalam berbelanja. Saya katakan begini sebab saya waktu itu sudahpun menjawat jawatan pegawai dalam Kerajaan, dan sesetengah orang yang gajinya lebih rendah daripada saya pun berbelanja dengan lebih senang dari saya.
 
Saya ingat lagi pada satu masa, di mana saya ingin membeli handphone pertama saya, saya siap kira betul-betul mengenai bil yang mungkin saya perlu bayar nanti dan saya siap bertanya kepada seorang pegawai yang lebih muda daripada saya mengenai penggunaan handphone ni dan dia dengan senangnya menjawab," alah cikbib, saya dah lama guna handphone ni, tak mati pun lagi", and I was likeeee..HUH..
 
Saya juga kurang mendalami mengenai apa itu berkat juga betapa pentingnya kita redha dengan rezeki Allah.  Oleh sebab kurangnya penghayatan itulah saya jadi sedikit (banyak sebenarnya) berhati-hati bila berbelanja dan agak selalu risau. Saya tak tahu yang sepatutnya saya perlu loosen up a bit...tapi bukanlah boros.
 
Mungkin dalam terlampau berkira tu, saya juga banyak melukakan hati orang lain? Yang pastinya saya tak bermaksud, really, and I would like to say I'm sorry.
 
Tapi satu perkara yang baiknya mengenai saya adalah saya cuba untuk tidak menyusahkan orang lain (waktu saya sedarlah...yang saya buat waktu tak sedar tuuuu, sorry lah).
 
Waktu saya mula-mula grad, saya memang tak de duit nak beli kasut yang elok sikit ke, nak beli baju yang elok sikit ke, saya berbelanja semampunya dan tidak sekali-kali berhutang. Sebenarnya mak saya telah menyerahkan kad ATMnya kepada saya waktu tu, tapi  saya berlagak lah pulak kan, tak kan dah kerja, nak guna duit emak kita juga.
 
Sebenarnya kalau saya mahu, saya boleh aja minta sikit-sikit duit dari kakak/abang...tapi saya tak pernah buat lagi, alhamdulillah.
 
Dan lagi satu, dalam kedekut saya, saya tetap allocate sedikit duit untuk mak saya...without fail. Dan dalam geram-geram dengan mak saya bila dia jadi lagi berkira dari saya, tidak pernah lah saya biarkan emak saya bayar apa-apa pun sendiri, kecuali lah sekiranya berlaku tanpa sedar saya...insya allah yang ni kami adik beradik akan cuba maintain yang ni.
 
Saya rasa anak sedara saya pun, okay lah juga. Heee, waktu pergi Penang baru ni, anak sedara yang tumpang saya tu, ada lah bagi duit kat opahnya, and you know what, the opah was soooo excited. Macam terlompat-lompat mak saya cakap dekat saya "Pijah bagi mak duit "...heeeee.
 
Saya tumpang happy waktu tu sebab saya yakin bahawa perbuatan memberi duit kepada ibu/bapa, tok/opah/nenek akan membawa keberkatan kepada kehidupan kita. Saya yakin doa mak saya untuk cucu dia akan bertambah-tambah selepas itu dan saya sangat yakin bahawa doa orang tua kita adalah makbul.
 
Anak sedara saya ada juga bagi duit kat saya lepas tu, ye lah, dia kononnya naik kereta saya kan, kena lah kongsi sikit bayar tol ke, bayar minyak ke. Yang dia tidak tahu adalah cikbib dia sebenarnya adalah orang kaya...yaaaa...orang kaya..ha ha ha.That is beside the point lah kan, but I am thankful that my niece was sensitive enough. Yup, tak kisahlah makcik dia kaya ke, miskin ke, tapi ringankan lah tangan untuk memberi, kerana ia akan memberi keberkatan kepada diri sendiri. Dan sebenarnya saya terharu sangat pun waktu dia bagi duit tuh....tergenang ayaq mata den.
 
Saya pun lembap juga sebenarnya sebab sebelum ni saya tak pernah pun bagi duit kat Mak Mertua saya, sebaliknya, Mak Mertua saya pulak yang ada bagi duit kat saya. Bukan apa, selalunya, suami saya lah yang bagi. Tapiii, last year, kebetulan saya yang bagi, bukan hubby, and somehowww, saya dapat rasakan yang mak mertua saya tu happy sangat, muka dia macam light up tau..hadoiii, sampai saya rasa sangat berbaloi.
 
Lagi satu sebab saya nak bagi duit kat Mak Mertua saya adalah sebab dia ada doakan semoga satu hari nanti, saya akan mampu beli kereta Toyata Camry, macam jiran kakak ipar saya yang duduk di Bukit Mertajam...miahaaaaaa
 
Laaa...saya nak cerita apa ni? Entah la. Saya cuma nak cakap, saya bersyukur sebab tuhan bukakan hati saya untuk belajar dan cuba memperbaiki diri. Saya tahu saya dulu perangainya teruk, sekarang pun teruk juga sebenarnya, tapi ada perkara yang saya baru tahu, dan saya nak share. Itu aja.
 
Pasal berkat ni, pada yang bergaji kecil sekali pun, jangan terlampau risau untuk memberi lebih-lebih lagi kepada mak/ayah kita, kerana rezeki tu dari Allah. Sesungguhnya di dalam setiap rezeki yang kita dapat tu, ada bahagian emak kita, saudara-mara kita..dll. Kalau mampu sikit, bagi lah sikit, tapi jangan lupa memberi sebab memang berkat.
 
Lagi satu, elakkan berhutang, dan kalau terpaksa berhutang, berusahalah untuk settle kan cepat. Jangan buat orang marah, takut dia doakan ntah apa-apa pulak kat kita, tak senang hidup.
 
Lagi satu, berbelanjalah ikut keperluan dan kepentingan. Kalau ikut nafsu, memang banyak sangat benda yang kita nak di dunia ni. Prioritize. Jangan lah beli Tag-Heuer kalau mampu beli jam Casio aja. Janganlah sebab teringin nak beli Lotus Samsung Notes II, dua tahun kita tak bagi duit dekat mak kita, itu dah salah perancangan tu...salah meletakkan priority.
 
Lagi satu, jangan risau lah yang kita ni terkebelakang ke apa sebab saya tengok budak-budak yang bawak laptop la apa la ke kedai mamak tu, bukannya buat apa pun, setakat tengok facebook, main game. Saya lagi la, asyik main bola. Bukan buat research ke, apa ke...so, jangan lah rasa ketinggalan sangat kalau tak de gajet...yang penting, kita pandai menguruskan duit kita, telefon kita mungkin tak canggih, tapi top up sentiasa ada....kereta kita sederhana, tapi bila isi minyak , tak la isi RM10 aja...kita pakai purse yang di beli kat KL Sentral aja, tapi duit sentiasa ada insya allah, daripada pakai LV, tapi duit ilek...
 
 
Okay...letih la saya pot pet hari nih...byeee



Sunday, February 3, 2013

Happy Birthday Opah - 2/2/2013


My mother turned 79 last Saturday. We went back to celebrate. My abang Hab was supposed to lead the celebration, but somehow he was not well and cancelled his journey back to Chemor. My sister Mekyah managed to come back on Saturday...yay...so, kami tiga beradik perempuan ajalah yang available hari tu, alhamdulillah.

Saya dengan Shuk bawa mak pergi Kuale paginya, Yup, kami jalan-jalan sikit, mak beli barang sikit-sikit dan lepas tu kami pergi makan di tepi Sungai Perak tu. Sebenarnya, yang beriya-iya nak pergi makan tu adalah hubby and I. My mother simply kept quite, so we were not sure whether she enjoyed the food or not.

I left hubby to settle on the menu, yup, tempat dia kan. Saya tahu dia akan ambil ikan bakar satu, tapi dia ambil yang kecil pulak kali ni, saya pelik, tapi hubby telah bagi tahu lepas tu yang dia takut nak ambil ikan besar, takut mak marah, ha ha ha, he understands my mother already...ha ha ha. Pernah sekali tu, kami ambil ikan besar yang mahal sikit, mak saya tak puas hati betul walaupun kami berdua tak kisah.

Okay, back to the menu last Saturday, Shuk ambil ikan bakar, namanya ikan Tenggalan....ikan sungai dari sungai, bukan yang ternak, banyak tulang, tapi sedap. Shuk juga amik kari (biasalah kan, peminat kari), juga masak tempoyak ikan patin. Fuh, marvellous lah, lain kali nak pergi lagi, sedappppp.

Total harga : RM28.00....alhamdulillah

Gambar di bawah : Shuk dengan mak makan.


Balik dari Kuale, kami solat dan berehat. Shuk dan mak saya tidur sampai pukul 4.30 petang. Lepas tu kita orang bersiap untuk ke Ipoh. Objektifnya ada dua, satu untuk visit Angah yang tidak berapa sihat, dan juga untuk celebrate bday Opah.

Angah saya adalah abang kepada emak saya. Umur angah sudah 81 tahun. Dia sebenarnya sihat, tapi baru-baru ni dia telah terjatuh sewaktu mahu turun daripada basikal. Being berumur, tulang dia mungkin retak sikit dan susah sikit nak recover. Saya doakan semoga dia cepat sembuh, insya allah.

Lepas tu, kami pergi ke rumah kakak di Pekan Razaki Ipoh. Yuppp, for the birthday celebration.

Kami decided to celebrate at home aja, yup, malas nak keluar. Kakak dan bala tentera pun bekerja lah, yup, beli mee rebus lah juga sate. Mek Yah bawa rojak Karim all the way from Shah Alam. Kakak juga ada masak rendang hijau yang sedap.

Okay, sila lihat photo ye....


dari kiri, sate ayam, dalam plastik tu mee rebus bonda, rendang hijau ayam dan rojak karim...banyaknya makanan...


Ini dengan cucu-cucu yang hadir hari tu...lima orang aja, tapi cukup meriah sebab ada tiga orang budak yang sangat meriah tu, gelak berdekah-dekah



Kami tiga beradik perempuan...kakak, mekyah dan saya


dengan dua orang menantu yang hadir malam tu, abang hatta in yellow and my tok bomoh. Abang Hatta tolong baca doa malam tu, alhamdulillah


cake cutting..ini adalah kali ke 3 opah celebrate with cake rasa nya...


yeow, birthday present


heeee, opah senyum, nampak happy kan? yup, opah dapat handbag Coach, sila guna ye opah, bolehlah ganti beg Gucci tiruan yang saya belikan di Guangzhou tu, sobssss!


Alamak, gegarrr pulak gambar, tapi kakak telah belikan flask ni, rasanya benda ni sangatlah mak saya perlukan..sangat praktikal.

Kami sembang-sembang lepas tu, rasa nak sembang lama, tapi sian tengok mekyah yang sudah letih sebab travel dalam panas from Shah Alam sebab aircond kereta sudah tidak function pulak.

Kami balik Chemor lepas tu, mandi dan retire...

Happy Birthday Opah, semoga panjang umur, sihat selalu, murah rezeki dan dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat.






Friday, February 1, 2013

Happy Friday

Brppp, alhamdulillah. Saya baru habis makan tengahari seorang diri tadi sebab hubby tiba-tiba tukar fikiran nak makan lepas Jumaat pulak. Tapi dia suruh saya makan dulu, dan dia duduk juga sembang-sembang, tapi tak makan.

Tahu tak menu apa hari ni? Heee, ingat tak sambul tumis ikan bilis yang saya masak hari Isnin lepas? Haaa, ada lagi, simpan dalam peti ais. Saya pun panas kan sambal ikan bilis tu, lepas tu buat telur dadar dan potong timun. Yup, complete meal dah tu, ada carbo, protein dan sayur.

Saya sedaya upaya akan cuba untuk mengadakan portion sayur untuk makan, sekurang-kurangnya ulam timun, kalau tak, rasa tak berapa lengkap. Mungkin sebab emak saya memang melatih/menyuruh saya makan sayur sejak kecik kut, jadi, sudah terbiasa.

Tahu tak kenapa tumis ikan bilis saya tu tak habis? he he, as if you all care sangat lah kan...adoiii. Anyway, on Tuesday, hubby finally managed to squeeze his time and went to the market and bought some crabs and fishes. Haaa, due to that, sharp 5.30, hari Selasa 29 January 2013, I ran out of the office and managed to arrived home at 6.40. Lepas tu, apa lagi, singsing tangan lah saya.

Yup, on Tuesday, saya masak lemak ketam, goreng ikan temenung, sambal belacan/ikan bilis dan timung lagi. Tapi hubby memang lah bersemangat makan, dan saya sangatlah puas hati/happy, alhamdulillah. Lauk tu juga tahan sampai semalam, hari Khamis..he he. Mula-mula, saya sudah risau tak habis, so semalam waktu balik kerja, saya pun tanya hubby , "Kita makan kat rumah ye? nasi ada tak?"

hubby terus jawab "lauk tak de la.."

Heeee, rupanya hubby dah habiskan. Dia siap makan untuk hari Rabu ..haaaaa, hari yang saya balik lambat dan terus tertidur di depan tv tu. Hari Khamis pun dia managed to makan lagi for lunch...sampai habis, alhamdulillah

Hmmm...suka la, rasa berkat kalau masak sendiri, walaupun simple.

Hait, rasanya post saya kali ini memang akan bercerita fasal apa yang hubby dan saya makan ajalah...ha ha. Sorry lah, tak de gambarkan...malas.

Saya juga ada visit blog peej burhan tadi and I found out that dia pun ada siapkan menu yang hampir sama untuk hubby dia. Yup, dia buat sambal tumis ikan bilis dan telur dadar gak...minus the timung...

Okay lah, itu aja dulu, happy Friday everyone!