Sunday, June 10, 2012

Ganu Pulok - Day 1

Haaaa, balik dari Bali hari khamis (31/5), cuti pada 1/6, seterusnya pergi Ganu pada 3 June 2012...inilah yang dinamakan sakan berjalan.

Walau bagaimanapun, mestilah ada sebab kan semua ini berlaku, yeah, saya perlu ambil cuti awal minggu sebab Sham nak amik cuti pada akhir minggu...undang undang nya, mesti ada seorang antara saya dan Sham di ofis, kalu tidak kalu, boss tidak bagi cuti...hmmm, fair lah tu.

Lagi satu, ini adalah antara janji saya dengan mak saya, dan mak saya ni hampir setiap bulan balik kampung dia akan tanya, bila nak gi Ganu, huk aloh, susoh sungguh nak jawab kan..so, kami pun bawak ajalah.

Kami bertolak dari Shah Alam dalam pukul 8.00 pagi, bfast dan terus bergerak dalam pukul 8.30 pagi. Tiba tiba kami tersinggah pulak di Gambang Pahang...ha ha ha, pergi rumah orang kahwin pulak... kami selalu camtu, main singgah singgah aja kat mana yang kami nak.

Sebenarnya kami telah singgah di Hentian Gambang dan telefon abang ipar saya, Abang Hatta. Tiba tiba Abang Hatta ajak kami join pergi rumah pengantin lelaki...ha ha ha, pergi ajalah.

Haaa, pasangan pengantin, anak sedara abang hatta/kakak, adalah yang perempuan tu

one for the camera, Shuk amik

ada upacara mengutip gula gula, meriah berebut...orang tua pun tumpang excited juga 
yeah, rombongan perempuan berjalan menuju ke rumah pengantin lelaki

dapat port diluar rumah pengantin, depan pelamin. Yang ni makcik2/opah/cousins pengantin perempuan

saya, mak dan kakak..heeee, tengok la baju saya tu

tiha

kaka menempung tawar..he he he

waktu makan, tiba tiba kami dapat duduk di high table...yang tu Shuk mesti tengah mengusik Tiha

lagi...Shuk tolong isi air, saya dan Tiha sibuk ambil gambar

pengantin makan

meja sebelah...

yang ni adalah DJ cum orang baca doa, cum orang ketua penyambut tetamu....multi tasking betul pakcik ni, and very entertaining also bila dia buat announcement cabutan bertuah....sangat menceriakan keadaan

one for the camera, the family of Yang Ghazali...heeee, kami tengok aja, tolong tangkapkan gambar...lagi pun dah melengas sakan dah saya waktu ni.

Kami meneruskan perjalanan ke KT, tapi singgah sebentar di Kemaman untuk Solat dan minum sat. Kami bertolak dalam pukul 5 ke KT dan sampai dalam jam 8.00 malam.

Kami duduk di Homestay....heeee...boleh laaa, dapatlah menjimatkan belanja..sampai aja, kami rehat sat, g toilet, basuh muka dan keluar balik for dinner. Lepas tu balik, mandi and cannot wait to hit the bed....penat. 

Cerita akan disambung kemudian ye....

No comments:

Post a Comment