Thursday, June 7, 2012

7 June 2012 : Back at Work

Adoiiii...selepas 5 hari di Bali, dan 4 hari di Terengganu, memang terasa berat untuk bekerja semula. Tapi hubby terus ingatkan, bersyukurlah sebab ada kerja...yup, terus pusing balik, alhamdulillah ada kerja untuk menyara kehidupan.

Hmmm, sampai ofis...semua senyap aja. Check dengan clerk, meeting PC dah abis ke minggu ni? Sudahhhh, alhamdulillah. Hmmmm, tengok tengok, fail selambak atas meja....tak pe, sebab banyak kerja tu lah saya dapat gaji kan.

hmmm, alhamdulillah saya tak lah mengantuk sangat hari ni walaupun baru sampai semalam, dalam pukul 8.00 malam. Bertolak dari KT dalam jam 8.30 pagi, kami guna jalan baru yang melalui Gua Musang, ke Cameron/lojing dan terus ke Simpang Pulai. Jalannya pulak, masya allah, tidak bagus dan berlubang dan berbelok belok. Anyway, bukan saya yang drive lah, he he he. Alhamdulillah hubby tak kerja hari ni, baru tadi saya call, dia kata dia sakit seluruh badan...heeee


Well, saya perlu solat Asar dan balik kerja dulu. Saya perlu bawa banyak fail juga ke rumah, hari ni habis dengan melihat email yang berlambak sahaja...

Okay, doakan saya dapat menjalankan kerja saya dengan baik ye, doa saya untuk semua orang yang membaca email ini juga...have a productive day ahead.

No comments:

Post a Comment