Friday, June 8, 2012

Akhirnya...

Saya ada bercerita sikit sikit tentang tangan saya yang sakit tu kan? haaaa

Dah lama, dah urut sana, urut sini...tapi tak elok juga.

Saya ada satu penyakit yang saya rasa telah saya warisi daripada ayah saya, penyakitnya adalah penyakit takut untuk berjumpa doktor. Penyakit itu memang jelas sampai doktor pun tahu...heee , seorang doktor tu siap kata kat saya, " kalau semua orang macam awak ni, susah lah saya nak cari kerja".

Anyway, sebab sakit tangan ni dah berpanjangan, saya akhirnya telah membulatkan hati untuk berjumpa doktor semalam...alhamdulillah, hanya saya seorang sahaja di klinik tu, jadi tidak lah perlu menunggu, hanya mereka sahaja yang terpaksa menunggu kerana tiba tiba saya perlu ke tandas, sakit perut...sebab takut kut? ha ha ha, tapi bila masuk tandas, tak jadi pulak nak meneruskan aktiviti.

Jumpa doktor, dia suruh angkat tangan, ikut sana, sini, ke belakang..bla bla bla...okay pulak. Dia tekan sana, tekan sini, tak de yang...'acute?' the right word ke tu?

So, dia diagnosed yang mungkin saya telah terangkat benda yang super berat ke...macam tu macam tu lah...dan bagi ubat untuk nerve. Kena makan selama sepuluh hari, dan insya allah akan baik. Kalu tak kalu, jumpa lah balik doktor tu.

Saya juga perlu buat exercise tangan...sepuluh minit sehari.

Hmmm, semalam juga saya bawa balik banyak fail....tapi tak buat satu pun, tak larat...mata ku mahu tutup.

Hari ni, saya perlu chair dua meeting...hmmm....saya pun tak sangka yang satu hari, saya akan sentiasa menge'chair' meeting ni...macam hebat sangat bunyinya, tapi saya rasa diri saya biasa aja...ha ha.

Okay lah, itu sahajalah dulu. Saya perlu masukkan post mengenai Bali dan KT trip...insya allah bila ada masa saya buat...bubaiiiii

No comments:

Post a Comment