Sunday, November 1, 2015

Balik Semenanjung, 16 Oktober-19 Oktober 2015

Assalamualaikum.

Hari ini sudah hari Ahad, jam 10.36 malam. Saya dan suami sedang menonton Gegar Vaganza.

Kami tak buat apa pun hari ini, hanya aktiviti bermalas di rumah aja. Paginya saya buat cokodok untuk breakfast dan malam nya saya buat kari, makan dengan nasi. 

Untuk post kali ini saya mahu menulis mengenai cuti pendek yang telah kami ambil pada 16-19 Oktober baru-baru ini di mana kami telah balik ke Shah Alam.


Sepatutnya kami berlepas pada jam 9.30 malam, tapi tiba-tiba, kami tunggu punya tunggu, rupanya flight telah delay ke jam 10.30 malam. Tapi alhamdulillah, saya ada bawa reading material, jadi masa tu tak de la rasa lambat sangat buat saya, tapi suami saya memang berbulu, ye lah, dengan perut laparnya, dengan dia tak boleh carik ayam nya...haaaa.

Oleh kerana stress sikit, hubby telah pergi sembur orang Air Asia tu...makkkk....saya takut nak tengok, tapi saya dengar aja dia buat bising, ha ha ha. Selepas dia meluahkan perasaan, dia datang balik kat saya dan cakap macam ini "saya dah cakap dah, saya cakap elok-elok aja". 

Ha ha ha, sudah laaaaaa.

Tapi, tak lama selepas itu, flight pun sampai dan kami pun kena beratur. Tapi, bila beratur tu, hubby bisik kat saya "saya tak nak beratur kat barisan sana sebab orang yang saya marah tu jaga barisan. Malu saya"

Ha ha ha ha ha.

Anyway, kami telah selamat sampai di rumah dalam jam 1.45 pagi. Kami terus bersihkan diri, solat dan tidurrrr.

-----------------------------------------------------------

17 Oktober 2015

Kami bangun, solat dan tidoq balik. Tapi sebab dah terbiasa bangun awal, kami tak boleh tidur lama sangat. Hubby pun sibuk lapaq, we woke up dan pergi minum di Cili Merah, Seksyen.

Kami makan macam-macam tapi saya ada gambar kuih yang ini...


You alls pernah makan tak? Nama kuihnya adalah tepung bungkus dan memang sedap. Suami saya makan sampai 3 ketul. 

Lepas itu, kami balik rumah, kemas-kemas sikit, mop sikit dan bersiap untuk ke rumah kenduri di Sri Kembangan. Sebenarnya ini adalah tujuan utama kami balik, yup, to attend the kenduri kahwin sebab dah lama kami tak attend kenduri kahwin.

Kenduri ini adalah belah keluarga suami saya...dan adalah sangat meriah sebab siap ada bunyi-bunyian (ha ha ha...saja aje guna perkataan bunyi-bunyian tu).

Let's share some picture lah ye...

Ada retis datang kenduri ni, salah seorang nya adalah jejaka ini, tengok la muka suami saya malu-malu nak tangkap gambo sama retis, control macho lah kononnya

Ohhh...inilah DJ, inilah penyanyi, inilah juga penarinya sebab dia suka buat pole dance, ha ha ha. Ntahla, sebenonya bising jadinya kenduri sekiranya ada hiburan yang macam ini yang menyebabkan kita malas nak bersembang. Tapi, sebab saya kena spend masa yang panjang di sini (dari jam 1.00 sampai 6.00 petang), mungkin elok juga ada dia ni, adalah benda yang nak di tengok dan didengar kan. 

Sebahagian daripada keluarga yang hadir


Yang ini adalah orang-orang penting, tuan rumah adalah yang paling kanan, yang berbaju kuning tu

Hubby with brothers

Group photo sebelum kami balik. Antara semua, kamilah yang paling jauh. Yang lain-lain tu ada yang dari Ipoh, ada yang dari Kulim...yang dari Kl....

Lepas tu, kami pun balik Shah Alam

Malamnya, kami ke rumah Gang lama, tapi tak de gambo la pulak. Kami bersembang sampai jam 1.00 pagi macam itu.

------------------------------------------------------------

18 Oktober 2015

Pagi nya kami ke Cili Merah lagi sekali untuk makan kuih tepung bungkus, heeee.

Lepas itu, kami ke pasar untuk beli barang yang perlu di bawa ke rumah Abang Hubby juga a few things yang mahu di bawa balik ke KK.

Kami balik semula ke rumah dalam jam 3.00 petang

Malamnya, lepas Maghrib, kami ke Sungai Buaya untuk berjumpa emak saya. Alhamdulillah, saya sempat berjumpa emak juga emak mertua saya kali ini...rasa legaaa.

Kami balik semula ke rumah dan sampai di Shah Alam dalam jam 12.00 midnite

-------------------------------------------------------

19 Oktober 2015

Kami pergi breakfast dan lepak di rumah sahaja. Flight ke KK adalah pada jam 9.30 malam. 

Sampai airport, sebab lapaq, hubby insist on having something before boarding

yeah, coffee.

Kami sampai KK dalam jam 11.30 malam. Bila sampai di rumah, kami settle kan apa-apa yang patut supaya dapat tidur awal sebab esoknya, kami kena keluar rumah dalam jam 5.15 pagi untuk ke Sandakan.

Tapi, sebelum itu, saya nak letakkan gambar favourite saya ni....

Haaaaa.....tengok tu, gambar enter frame yang paling "in" sekali, syabas wahai suami, I likeeee

No comments:

Post a Comment