Saturday, October 31, 2015

Hari ke 2 di Labuan

Assalamualaikum.

Hari ini hari Sabtu, jam 7.48 pagi. Saya sudah basuh baju, sudah sidai, completed some tasks and now is spending time updating this beloved blog.

Haaa, saya tahu, lama bebeno saya tak update blog ni kan, sampai confuse, mana nak update dulu. Hubby pandaiii, siap bagi idea, siap tunjuk gambo itu ini, tapi saya hanya boleh dengar ajalah sebab bagi saya, bila nak update blog ni, kena ada aturan juga. Masalahnya, terlampau banyak yang pending, sampai aturan di fikiran pun dah berkecamuk.

Saya ada hutang update fasal hari ke 2 kami di Labuan kan?...Let's see...kut ada lagi yang kami boleh tulis di sini..


Ok, saya browse gambar dan ternampak gambo ini, yup, scone and cream. Kami turun breakfast pagi itu dan ini antara yang saya makan. Saya tak ingat rasanya macam mana, jadi tidak boleh komen

Lepas minum pagi, kami mengambil keputusan untuk pusing satu pulau sebab mahu menghabiskan minyak yang telah kami letak di dalam kereta tu. Kami pun tengok pamphlet yang kami ada. Kami mahu pergi "to the other side of Labuan Island". Kami ke sana-sini lah juga, sampai ke Kawasan Industri Ranca-Ranca (nasib baik relevant dengan kerja saya) dan akhirnya sampai juga to "another side of the island".

Dannn...kami jumpa tempat seperti di bawah ini :

Heeee...waktu ini kan, kami dua dua pun nak pergi toilet, jenuh bertanya dengan cleaner kat situ toilet kat mana, toilet kat mana.


Hah, tanya kat orang tu mana toilet, dia kata "di sinun"...ha ha ha, tipu, dia kata "di sana abang", sambil tangan dia tunjuk-tujuk arah ke depan.

Anyway, saya suka tempat ni sebab ianya kemas dan well kept. Saya suka keadaan pagi di mana mereka sibuk membersihkan kawasan. Teringat saya dengan emak saya yang memang favourite acitivity nya adalah membersihkan kawasan rumah.


Ada batu ni, sempat amik gambo sebelum berjalan laju-laju ke toilet..ada tulis apa ntah on the stone....

Gambar ni saya letak sebab nak tunjuk yang pagor nye di warnakan pink...for whatever reason

Haaa...perjalanan balik dari toilet ke kereta...he he he


The beach was just opposite the park...nice long white beach, tapi ada algae tu la pulak.

Lepas tu, kami pergi check out hotel, pergi pulangkan kereta dan try pergi ke kedai duty free dia. Ingatkan boleh la beli correlle ke kan, malangnya, tak de ye. Yang banyak sekali adalah minuman beralkohol...banyak sampai nak muntah tengok. Kami beli la juga cokelat sikit. 

Saya ingat nak beli perfume, tapi saya rasa kecewa dengan sales girl tu, langsung tak beli. Saya tanya soalan ini "berapa percent beza harga antara perfume di Labuan dengan kedai di luar Labuan". Maybe that is not an easy question kan,  and cannot answer.

Lepas tu, kami pergi beli burger di KFC untuk dijadikan bekal dalam ferry nanti and since we just don't feel like going anywhere else sebab kedai-kedai yang ada situ macam tak semenggah aja...unlike Langkawi. Jadiknya, kami lepak di jetty dan lepas tu, kami pun balikkkk.

Hokeh people...nanti saya update fasal benda lain pulak ye...bubaiiiii

No comments:

Post a Comment