Assalamualaikum.
Hari ini, 4 November 2015.
Cuaca di KK sekarang ini adalah hujan yang sangat lebat pada waktu petang dan cerah pada paginya. The nice thing is that, the rain chased away all the impurities and presented us with clear view of the mountains, the blue sky, the sea and the islands around. Alhamdulillah.
Cuaca pada malam hari juga adalah lebih sejuk dan kami tidak perlu memasang penghawa dingin. Cuaca di KK boleh menjadi sangat sejuk sekiranya ada ribut atau taufan yang menimpa negara-negara yang berdekatan seperti Filipina/Taiwan/Hong Kong. KK akan mendapat kesan-kesan tempias ribut/taufan tersebut.
Dan sayaa....masih macam itu lah. Sekarang ini saya masak hampir setiap pagi untuk breakfast dan bawa untuk makan di pejabat. Sebab kemahiran saya masak adalah terhad, makan menu yang disediakan pun adalah terhad juga...heeee....semuanya masakan Melayu yang simple.
Saya akan bangun pagi untuk solat Subuh pada jam 5.30 pagi dan berusaha dengan kuat untuk tidak tidur semula sebab kalu tidur kalu, semua yang dirancang tidak akan berlaku. Sekiranya tidak tidur, saya selalunya akan turun masak dalam jam 6.00 - 6.15 pagi dan masakan akan selesai dalam jam 6.45 pagi.
Menu nya pula adalah....cokodoq pisang kaaa, cucuq ikan bilis kaaa, nasi goreng kaaa (ini favourite sekarang), cucuq lemak manis kaaaaa, kuih pau segera kaaaa, haaa...basically itu ajalah pun. Kalau tak sempat nak masak, kami akan beli karipap dan teh tarikh dari kedai dan bawa makan di ofis. Kami suka minum di ofis sebab boleh baca surat khabar.
Fasal skill memasak pulaaak, masih tidak bertambah lagi nampak gayanya. Selepas pandai masak laksa, saya tak de pun masak benda lain. Saya sebenarnya ada teringin nak masak kuih pau dan karipap, tapi belum sempat lagi. Saya juga ada beli kacang dhal sebab kononnya nak buat kuah dhal, tapi yang itu pun belum sempat lagi.
Itu ajalah pun updatenya. You all doakan yang saya boleh pandai masak kuih pau/karipap/kuah dhal tu ye...teringin sebenarnya...okayyy...di sini dulu
No comments:
Post a Comment