Assalamualaikum,
Pagi Ahad dan kami tidak pergi morning walk kami lagi sekali. Bila tanya hubby, dia jawab macam ni "Nanti kita beli basikal tu ye, Cikbib buat exercise kat rumah aja".
Tapi saya pun bersalah sebab bertangguh-tangguh bangun. Di KK ni, pukul 7.00 sudah panas...tak best nak pergi exercise bila panas.
Sebenarnya semalam, waktu di 1 Borneo, saya telah pergi melihat-lihat basikal untuk exercise tu. Melihat-lihat, sambil tumpang guna juga sampai termengah-mengah, sambil bertanya-tanya. Sewaktu pindah ke sini, kami tidak bawa kami punye treadmill (menyesal gila tak bawak), soooo, kuranglah option untuk exercise. Due to that, we are now seriously looking into the option of buying the new equipment.
Basikal untuk exercise ini ada banyak jenis, dan semalam, penjual di kedai Gintell telah turut "suggest" untuk saya membeli yang jenis duduk melunjur tu, sat, saya google gambar model basikal ni sat ye
Haaa...yang macam di atas tu. Menurut jurujual itu, jenis ini adalah lebih sesuai untuk orang yang berumur dan ada sakit lutut ke apa...sooo....we are considering lah sekarang.
Yang biasa tu, yang macam gambar di atas lah...saya suka juga sebab saya boleh bayangkan saya letak basikal ni di belakang sofa dan saya boleh exercise sambil tengok tv....haaaa, baru lah putehhhhh!
Semalam, waktu saya mencuba basikal-basikal ni di kedai basikal (2 kedai saya pergi), walaupun baru naik basikal tu dalam 5-6 minit, saya tetap tercungap-cungap. Hmmm, lama dah tak tercungap...boleh lah saya beli kut kan, untuk kesihatan dan hadiah untuk diri sendiri. Dan yang paling penting, pastikan Cikbib berdisiplin dan istiqamah. You all doakan saya kuat ye.
Oooo...satu lagi cabaran bila beli basikal ini adalah the fact yang kami tidak pasti lokasi untuk meletakkan equipment ini kerana rumah kami ada limited space....we'll think about it lah...
Okay lah people, saya nak pergi sedia breakfast sekejap. Jumpa lagi di lain post.
No comments:
Post a Comment