Monday, November 9, 2015

Isnin, 9 November 2015

Assalamualaikum.

Hari ini hari Isnin, 9 November 2015. 

Hari ini saya masak cokodok pisang untuk breakfast and yeah, I remember to capture the moment...


And yeah, saya goreng cokodok pisang tu dengan menggunakan kuali Shogun kecil yang baru kami beli semalam. Rasa lega pulak bila guna kuali kecik...senang nak basuh sebab sink kita orang kan kecik. Kuali kecik itu juga menyebabkan dapur nampak kurang semak...alhamdulillah. 

Tapiiii, ada masalah storage la pulak sebab kami perlu simpan dua kuali lama yang kami ada tu dan tempat simpanan di "rumah kami adalah terbatas.

Sewaktu dalam perjalan ke ofis pagi tadi, saya ada berbual dengan suami dan antara yang dibicarakan adalah : "Shuk perasan tak, sekarang ni, post saya di blog mesti ada gambar dan hanya post melapurkan, sudah lama saya tidak mengupas isu dsb".

Dia jawab "Saya perasan, kenapa? Cikbib dah tak boleh menulis ke? Dah tak de pendapat ke?"

Macam lah saya menulis dan membuat kupasan secara serious, tapi sebelum ni memang saya suka menulis sesuatu yang berbentuk itu. And I tell you, walaupun pendek dan bentuk kupasan yang saya buat tidaklah cerdik sangat pun, tapi stilll...tidak mudah.

Sekarang ini pulak, mungkin sebab saya susah untuk fokus, adalah lebih mudah untuk saya buat post yang berbentuk "reporting". Yup, I write about what I do, where I go etcs.

Well, manusia berubahkan...mungkin selepas ini saya berubah jadi lain pulak...siapa tahu. Saya tak kisah berubah, asalkan kita berubah menjadi manusia yang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya, insyaa allah. 

wokeh...chow chin chow.


No comments:

Post a Comment