Thursday, November 12, 2015

Over Exposed

Assalamualaikum.

Hmm...hari ini ada banyak perkara yang perlu di buat, tapi ada yang tidak boleh di buat, kena tangguh dulu...

Tak pe, kita tangguh dan jangan stress. Ikut ajalah flow kerja dan relax...ikut perintah.

Di samping itu, ada juga baca berita-berita di sana sini. Tanah runtuh la, baca juga fasal "keselamatan" di Esszone, yup, tempoh curfew dipanjangkan ke 25 November...dan baca juga kisah-kisah artis ni.

Sekarang ni, dengan adanya media-media sosial, semua orang suka "expose" hampir semua perkara termasuk lah perkara yang kadang-kadang tidak perlu di "kongsi". Contoh terbaik adalah : blog ini, ekekeekekek.

Tapi kan, semalam saya suka sangat baca "statement" daripada Gayatri Su-Lin Pillai mengenai hubungannya dengan brother sado seorang itu yang sudah pun berakhir. Dia cuma meng "confirm" kan kenyataan terdahulu abang Sado mengenai hubungan mereka yang sudah berakhir dan simply moved on. 

I like you Gayatri...baru lah napok bijok dan dewasa sikik...tak gitu?

Kalau kaya sikit pulak, boleh juga mengexpose diri dengan menjadi sponsor kepada rancangan-rancangan tv yang popular, ekekek, tapi ye lah, bukan tak boleh nak expose diri, tapi buat lah berpada-pada ye. 

Bagi kita yang kurang mampu ini, buat ajalah akaun instagram ke, facebook ke, atau kalau yang suka menulis lebih panjang, buat lah blog (hah, provided readers you ramai lah kan), hmmm...boleh lah berkongsi cerita ataupun meluahkan perasaan.

Sebenarnya boleh aja nak berkongsi cerita atau meluahkan perasaan asal kan niat tu kena betul, bahasa yang digunakan juga kena sesuai dan kena tahu limit cerita yang ingin dikongsikan. Bagi saya, tanpa sedar, kita boleh melihat setiap post yang kita buat dan membuat analisa mengenai diri kita sendiri berdasarkan konsistensi setiap post yang dia buat. 

Sebagai contoh, akaun facebook yang tiada post seperti akaun saya adalah tidak boleh langsung dibuat analisa, maka, kita boleh buat conclusion yang saya adalah seorang yang sangat misteri

Macam post-post akaun facebook Dr Muhaya pulak, kita nampak lah dia sebagai individu yang macam mana. Infact, bagi saya, membaca post di dalam blog ini sendiri menceritakan tentang diri saya, the type of person I am.

Okay lah, itu ajalah pun...melalut ke sana-sini pulak dah. 

Sebelum saya tutup post saya hari ini, saya nak share conversation "bijak" saya dengan suami saya baru-baru ini di mana dia bergurau dan memberi cadangan seperti ini, 

"Cikbib, se Cikbib buat post macam ini "Saya rasa semua orang yang bekerja dengan saya di KK ni suka dekat saya sebab saya suka senyum"".

Ha ha ha ha ha, kan lawak statement tu, saya tahu suami saya perli saya sebab muka saya kan kurang manis. Dalam terkejut tu saya jawab "Haaa? Boleh, tapi kena ada tambahan macam ini "Saya rasa semua orang yang bekerja dengan saya di KK ni suka dekat saya sebab saya suka senyum...sila muntah semua"".

But it's a joke lah ye...jangan amik serious please. Saya tahu saya kena senyum lebih, dan sepetkan sikit mata yang bulat ni dan mungkin nipiskan sikit alis mata (haram though) bagi mengurangkan kemachoan muka saya ni. Tapi saya tetap bersyukur Allah telah mengurniakan muka macho ini, sebab saya yakin, dalam kemachoan tu, pasti ada kecomelannya, walaupun sedikit, amiiin.

Ok, have a nice day you alls.







No comments:

Post a Comment