Saturday, November 21, 2015

Saya dan Hujan

Assalamulaikum.

Hari Sabtu...hari yang kami nanti-nantikan selalu untuk berehat dan meluangkan masa bersama dalam keadaan tidak tidur...he he he. Pada hari biasa, kami cuma boleh meluangkan masa pada masa minum pagi dan malam. Malam pulak, di Sabah ni, jam 8.00 pun sudah mula menguap.

Anyway, today kami ter over slept selepas solat subuh, jadi kami tidak lah menjalankan morning walk kami. Walau bagaimanapun, kami tetap bangun awal, breakfast dan pergi ke 1 Borneo, kononnya untuk berjalan dan membakar kalori...

Ehh...ada gambar breakfast, mari share di sini :

Saya masak cucur udang yang ada taugeh tu, tapi tiada kucai sebab Tokbomo kata, kat KK tak de kucai (haaa?). Banyak juga kami makan sebab sampai sekarang, jam 5 petang, kami tak amik nasik pun lagi, tapi kami steady aja. We plan to go out and have dinner tonite, Tokbomo kata sebab rasa macam sudah lama tidak dating dengan saya...cehhhh.

Oh ye, kami telah pergi 1 Borneo tadi, beli barang sikit, balik, makan buah nenas dengan Makbee tu. Dan tadi, dalam jam 4,00 petang, haaa, siap...pergi tandas dah dua-dua orang. Sekarang ni, jam 5.00 petang, saya sudah mandi, baru selesai basuh baju dan berehat sekejap, sambil update blog.

Ohhh...mengenai tajuk, sebenarnya saya terkenangkan peristiwa semalam di mana hari hujan dengan lebatnya. Saya berpeluang merenung hujan daripada tingkap bilik saya dan teringat macam-macam perkara mengenai saya dan hujan.

Waktu kecik-kecik, saya suka tengok hujan di tingkap rumah kampung saya, masukkan kaki di celah-celah kayu tingkap tu, goyang-goyang kaki dan berangan sambil tengok hujan...saya tidak boleh ingat apa yang saya angan-angan kan, tapi yang pastinya, hati saya gembira.

Waktu kecik-kecik juga, hujan seakan-akan membawa berita gembira di mana kami boleh main sampan kertas. Waktu hujan juga seronok untuk main "hide and seek" dalam rumah, rumah kan gelap jadi game itu adalah lebih exciting. Waktu hujan juga menjadikan teh O lebih sedap, goreng pisang juga bertambah lazat...saya suka hujan.

Waktu saya mengambil SPM dalam tahun 1987, sewaktu menunggu kertas akhir iaitu kertas Add Math, kami telah berdoa semoga hujan turun lebih lebat dan negeri Kelantan/Terengganu banjir supaya kertas Add Math dapat di tangguhkan....hiksss giler, tak pe, sekarang saya sudah insaf dan berusaha untuk berdoa perkara-perkara yang baik sahaja.

Dannn sekarang, ada kalanya, saya sering mengharapkan hujan boleh menyelesaikan masalah saya seperti program/meeting dengan boss bisa di batalkan kerana hujan, tapi tak pernah pun terjadi macam itu. 

Saya juga suka suasana selepas hujan di mana langit menjadi lebih terang.

Dan sekarang, hujan memang jadi kawan kami di KK. Hujan turun hari-hari, dan kami okay aja pun, we simply enjoy the monsoon season.

Tapi, dalam saya enjoy tu, mesti ramai juga yang risau takut banjir teruk seperti tahun lepas berulang. Semoga dijauhkan, dan semoga kita semua di dalam peliharaan Allah selalu.

Okay guys, hari sudah semakin gelap di KK ni...jumpa lagi di lain post...


No comments:

Post a Comment