Assalamualaikum!
Hari Jumaat datang lagi...lalalllaalal
Pagi tadi, kami breakfast meriah. Ada mertabak, ada kuih pau dan dua-dua nya adalah "instant" dari jenama Kart's. Ada gambo, tapi kat office ni tak boleh masuk gambo. Nanti kalau rajin, saya masuk gambo malam ni.
Yang seronoknya adalah, bila memasak mertabak tu (sebenonya, panaskan aja), saya letak aja di dalam kuali non-stick ninja yang saya baru beli tu (kuali ni patut taja saya lah sebab asyik buat promo free aja), tutup dan guna api kecil. That is all, tak perlu letak minyak langsung...biar dalam 8 minit, lepas tu flip, dan biar lagi dalam 8 minit...selamatttt.
Dia ada sediakan kuah kari juga yang saya kukuskan bersama-sama kuih pau saya tuh.. hmmm...senang sungguh hidup ini.
Waktu menikmati minum pagi tu, mestilah bersembang dengan suami kan. Haaa...semuanya perbualan bijok-bijok lah, seperti biasa. Antara yang saya ingat adalah...
Saya : "Saya ada jumpa blog seorang doktor ni, best, Shuk nak baca?"
Suami : "Tak nak. Saya tak suka blog sempoi macam tu. Hanya blog Cikbib aja blog sempoi aja yang saya baca. Sekarang ni pun, Cikbib macam dah tak de idea, asyik letak gambo aja".
Saya : "Ait? Semalam saya ada letak post tanpa gambo apa?"
Suami : "Semalam aje, sebelum tu asyik yang ade gambo aje"
Saya : saya tak jawab, saya bulatkan mata aje, ekekekeekek
Anyway guys, sesungguhnya, walaupun blog ini simple, tulis benda-benda ringan, tapi untuk mencetuskan idea mengenai apa yang perlu di tulis itu tidaklah semudah yang di sangka.
Ehh, teringat pulak, baru-baru ini, saya ada menerima email daripada satu jenama produk yang menjemput saya berkolaborasi untuk mempromosi produk keluaran mereka di blog ini.
Masalahnya, saya memang jarang buka email g-mail saya dan saya juga tidak pasti bagaimana blog saya yang purata pembacanya adalah 40 hits setiap hari (10 daripada 40 itu adalah saya yang menyintai blog diri sendiri) bisa mempromo produk orang lain.
Walau bagaimanapun, bila ada individu yang saya tidak pernah kenal "acknowledged" blog ini sebagai "menarik", saya merasa terharu, alhamdulillah.
Mungkin saya akan membalas email jemputan itu kemudian, untuk mencari pengalaman baru kan.
And as for me noww, it's Friday in KK, 12.05 pm, I wanna perform my Zuhr prayer and tidoqqqq.
Okayyyy...doakan saya penuh idea dan kreativiti untuk update blog ini selalu ye, so that you have something to read everyday!...have a nice weekend!
No comments:
Post a Comment