Thursday, November 19, 2015

Online Business?

Assalamualaikum,

Semalam, sewaktu saya pergi melawat seorang kawan yang sakit di hospital, saya telah berkesempatan berjumpa dengan salah seorang anak beliau. Sewaktu berbual-bual, saya telah dimaklumkan oleh kawan saya bahawa anaknya itu berniaga secara online.

Saya pun bertanya "Ok tak berniaga online ni?"

Jawapannya "ok, boleh tahan jualannya".

Hmm, sesungguhnya, saya memang tiada idea langsung mengenai perniagaan online ini. Zero. Saya pernahlah menghadiri talk daripada salah seorang pakar jualan online ni...yang muda dan cute tu...lupa namanya, tapi saya tidak boleh digest apa-apa pun waktu tu. 

Kalau you all ingat, anak sedara saya Pijah, mama kepada Imran juga sekarang ini sedang menjalankan perniagaan online kerana dia perlu bekerja di rumah buat sementara waktu. Saya tidak pasti bagaimana performancenya, tapi saya tolong "share" kan ajalah kalau dia ada buat promo ke apa di dalam facebook.

Barang-barang yang dijual pulaaa, kalau baju tu, banyak la yang tak de size untuk saya, yang saya boleh beli pun adalah perfume De'Xandra dia sebab harga murah dan memang wangi, you all boleh cuba. Pijah ni menggunakan nama "Nurhafizah Hatta" di facebook. Dia banyak jual kain (dari Bandung rasanya), blouse dll.

Bila saya mahu menulis article ni, timbul pula minat untuk mempunya lebih ilmu mengenai Online Business ini. Yelah, kena juga ada strategi, promosi, jaga kewangan sikit-sikit, product apa yang mahu di jual...tak macam tu? Strategy tu penting ye, sebabnya ianya perlulah menjadi sesuatu yang boleh sampai kepada masyarakat jelata, walaupun kadangkala ianya adalah iklan yang menjelekkan. 

Saya lihat, ramai juga blogger yang berniaga di rumah dan oleh kerana sebelum berniaga mereka memang sudah ramai follower, kerja-kerja marketing mereka menjadi lebih senang. 

Ada seorang kawan saya yang bekerja sebagai seorang pensyarah, telah meletak jawatan untuk fokus menjadi seorang agen hartanah. Oleh kerana dia memang seorang pensyarah, maka langkah mencari ilmu itu adalah lebih serius. Dia telah menghadiri bengkel/kelas dll daripada awal sehinggalah sekarang, di saat dia menjana pendapat sehingga 6 angka. Mungkin kerana kedudukannya, serta "circle of friends" yang bersesuaian, maka urusannya dalam menjual hartanah adalah lebih mudah.

Yup...."circle of friends" itu adalah penting sekiranya kita sedang mencari lorong-lorong untuk mencari rezeki yang halal. Bukanlah mencari kesempatan, tetapi mendapatkan seramai kawan yang mungkin adalah plus point. Banyakkan senyum, mulut pun perlu manis.

Ada seorang anak sedara saya, berkelulusan sarjana dalam bidang ekonomi, dan sekarang menjadi guru di sebuah TADIKA. Saya cuma berharap, dia tidak akan berhenti sebagai cikgu tadika sahaja. Carilah ilmu sebanyak mungkin dan Cikbib doakan kakak dapat membuka rangkaian Tadika sendiri pada satu masa nanti, insyaa allah. Saya memang ada kawan sekolah yang mempunyai rangkaian tadika di Selangor.

Cabaran bekerja zaman sekarang adalah berlainan, bukan senang untuk mendapat kerja tetap, maka berniagalah, bukan kan 90% daripada rezeki itu adalah daripada bidang perniagaan. 

Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang berkat, yang mungkin tidak melimpah, tetapi cukup untuk keluarga kita. Aaamiin




No comments:

Post a Comment