Wednesday, April 2, 2014

Boss tak de

Boss tak de. Minggu lepas boss tak de, minggu ni boss hanya balik on Friday....banyak betul cabarannya bila boss tak de.
 
Saya sebenarnya boleh aja buat kerja, tapi satu perkara yang saya lemah waktu buat kerja adalah untuk memenuhi syarat orang-orang kat atas tu...jenuh kepala otak ni berfikir, apa yang kita fikir betul, depa rasa salah, lepas tu, cara menegur tu, adoiii....nasib baik saya ni dah tua, jadi boleh tahan la lagi, tapiiiii....tetap stress.
 
Tetapi, tetap rasa yang ada blood go upstairs. Tetap rasa tense seluruh badan...semalam, saya rasa macam nak demam, hingga telefon hubby. Bila balik, hubby rasa badan saya, dan dia kata " tak panas pun...tak demam pun"...heeeeee, alhamdulillah. Masih bertahan.
 
Semalam, waktu memandu ke rumah, saya terfikir, alangkah bestnya kalau ada bathtub kat rumah. Balik, dalam stress tu, boleh berendam dalam air panas...ada jakuzi lagi best...kalau ada tukang urut lagi best...adoiiiii. Macam mana nak berendam kan, kalau air nak mandi pun di catu sekarang ni.
 
Sebab meeting habis pukul 7.00, saya balik lambat semalam, lepas Maghrib, sampai rumah, dalam hati melonjak-lonjak rasa nak baring sesangat, tapi kenalah meneman suami makan dulu...hiks...udah le tak masak kan. Saya tak order makanan pun, tapi saya songlap hubby punya sikit.
 
Balik...dalam hati rasa nak baringggg sangat tu, saya kuatkan hati pergi mandi dan solat isyak terus, sebab kalu tidak, mahu tertidur sampai esok pagi tu...hmmm...memang banyak kali berlaku pun.
 
Dannn...dalam keadaan letih macam ni, saya dapati saya kurang buat ibadah lah (alagasan?). Tapi tu la, saya cubalah buat solat sunat dhuha, solat hajat untuk Imran dan mengaji pada hari cuti....berusaha buat...walaupun banyakkkk malas juga....banyak dugaan kan nak jadi baik ni. Nanti, bila dah tua, ada masa tuhan bagi, lutut pulak dah sakit..haaaa....badan pulak dah tak larat...macam tu lah kita ni...tak insap insap.
 
hmmm...kalau officer saya baca blog saya, mesti dia berkata-kata dalam hati "dia ni, kata sibuk la, stress la, tapi sempat pulak update blog".
 
Sesungguhnya, saya tulis blog ni, untuk membuatkan diri saya relax sikit...I need it. Kadang-kadang menulis blog boleh menolong saya berfikir dan menyelesaikan masalah...hiks...okay lah, have a nice day semua, semoga Allah memudahkan semua urusan kita, dan semoga semuanya akan berakhir dengan baik.
 
------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Ya Allah, Sembuhkanlah mata Imran, Sihatkanlah mata Imran, Kembalikanlah penglihatan mata Imran Ya Allah.
 
Aamiin

No comments:

Post a Comment