Hari ini saya datang kerja mengenangkan dua kesalahan yang telah saya lakukan semalam...tak sebesar mana pun, tapi mungkin hormone tak stabil kut...rasa geram dengan diri sendiri. Siap doa minta lupakan kesilapan tu, dan minta saya tak ulang lagi kesalahan yang sama.
Dalam fikiran juga ada macam-macam, antaranya adalah rancangan bagaimana saya perlu menyiapkan banyak benda...tapi, alhamdulillah, tuhan tunjukkan jalannya...nampak macam banyak yang akan selesai..Hari Jumaat memang selalu macam ini, ingat nak relax, tengok-tengok hari Jumaat lah banyak kerja ad-hoc.
Semalam juga, saya telah melalui satu lagi sesi menemuduga calon untuk bekerja di organisasi saya. Caranya adalah calon-calon telah datang berjumpa dengan saya dan bertanya 3 soalan dengan saya. Mereka kemudiannya di kehendaki untuk melaporkan apa yang mereka dengar daripada saya saya. Tulisan itu kemudiannya dihantar kepada saya untuk di "evaluate".
Sesungguhnya ada banyak perkara yang bermain-main di fikiran apabila saya melakukan tugas ini. Saya berfikir sama ada saya layak untuk pilih orang, sama ada saya memberikan markah yang betul, adakan saya berlaku adil...hmmm. Tapi akhirnya saya malas fikir dan niatkan buat kerana Allah...saya ikhlas, kalau salah...tolong tunjukkan...haih...tak macam Senior Deputy Director kan? Kena pergi kelas motivasi balik saya ni.
Berbalik kepada sesi interview semalam, no doubt mereka adalah lebih baik, maklumlah, mereka sudah masuk ke saringan ke 2 kan. Mereka boleh bercakap dan ada idea...hmmm..lega sikit saya rasa, he he. Memang ada yang saya recommend...yang saya rasa layak...semoga ada rezeki mereka, insyaa allah.
Saya harap hubby sihat hari ini sebab semalam dia sakit perut. Sebab tak tahan, hubby siap pergi klinik pada hari Rabu malam Khamis tu, dalam pukul 2 pagi kut. Dia pergi sorang-sorang sebab saya dah tidur.
Sewaktu dalam perjalanan ke klinik, polis ada buat road block dan hubby telah di tahan polis.
Polis tu tanya "Encik nak pergi mana?"
Hubby jawab "Saya nak pergi klinik Tuan, saya sakit perut, kalau Tuan tak percaya, Tuan pegang perut saya, keras ni"...hih
Lepas tu, polis tanya balik "Kalau sakit, kenapa memandu?"
Hubby jawab "Isteri saya dah tdo Tuan, saya bangunkan, tapi dia tak jaga"..
Polis tu terus lepaskan hubby pergi.
Jumpa Dr, Dr kata itu adalah symptom gastrik. Dr kata, hubby kena pastikan yang dia tidak makan 2 jam sebelum tidur and that explains why hubby was having the pain when he ate lauk kari mak pukul 1.oo pagi waktu kami balik Chemor baru-baru ni.
Dr juga nasihatkan supaya tidak makan daging dan makanan berminyak...
Tapi Dr juga ada tanya berapa umur hubby...dan bila Shuk jawab Dr terus cakap "janganlah nak tipu saya, tak kan umur tua macam tu kut"...maksudnya, Shuk tu awet muda laaa....senyum-senyum Shuk cerita...dalam sakit-sakit perut tu, sempat merasa bangga atas keawetan kemudaannya...he he
Anyway, semoga Shuk sembuh, selamat bercuti semua...
No comments:
Post a Comment