Friday, April 18, 2014

Karpal Singh dan Che Det

Semalam, sewaktu saya memandu ke pejabat, saya dikejutkan dengan berita yang Karpal Singh telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan...terus telefon hubby untuk bagitahu.
 
Sampai ofis, dalam sibuk sebab kena pergi ke M a T r a d e, saya sempat buka blog sendiri dan terperanjat sebab setup sudah berubah. Berlainan sungguh setup nya, thank you hubby!
 
Semalam saya sekali berkesempatan mendengar Che Det bercakap...isu yang dibangkitkan semalam adalah macam mana untuk mengatasi masalah peningkatan kos dalam menjalankan business. Che Det cadang satu aja iaitu meningkatkan produktiviti. Macam mana nak meningkatkan produktiviti? Cadangannya adalah :
 
i) dapatkan pekerja yang baik - train them
 
ii) adapat cara kerja yang lebih efficient
 
iii) sekiranya ada beberapa syarikat yang mengeluarkan produk yang sama, syarikat-syarikat boleh "merge" untuk mengurangkan cost dan meningkatkan pengeluaran
 
iv) bank - bertolak ansur sebelum mengisytiharkan muflis, beri lebih peluang kepada peniaga.
 
v) gaji pekerja mestilah sesuai dengan produktiviti - dia bagi contoh bagaimana Goldman Sachs memberi bonus yang hebat walaupun syarikat sedang mengalami kerugian
 
vi) Government Administrative cost perlu dikurangkan. Seperti biasa, Che Det ulang yang dia tidak setuju dengan kenaikan 25% gaji yang pernah kerajaan berikan dalam tahun 2006-2007 macam tu...ini kali yang ke dua saya dengar dia ulas benda ni secara live.
 
Selepas itu, ada 3 orang lagi speaker. Speaker pertaman, dari ISIS...dia guna economics term sangat yang membuat saya kurang faham. S
 
Seterusnya adalah speaker yang paling handsome iaitu Tengku Mahaleel. Dia bercakap, saya lebih faham....
 
Lepas itu, ada Tan Sri Sulaiman Mahbob...seperti biasa, dia ni memang lah sangat banyak ilmunya. Cumaaaa....dia cakap pelan sangat, lenguh telinga nak mendengar...
 
Balik ofis, saya cepat-cepat solat, pergi update boss tentang seminar tadi dan seterusnya, ada meeting dengan Association.
 
Lepas tu, buat itu, buat ini, solat asar dan balik rumah dan cerita balik apa yang saya dapat di seminar pagi tadi...hiks.
 
Hmmm....itu sahajalah dulu...sekarang ini, saya masih di ofis. Kami kan ada aktiviti turun padang pada hari Isnin nanti...soooo...tengah menyibukkan diri la ni. Balik lepas solat maghrib nanti.
 
Have a nice weekend semua!!



No comments:

Post a Comment