Hari Sabtu lepas, sebab kami tak makan tengahari, kami pun berbincanglah nak makan kat mana pada petangnya. Bincang punya bincang, kami telah mengambil keputusan untuk pergi ke Muara Ikan Bakar di Port Kelang.
Kami pergi awal, keluar dari rumah dalam pukul 5.00 petang, lepas solat asar. Kedai tu buka dalam jam 5.30, kami lah antara yang pertama masuk untuk pilih ikan dan lepas tu cari port yang paling baik...cuma masalahnya, hujan pulak lepas tu, terpaksa pindah tempat.
Anyway, yang hendak di ceritakan, bukanlah fasal makanan di Muara tu...
Cuma, sewaktu kami duduk menunggu makanan, mata saya dan suami meliar tengok orang sekeliling. Pastinya ada macam-macam jenis manusia lah kan. Saya tengok, hubby tengok...kadang kadang kami senyum sama-sama, especially kalau ada budak-budak kan....
Tapi kan, bila hubby dah habis makan, dia telah keluarkan statement ni "orang kat Malaysia ni, ramai yang obese kan? Ramai betul yang besar kat sini. Saya tahu lah bukan mereka yang nak gemuk (dia refer kat saya lah ni), tapi cara makan tuh...tak de lah macam nak kurus kan?"
Aish...berbisa sungguh.
Tapi betul, sewaktu saya di kedai tu, saya boleh katakan, dalam 100 orang di situ kut, ada dekat 20 orang yang gemuk, dan saya hanya consider orang ini gemuk sekiranya mereka adalah gemuk dari saya (dengan kata lain, saya rasa saya masih tidak gemuk, miahahahaha)...belum yang gebu-gebu macam saya ni lagi...ha ha ha ha ha
Mungkin sebab Muara adalah tempat orang makan kan...jadi yang pergi tu memang mereka yang suka makanlah, dan pastinya kenyataan yang mereka itu suka makan tidak dapat disembunyikan melalui tubuh badan mereka kan.
Jangan kata saya kejam ye...sesungguhnya saya faham macam mana susahnya untuk menurunkan berat badan...tapi saya kena lah juga mengaku yang we are what we eat kan...terpaksa...
Ehhh....dah lama tak cerita fasal diet saya kan? Saya masihlah kurangkan intake nasi sekarang ni, lebih-lebih lagi waktu malam. Kalau makan tomyam tu, nasi kami kongsi berdua, sooo, less calories. Tapi kadang-kadang tu, saya hentam aja sepinggan.
ER pulak, alhamdulillah istiqamah. Tapi catuan air ni membuatkan kurang lah sikit aktivitinya. Tapi saya akan buat atleast 2 hari dalam seminggu.
Kurus tak saya? tak juga...ekekekeekk.....yang penting, sihattttt (alagasan lah tu)
Hmmm...semoga Allah memberi kekuatan untuk saya istiqamah dalam menjaga kesihatan. Begitu juga anda semua. Amiin
No comments:
Post a Comment