Yeah, sessi penuh suspen pagi ini selesai juga akhirnya, alhamdulillah. Berakhir dengan baik, alhamdulillah, syukur ya allah.
Kerja yang ini sudah menghantui saya sejak 2 minggu lebih...bukan benda besar pun, setakat organize meeting aja, tapi preparationnya, separuh mati. Management suruh buat itu, buat ini...hmmm
Ianya adalah mesyuarat antara M i n i s t e r dengan 3 conglomerates ni. Hmmmm...yang mencabarnya adalah kerana kami perlu membuat preparation. Perlu dapatkan maklumat daripada syarikat...bukan sikit-sikit ye maklumatnya, tapi banyakkkk.
Co. pulak, bukannya nak reveal info mengenai syarikat mereka. Banyak yang rahsia...stress betul bila nak minta data, tapi tak dapat.
Lagi satu, saya kena pastikan logistik untuk 3 meetings back to back di bilik yang sama ini berjalan lancar. Kena refresh drinks and tidy up table dalam masa 5 minit...tapi alhamdulillah, berkat kerjasama semua, semuanya berjalan lancar.
Ada juga tertinggi suara sikit tadi...sikit aja pun...terlampau sedikit.
Tapi tak pe lah, ianya sudah berakhir kan...alhamdulillah sekali lagi.
Tapi kan, sebelum habis meeting, M i n i s t e r telah confirm lagi satu aktiviti pada 21 April ni...hmmmm....tak sempat saya nak bernafas. Selain daripada 21 April, saya juga ada satu event yang besar pada 22 April....permudahkanlah Ya Allah.
Sekarang ni, saya rasa seluruh badan macam tense...mungkin akibat saya sedikit stress waktu meeting kut. Saya berangan-angan aja kalau ada orang yang sudi untuk mengurut saya...
Tapiiii...air tak de pulak hari ini dengan esokkkk...haihhhh....nama aja negeri terkaya di Malaysia, air pun tak cukup....
Officer saya masih kuat...boss pun masih bertenaga...saya aja yang lembikkk....mesti kurang jogging ni.
Ok lah...itu dulu update saya hari ini...one down, but there's another two to go...
No comments:
Post a Comment