Thursday, October 4, 2012

Down the memory lane

Baru baru ni saya ada kerja sikit di Penang, yeah, dari hari Isnin hingga ke Rabu.

Lepas kerja, kami adalah round pulau tu, kami juga ada lalu di depan jeti, tempat feri berlabuh...

Sesungguhnya tempat ini membuat saya teringat zaman zaman saya bersekolah di Balik Pulau semasa saya di tingkatan 2 dan 3, dalam tahun 84-85.

Yeah, zaman tu, sekiranya saya balik daripada bercuti di rumah, saya akan naik bas dari Ipoh dan berhenti di stesen bas butterworth. Dari situ, saya akan hangkut bag saya untuk naik feri. Jauh juga saya berjalan. Selepas sampai di pulau, saya akan hangkut lagi bag saya keluar dari jetty dan akan cari bas ke Balik Pulau, saya tidak pernah pun naik teksi sebab rasa macam membazir.

Mmm, saya cerita kan cerita lama saya tu kepada pegawai saya...dia tengok saya dan cakap...beraninya puan..

Hmmm...saya pun pelik, berani? Pada zaman itu, sesungguhnya itu semua adalah biasa sahaja, semua kawan kawan saya pun buat perkara yang sama. Kami semua angkat bag ramai ramai, naik bas ramai ramai...ada juga kawan saya yang kaya sikit akan naik kapal terbang, tapi mereka selalunya adalah dari KL ataupun Kelantan, yang dari Ipoh, akan naik bas...atau ada juga yang parents hantar.

On weekends, saya jarang pergi Georgetown, sebaliknya pergi ke Pekan Balik Pulau saja. Hee..kami kena jalan kaki dalam 1 km, lepas tu baru lah ada bas...

Selepas pindah ke Kulim, saya tidak lagi naik feri, tapi saya masih naik bas ke Butterworth. Selepas itu, saya akan naik lagi satu bas ke Bukit Mertajam, dan naik satu bas lagi ke Kulim...

Waktu mula mula bekerja, saya naik bas mini. Yup...lepas tu, bas mini diganti dengan bas biru...bas Serijaya ke Serikota, macam tu lah nama bas nya....saya hanya mula memiliki kereta sendiri dalam tahun 1997 dan mulai tahun itu, saya tidak lagi naik bas...dah tak berapa tahu pun nak naik bas..

Tapi saya rasa saya bersyukur sebab pernah merasa kesusahan naik bas...

Saya juga bersyukur sebab walaupun dengan menaiki bas, saya tetap berdiri di atas kaki sendiri, dan tidak menyusahkan orang lain...

Saya juga bersyukur sebab dengan mempunyai kenderaan sendiri, selain memudahkan pergerakan, saya juga berupaya untuk membantu orang lain sekali sekala...

Dan yang tidak kurang pentingnya, bila mengenangkan zaman zaman ini, saya boleh tersenyum sorang sorang...apalah hidup ini tanpa kenangan kan?







2 comments:

  1. kami pulak berjalan kaki mengangkut beg dari rumah ke stesen keretapi chemor. naik keretapi ke kl. malamnya naik keretapi lain ke jb. then naik teksi sapu ke sekolah. mula perjalanan 12 tgrh dan sampai destinasi subuh pagi esoknya. tapi masa tu rasa ok aje. it fact the journeys were fun and full of adventures :)

    ReplyDelete
  2. Kan?? menghantar kome ke stesen keretapi Chemor tu adalah something yang kami looked forward to tau..dengan ayah kita yang kepoh tuuuu...ha ha...nanti nak ajak Shuk pergi stesen keretapi Chemor tu lah...penuh kenangan kita tu, especially kome

    ReplyDelete