Saya baru habis 3 meetings...rasanya hari ni stress terlebih, rasanya blood pressure pun mesti tinggi sikit...kalau boleh, rasa nak balik aja ke rumah, tidur sat, lepas tu boleh clear files...tapi boss tak de pulak, Sham pun tak de, so, saya kena stay.
Saya try nak tidur tadi, tapi rasa heartbeat sangat aktif, over excited kut. Decided to tengok blog sat...la ni baru rasa normal balik, kalu boleh tidur, lagi bagus.
Anyway, beginilah kehidupan bekerja kan..banyak cabarannya...bukan senang nak senang...tak pe, nanti saya pergi bercuti..ha ha...penting untuk release stress.
Anyway, mari kita bercerita tentang sesuatu yang fun ye, untuk hilangkan stress yang ada.
hmmmmmm...siapa tengok Keluarga Iskandar? Saya suka rancangan tu.
Ada satu siri tu, salah satu pasangan dalam keluarga ni, ingin membuat kenduri di rumahnya. Mereka beria ia nak buat kenduri tanpa menyedari yang semua ahli keluarga telah bercakap di belakang mengenai keadaan rumah mereka yang kotor dan ahli keluarga sebenarnya agak keberatan untuk datang.
Ironinya, pasangan ini tidak sedar yang standard kebersihan rumah mereka agak kurang kerana mereka agak sibuk dan kurang mempunyai masa untuk memastikan rumah mereka bersih. Keadaan menjadi agak kecoh apabila salah seorang abang ipar mereka telah sengaja menumpang mandi di rumah pasangan ini dengan tujuan untuk membersihkan bilik air, juga membasuh kain yang sudah lama berendam..haaaa....tak ke pelik bila ahli keluarga datang semata mata untuk membersihkan rumah kita...bukan saja pelik, malah tuan rumah tercabar kerana secara tak langsung itu adalah statement yang mengatakan bahawa tuan rumah adalah seorang yang pengotor.
hmmmm..cara saya cerita ni macam serius kan, tapi cerita tu sebenarnya kelakar aja...tapi akhirnya pasangan itu sedarlah yang mereka perlu membaiki keadaan rumah mereka...ahli ahli keluarga yang lain pun rasa lega dan tumpang gembira...
lepas tengok cerita ni, saya pun tengok dapur saya...lamanya saya tak sentuh dapur saya...sian dapur saya. Dapur saya tak lah teruk sangat, sink tu kosong aja, dan saya try untuk pastikan semuanya bersih...tapi ye lah, di sinilah masa menjadi musuh utama. Kalau hari biasa saya sibuk kerja, hari cuti pulak ada aja aktiviti yang ada...saya balik kg la, pergi visit anak sedara saya la...tidur memanjang la, lepas ni pulak, raya haji.
Hmmm...apa apapun, sebenarnya pada masa ini saya lega sebab hari ini, iaitu meeting day of the week sudah selesai...saya akan fokus untuk buat kerja lain lepas ni...saya penat..
No comments:
Post a Comment