Monday, October 22, 2012

Impian Tercapai?

Entah apa sebabnya, tadi saya terbuka blog jejari runcing, owned by ex-makwe si Khairul Fahmi...he he.

Dia menulis mengenai impiannya untuk memiliki camera nikon pink tu tercapai, mak dan ayah dia belikan.

Ramai orang suka camera pink tu kan? Fasha Sandha pun dapat gak baru ni, Jejai bagi. Saya rasa, anak sedara saya Azimah pun hantu pink juga, walaupun tengok dari luar dia tu macam brutal...dalam hati tetap ada taman, ha ha.

Saya dan pink?...suka juga, saya suka soft pink...tapi bila dah dewasa ni, rasa tak serius lah kalau semua pink kan...jadi saya prefer earth colour, tapi ada waktunya, kalau hati rasa mahu sesuatu yang menceriakan, yup, I will choose something pink to wear.

Anyway, back to impian tercapai...hari Sabtu baru ni, ada dua impian saya tercapai.

i) Saya pergi gunting rambut. Saya ni sebenarnya dah lama teringin nak gunting rambut macam Liyana Shamsudin yang berlakon "isteri ku gangster" tu. Tapi ye lah, saya tak berharap sangat pun sebab saya selalu cakap kat tukang gunting rambut macam mana nak gunting rambut, tapi depa selalu cakap yang mereka tak tahu..so...no high hope.

Baru ni, bila pergi kedai tu, saya pun cakap la dengan kakak tu, nak gunting macam Liyana Shamsudin. Kakak tu selamba jawab, "saya tak tahuuuuuu"...isk

Saya pun, diam je la, redho...ha ha ha. Decided to enjoy the moment when she massaged my head...sedap.

Lepas tu, tiba tiba tukar orang. Adik yang potong rambut tu, muda sikit dan dia senyum senyum tanya " akak nak potong macam Liyana Shamsudin ye?"...saya pun..."betulll....alhamdulillah, makbul doa dan impian saya".

Saya rasa cantik juga adik tu potong...tapi jadi macam Liyana Shamsudin tak? mungkin juga, jadi macam Liyana Shamsudin yang overweight la.

ii) Lepas gunting rambut, saya telefon hubby. Hubby drop saya pergi gunting rambut, bila habis, dia datang fetch. Best juga tau arrangement ni, rasa macam ber cinta pulak...ha ha ha...kami ni okay aja, jangan start bergaduh sudah.

Anyway, hubby kata, jom makan dulu. So, kami pun makan. Saya ingat lepas tu terus nak balik sebab saya belum solat zohor, dia kata jom pergi beli 'Samsung Galaxu Notes II"...yippie.

Ini bukan pembaziran ye, kami beli sebab handphone Nokia Express Music yang lama telah kong...out totally.

Kami juga rasa macam perlu untuk selalu get connected walaupun bila balik kg, outstation dll. Hmmm, ye lah kan, budak budak yang belum bergaji pun dah ada facilty tu, inikan pulak kami berdua. Infact, kami akan share guna...tak ke berbaloi??

Tapi saya lupa pulak bawa simcard dalam phone lama tu...so, masih kena balik, solat zuhur dan asar dulu, petang nya baru lah keluar beli.

Hmmmm, excited? boleh la, tapi saya belum guna lagi pun...slowly...semalam banyak hal nak diuruskan.

Conclusion? : Hmmm...kita kadang kadang tak perasan, tapi sebenarnya ada juga impian kita yang tercapai kan?Saya ni selalu asyik ingat impian yang tak tercapai aja, yang tercapai, selalu tak hingat.

Okay lah...ada cita cita untuk 'change the world'? Maybe we can start by starting the day with a smile..have a productive week everyone.

2 comments:

  1. impian nak naik kuda laju-laju sambil bergiddyup belum tercapai...

    ReplyDelete
  2. ha ha ha..it's in my next list you know. Now I am attending my swimming class, next?...haaaa, naik kuda lah, ikut sunnah nabi..ha ha

    ReplyDelete