Esok Isnin, kerjaaaaaaa.
Saya tak la rajin nak update blog ni sebenarnya, tapi kalau saya tak update, takut tak sempat pulak nak update sepanjang hari bekerja nanti...lagi lah tak best kan.
So, what's up...haaaaaa, ni tengah berfikir nak tulis apa nih.
Saya ada baca dalam blog mengenai Raja Ema yang menjadi cover girl untuk majalah NONA. Saya belum beli lagi, tapi melalui gambar yang saya tengok di dalam blog tu, saya lihat Raja Ema sudah kurus...hooo, saya rasa saya nak beli lah, dan tengok rahsia dia, macam mana dia boleh kurus.
Siapa ada tengok Azalina...bekas menteri tu...baru ni saya tengok video dia tengah berdebat di Parlimen, mak aiii, dia dah gemuk balik la...dulu kan di dah kurus sekejap. Dia kurus waktu dia jadi menteri. Pada waktu kurus tu, bila dia pergi lawatan ke mana mana, dia akan request untuk dihidangkan hanya Diet Coke. Waktu jadi menteri, dia kan sibuk, mungkin setelah tidak lagi jadi menteri dan kurang aktif, haaaa, tu yang dia put on weight balik tu. Yo yo effect namanya.
Waktu saya di Sabah saya ada jumpa dengan Timbalan Menteri Kesihatan, Puan Rosnah tu. Saya rasa, dia pun gemuk lagi dari saya lah. Tak pe lah, agaknya adalah mana mana orang di Kementerian Kesihatan yang boleh bagi solution untuk dia to loose weight kan. Anyway, she is still young.
Saya ada seorang kawan ni, di juga agak berisi, walau bagaimanapun, pada satu masa tu, dia telah diarahkan untuk menghadiri kursus di Jepun selama sebulan. Sepenjang kurus dijalankan, pihak penaja tidak menyediakan makanan halal, and being orang Melayu/Islam, perut/mulut dia terus reject semua meal yang disediakan. Dia tak makan sampai jatuh sakit.
Selepas balik Malaysia, perut dia telah reject semua 'solid' food. Dia kena makan makanan seperti nestum, bubur nasi dll. She lost weight, which is almost 50% of her original weight..haaa, itu lah namanya blessing in disguise kan.
Kawan saya ni kurus betul waktu tu, dah nak potong saya dah...lepas tu dia kahwin, dapat anak dan berpindah ke tempat lain. Setelah hampir 5 tahun tak jumpa, baru ni saya jumpa dia balik dannnn...mak aiiii, she put on weight again...adohhhhhh...YOYO la lagi tu.
Anyway, I alway like to connect myself to Raja Ema sebab dulu ada orang kata muka saya ni lawa macam Raja Ema (silaaaaa lah muntah)...ha ha ha ha ha ha ha..
Tak pe, kalau untuk benda yang positif, tidak salah kita berangan kan. Hmmm, since Raja Ema dah kurus, saya rasa adalah amat patut saya mencontohi dia, oleh itu, saya akan membeli majalah dan menyiasat macam mana dia boleh kurus ye, dan kalau boleh dicontohi, apa salahnya saya mencontohi dia kan, maklumlah, muka pun sama kan (uweekkkkkk....sendiri pun nak muntah juga).
Hikkkks....ceria ceria kan diri anda...have a productive week everyone
No comments:
Post a Comment