Mari gossip!
saya ada baca banyak blog orang lain sebenarnya...tapi saya perasan yang ada beberapa blog yang saya baca ni sangat suka lah meng up diri sendiri...
Salah tak untuk memuji diri sendiri? apa salahnya ye...tapi bila saya baca, saya macam bosan aja, tak payah puji diri sendiri la kan...tapi saya tetap juga follow blog blog tu, ha ha. Ye la, takkan nak bagi tahu orang mengenai cerita cerita yang tak baik pulak kan, tak betul juga tu.
Antara perkara yang suka diperkatakan adalah mengenai kecekapan pemilik blog untuk buat kerja, multi tasking la, energy level tinggi la, sangat efficient la, menantu yang bagus lah, disayangi boss la, disayangi kawan la, ...haaaa...yang macam macam tu la.
Saya juga perasan, depa depa ni, bila post gambar, they will choose only those yang cantik cantik aja, yang buruk depa simpan, tak post, ha ha, kecuali Peej...dia ni, gambar cantik ke, buruk ke, semua keluar.
Yang sorang ni pulak, jual kolagen lagi..haaa....semua gambar yang keluar mestilah yang cantik je kan. Cerita pun, mesti fasal macam mana orang puji kulit dia...bla bla bla...ehhhh, tapi yang ni Peej pun ada buat tau, tapi caranya nampak okay somehow...
Sekali tu, ada pulak sorang budak ni buat komen negatif and claimed that tuan punya blog is actually very 'NORMAL'. Tak lah hebat sangat seperti yang dia kerap war war kan kerana dia makan kolagen tu kan...macam orang muda umur 25 tahun walaupun dia sudah berumur dalam 45 tahun kut.
Haaa, terkejut dengan komen tu, sipenulis telah buat post khas untuk membincangkan komen negatif tersebut. Tu diaaa...a special post tau. Mula mula penulis kata dia tak tergugat pun...tapi lepas tu nampak defensive pulak, lepas tu menyerang pulak, kata budak tu mak dan ayahnya tak ajar sopan santun...lepas tu compare dengan diri dia pulak, katanya anak anak dia memang bersopan santun berkat didikan dia.
Tapi saya rasa dia sangat silap bila bertindak menghighlight kan komen negatif itu di dlam salah satu postnya. Kalau dia tak buat macam tu, saya mesti tak tahu sebab saya memang tak pernah pun baca komen orang di blognya. Tapi sebab dah di hebohkan, saya pun lepas tu bacalah komen komen yang keluar. Hanya 20% sahaja yang negatif, 80% lagi semuanya menyokong tuan punya blog...
Saya sebenarnya tak kisah sangat pun, tapi kenapa saya pun siap buat post khas untuk isu ni ye? Inilah contoh mengata orang dia yang lebih, ha ha
Hmmm...sebenarnya dia memang cantik pun, dan tidak dinafikan anak anak dia pun memang cantik dan bersopan...tapi mengapa saya rasa macam 'haaa, amik kau'....bila ada orang yang komen begitu? hikssss....saya ni pelik kadang kadang
No comments:
Post a Comment