Assalamualaikum.
Hari ini 24 Januari 2016. It's Sunday and again we have no plans at all for the weekend. Kami bangun lambat, bermalas-malas sampai bosan dan rasa bersalah kerana menghabiskan masa tanpa arah tujuan.
Blog pun saya tak update kan...
Walau bagaimanapun, minggu lepas telah dipenuhi dengan pelbagai cerita-cerita sensasi.
Antaranya adalah cerita mengenai Fasha Sandha bercerai, Adam AF juga bercerai, Raja Azmi pula akan bernikah semula dengan ex-husbandnya yang handsome tu, alhamdulillah, dan juga kontroversi fasal MB Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kononnya telah tidak perform dan diminta untuk meletakkan jawatan.
Hmmm....yang fasal Fasha Sandha tu, secara peribadi, saya sangat kasihan dengan Fasha. Saya cuba membayangkan sekiranya perkara tersebut berlaku kepada diri saya sendiri, mesti stress sesangat tu. Saya ni, kalau stress tentang kerja atau apa-apa sajalah, maka kepada suami lah saya mengadu, mengharapkan kekuatan. Minta suami doakan kita, selain kita sendiri berdoa kepada allah.
Tapi, untuk senario Fasha ni, dia memang dalam keadaan sedih tahap gaban, tetapi tiada tempat mengadu. Rasa nak pergi pulak jumpa dia dan kata "sobarrr", ha ha ha. Mesti Fasha pun ngeri tengok perempuan muka garang mana pulak ni yang nak memujuk aku, hikksss. Anyway, sesungguhnya waktu macam ini lah kita ingat tuhan lebih. Baru lah solat sunat lebih sikit, bangun solat malam untuk bercakap dengan Allah and yes, waktu macam itu lah baru lebih sikit perasaan insaf tu.
Let's not judge people, let's just pray that Fasha Sandha is given the strength to face all the challenges. Semoga dipermudahkan semua urusannya dan semoga semuanya berakhir dengan baik. Aamiin.
Kalau fasal Adam tu pulak, I have no comment, tapi I tengah suka juga menonton drama yang dilakonkan oleh ex-wife dia. Good luck to them, insyaa allah akan ada jodoh yang lebih baik buat mereka pada masa hadapan.
Fasal MB Kedah tu pulak, saya pun confuse. Cuma, Datuk Seri Mukhriz memang pernah menjadi YBTM di Kementerian saya bekerja dan kami tidak mempunyai masalah dengan beliau. Saya juga ada dengar yang beliau telah berjaya menarik pelaburan dalam skala besar ke kawan Industri KHT. Kawan-kawan di Kedah juga ada kata yang dia ni okay, humble, boleh naik motor pergi melawat ke kampung dll. Tup tup, ada undi tidak percaya...so, yang saya boleh katakan di sini, saya confuse...
Seterusnya, sewaktu saya melawat ke Labuan pada hari Isnin dan Selasa, saya telah mendapat banyak input mengenai keadaan ekonomi semasa. Syarikat/Agensi telah berkongsi isu yang mereka hadapi dalam menjalankan perniagaan di Labuan. Saya mungkin bukanlah seorang yang berkuasa dan bisa membuat perubahan terhadap keadaan ekonomi di sana, tetapi, maklumat tersebut akan cuba saya manfaatkan dalam kerja saya.
Dan pastinya, minggu lepas juga penuh dengan cerita-cerita mengenai ekonomi. Semua orang sudah suspens untuk mengetahui kesannya apabila Iran mula menjual minyak dari negara mereka kerana ini akan menambah jumlah supply dan semua orang sudah speculate yang harga minyak akan jadi bertambah rendah. Ada macam-macam berita yang yang tersebar seperti kemungkinan Petronas akan mula memberhentikan pekerja mereka serta seribu satu cerita yang lain.
Pada umur menjelang 46 tahun ini, saya telah melalui beberapa zaman kemelesetan ekonomi iaitu pada tahun 86-87, 1998 macam itu dan sekarang. Saya malas untuk bercerita mengenaik perkara yang sedih macam ini sebenarnya tapi let's hope and pray that we will get through this hard time, insyaa allah.
Okay, itu sahajalah kut untuk hari ini. Untuk pembaca di Semenanjung, enjoy your additional holiday tomorrow and as for those in Sabah and Sarawak...let us enjoy working.
Chow chin chow
No comments:
Post a Comment