Sunday, January 10, 2016

Gang Sungai Buaya - Day 1

Pada 9 Disember, sewaktu saya sibuk di Magellan Sutera, GSB telah sampai di KKIA dan suami saya telah pergi menjemput GSB di airport dan bawa lunch di Hotel Tabung Haji KK. Terima kasih suami dan sorry GSB, sebab dalam saya cuba adjust plan saya untuk meluangkan masa sepenuhnya dengan GSB, perancangan Allah tetap yang terbaik dan kita kena redha. Walau bagaimanapun, semuanya berjalan dengan baik, alhamdulillah.

Mestilah ada gambo kannn

lunch, they decided to makan ringan-ringan aja sebab they had meal dalam kapal terbang sebelumnya.

Selepas lunch, mereka balik dulu ke rumah untuk solat dan selepas itu, mereka ke Pasar Filipina.

Hebatt, siap bergambo dengan orang yang menjual tu...kih  kih kih. Kak Ina beli banyak juga rasanya, tapi bila saya sampai untuk melihat, semuanya sudah ada di dalam kotak.

Ehh, GSB ni 4 orang aja, mari saya kenalkan, dari kiri adalah Jiha, Kak Ina, Afiq, tokey kedai tu dan Aqmal. 

Selesai shopping, mereka terpaksa menunggu saya, yup, saya jumpa mereka di Pasar Filipina

Selepas itu, kami balik ke rumah untuk solat dan mandi sebelum makan malam.

Kami makan malam di Anjung Senja. Menu adalah ikan seekor, tapi sebelah buat steam, sebelah lagi buat bakar, ada sotong goreng tepung dan Sabah Vege.

and not forgetting the sambal belacan

Budak-budak tu, depa ni makan sopan aja, walaupun without fail akan minta nasi tambah...he he he he.

Lepas tu, kami pun balik rumah. Saya telah masuk ke bilik, dan ingatkan nak baring sekejap. Tapiiii, saya telah lena sampai ke pagi, tanpa menukar baju pun. 

Esok pagi nya, saya bangun awal untuk solat subuh dan seterusnya menyediakan laporan seminar saya untuk di hantar kepada management. Alhamdulillah, laporan tersebut siap pada pagi itu juga...lega saya.

Okayyy...kita sambung in the next post ye...

No comments:

Post a Comment