Assalamualaikum.
Sambung post GSB untuk hari ke 2.
Setelah saya tidur tanpa tukar malam baju sebelumnya, saya telah bangun dan rasa sangat fresh pada keesokan paginya. Saya bangun awal, dalam jam 4.30 pagi, bersiap untuk solat subuh dan turun ke bawah untuk ambil laptop. Yup...saya siapkan laporan untuk di hantar ke management mengenai seminar semalam dan lepas tu berazam untuk enjoy dengan GSB.
Lepas itu, saya pun menyenseng lengan untuk menyediakan sarapan. Saya sediakan mihun goreng dan tumis ikan bilis untuk dibawa sebagai bekal incase makanan di sana tidak memenuhi citarasa orang GSB.
Saya tidak amik gambo breakfast la pulak, tapi kami telah bersiap pelan-pelan dan bertolak dalam jam 9.30 pagi. Ditakdirkan pulak, jalan nak keluar KK tu, adalah jam...soooo...bersabarlah.
Gambo-gambo ini di ambil daripada facebook Kak Ina,....gambo kami dalam kereta. Kami sewa Innova untuk ke Kundasang. Tapi, untuk menjimatkan perbelanjaan, kami guna honda kami aja waktu di KK, walaupun berhimpit. Kadang-kadang berhimpit pun boleh jadi kenangan terindahkan?...
Haaa...jarak sebenar ke Kundasang tidak lah jauh sangat, tidak sampaipun 100km, tapi keadaan jalan menyebabkan masa yang lebih lama untuk sampai ke destinasi.
Sampai di Nabalu...lama juga kami di sini, tapi lupa untuk tangkap gambar di signage yang ada eja Nabalu besar-besar tu..
Kak Ina ni suka bergambo dengan locals...hiks
Kinabalu masih bersembunyi sewaktu kami di Nabalu. Saya berdoa banyak-banyak semoga ada rezeki GSB untuk nampak puncak Kinabalu...doa dalam hati.
Anddd...seperti biasa, sampai di Kinabalu Park...tengok ajalah dan pusing ajalah. Tapi saya cakap juga dengan Afiq dan Aqmal, Cikbib bawa you all tengok yang basics aja, kalau you all nak climb Kinabalu, datang next time, dan datang waktu muda. Jangan tunggu dah tua bila lutut sakit, pinggang sakit...
Yay...satu gambo, hari hujan lah pulak
Suka tengok gambo kat atas ni. Sepatutnya Kinabalu ada kat belakang tu, tapi haram tak nampak apa
Suka tengok gambo kat atas ni. Sepatutnya Kinabalu ada kat belakang tu, tapi haram tak nampak apa
Kami pusing-pusing, tangkap gambo dan terus ke Ranau, pergi Poring
Kat Poring...
Lepas tu pergi tengok ikan tagal di Sg Meroli...
Best...Kak Ina excited. To tell the truth, saya dan Jiha mengelat habis, kami duduk tepi aja kerana sesungguhnya kami adalah geli.
Suamiku...dia bijok, dia simpan dia punya makanan ikan tu sampai last minute
Lepas tu, kami naik jambatan ni. No doubt, jambatan ini nampak lebih usang dan tidak membuat kita rasa seronok nak naik...he he he...Tapi tengok lah Tokbomo kat belakang tu, dia relax aja. Ada banyak perkara juga yang membuat Tokbomo tak selesa di dunia ini, tapiii, kalau naik titi gantung macam ini, memang bukan masalah langsung untuk dia.
Jiha dengan Afiq, Kak Ina sudah menyerah kalah...he he he...
Kami mengambil keputusan untuk tidak makan tengahari tetapi minum dan makan goreng pisang untuk mengalas perut sebelum dinner di Pines. A good decision indeed sebab kami macam seronok makan di sini (sebelah Sg Meroli itu lah). Aqmal pulak, order maggi yang dikongsi 3 beradik. We had a good time, sembang, lepak...
pisang goreng
kami beli jugak pulut tu satu, kongsi ramai-ramai. Harganya lupa, 2 ringgit kut satu. Nampak tu, Aqmal makan maggi.
Lepas tu, kami check in ke hotel, alhamdulillah, dapat juga kami bilik di Pines Resort. Sukalah hotel tu. Kak Ina pun suka.
Malamnya, dinner. Itu ajalah aktivitinya di sini. Kali ini menunya adalah lebih menarik di mana seperti biasa ada tiga jenis sayur, ada ikan goreng dan rendang daging. Appetizer adalah soup...soup apa ntah, tak ingat. Budak-budak ni, mungkin sebab kami tak makan tengahari, mereka telah makan dengan berseleranya. Rasanya meja kita orang minta nasi tambah 3 pinggan kut...he he he.
Yang orang dewasa 3 orang tu, memang kena jaga diet kan, sooo, kami enjoy ajalah tengok budak-budak tu makan.
Lepas tu, kami jalan balik ke bilik. Sampai kat bilik, tengok-tengok bilik penuh kelkatu. Maka kami pun terpaksalah tutup lampu semua dan duduk dalam gelam kat balkoni tu dan bersembang...we had a good time though...saya gembira aja. Suami saya pulak, sibuk buat nescafe panas sebab dia minta teh tarik kat restaurant tu waktu dinner, tapi tak de jual.
Lepas tu saya masuk dalam bilik, baring dan ingat nak tengok tv. Tapiii...terlena sampai pagi...tak tukar baju jugak tu. Letih stress seminar tak habis lagi tuh...
Begitu lah habisnya hari kedua GSB...
No comments:
Post a Comment