Wednesday, January 6, 2016

First Meeting for 2016 and Basikal Baru

Assalamualaikum.

Hari ini, 6 Januari 2016.

Petang ini saya ada mesyuarat dengan M untuk Trade and Industry Sectors in Sabah. I may be questioned this time since the overall performance of the Industry Sector in Sabah was not very good last year. I am doing some homework now to get myself prepared...duh...semoga di permudahkan semuanya, aamiin.

Saya dapati, bila saya mentelaah (uwaa, guna perkataan mentelaah tuuuu), saya tidak boleh fokus lama. Saya kena baca sat, pastu buat benda lain sat, pastu sambung balik. Sebab tuh sempat tulih blog sat naaaa.

Oh ye, nak cerita fasal satu perkara ni, yup, pada 8 Disember 2015, semasa saya stress yang amat menghandle seminar baru-baru ini, basikal exercise yang saya order pulak telah sampai di rumah. 

Walau bagaimanapun, oleh kerana tahap kesibukan adalah tinggi pada waktu itu, dimana, apabila habis sahaja seminar, saya perlu pula melayan tetamu istimewa dari Semenanjung. Hmmm, tak sempat saya nak test basikal.

Selesai sahaja tetamu balik semula ke Semenanjung, saya pulak balik Semenanjung, bercuti panjang, makanya, hanya semalam lah saya sempat naik basikal itu.

Saya naik basikal itu pada waktu petang, selepas bekerja. Jangkamasa yang saya ambil adalah 25 minit dan saya telah berjaya mengayuh sejauh 11km dan sebanyak lebih 100 kalories dibakar. Oleh sebab ini adalah kali pertama saya mengayuh, saya tidaklah buat teruk-teruk sangat kerana takut badan terkejut. 

Selepas saya mengayuh basikal, Tokbomo telah main-main picit betis saya dan memang saya berasa sedikit sakit. Rupanya Tokbomo memang sudah menjangka perkara itu akan terjadi, maka dia terus sapu minyak panas. Agaknya mujarab lah juga kut sebab saya tidak lah rasa sakit sewaktu bangun pagi pada esoknya. 

Tapi ada satu masalah yang saya kena cari penyelesaian juga iaitu punkoq ada rasa sedikit kematu bila habis mengayuh...huh, kena cari tilam letak atas seat basikal tu kut.

Anyway guys, itu lah cerita kali pertama saya naik basikal baru tu. And if you ask me whether that is my new year resolution then my answer is "I don't know". Saya mahu jadi orang yang lebih baik dan lebih sihat, itu aja...insyaa allah.

Hokeylah people...GTG. Kijerrrr....

No comments:

Post a Comment