Assalamualaikum.
Hari ini, hari Ahad, 17 Januari 2016, jam 8.31 pm. Saya sudah solat Isyak, juga sudah menyiapkan barang-barang yang perlu di bawa esok kerana saya akan ke Labuan. Penerbangan saya adalah pada jam 7.20 pagi dan jangkamasa ke Labuan hanyalah 30 minit sahaja (4 jam kalau naik feri though).
Hari minggu ini saya habiskan dengan masak, tidur dan berpeluh-peluh menghadapi musim panas. Apabila saya di dapur, peluh saya akan meleleh-leleh macam masuk ke sauna. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur untuk menghadapi musim panas sebegini sekali lagi.
Anndddd, let us continue with GSB day 3.
Setelah tidur seperti batang kayu pada malamnya dan sekali lagi tanpa menukar baju, saya telah bangun awal, solat subuh dan keluar dari bilik untuk duduk di balkoni. Pada waktu inilah saya melihat pemandangan matahari naik yang amat cantik, alhamdulillah.
Gambar ini diambil pada jam 5.30 pagi rasanya, sewaktu matahari baru mahu naik.Setelah duduk sekejap di balkoni, saya pun masuk ke bilik sekejap untuk basuh muka sebab saya memang plan mahu keluar terus selepas itu untuk mencuba nasib sekiranya Kinabalu sudi menunjukkan dirinya.
Dan dengan izin Allah, apabila saya keluar bilik pada jam 5.45 pagi, saya dapati Kinabalu menunjukkan seluruh dirinya, tanpa segan silu. Saya pun mula excited dan terus bagi tahu Shukri yang sudah menarik semula selimut. Tapi ye lah, walaupun dah tengok beberapa kali, tetap bila diberitahu yang Kinabalu nampak jelas, Shuk pun terus keluar dan join the excitement.
Yup..gambar ini diambil lebih kurang dalam jam 6.00 pagi dan semua orang belum mandi lagi. Afiq tak de sebab dia tidur balik dan ketegaq tak nak bangun.
Lepas itu, kami pergi berjalan ke atas bukit, di puncak resort tu. Kami berjalan-jalan juga melihat chalet di mana kami dan golongan veteran tinggal sebelum ini.
Kami juga sempat pergi bagi arnab makan. Sian arnab tu kelaparan
Lepas tu, kami balik untuk bersiap-siap pergi breakfast,
Tengok tu, jelas kan nampak Kinabalu daripada balkoni bilik kami
Lepas itu, awan pelan-pelan datang untuk menutup Kinabalu
Saya dengan Kak Ina, kalau tengok betul-betul, mata saya tu memang la nampak letih
Breakfast...waktu ni dah habis kut, kami dah tolong clearkan table. Menu pun not bad...dah lupa pulak menu apa...tapi ada roti, ada mee goreng bodo, ada nugget, ada goreng pisang, kopi tenom dan teh Sabah.
mengulang kenangan bersama gang veteran terdahulu, kami bergambar untuk capture gambar pokok Pines di belakang
Family photo with Afiq, unfortunately Kinabalu sudah bersembunyi di sebalik awan.
Kami balik ke bilik lepas itu, lepak dan bersiap untuk check out.
Lepas check out, kami singgah di gerai kat bawah tu, saya beli asparangus
Lepas tu pergi Desa Cattle Park
Jiha bagi kambing makan
Afiq bagi lembu minum...
Atas batu.
Lepas itu kami pergi minum susu. makan yogurt dan pizza...sedappp, tapi tak de gambo.
Dan tangkap gambo dengan lumbu
Selepas itu, kami pun meninggalkan Kundasang untuk kembali ke KK
No comments:
Post a Comment